Bikesrepublic

Luar Negara

Pelumba dari Thailand, Somkiat Chantra akan berpindah ke kelas MotoGP pada 2025.

Berita itu menjadi kebanggaan bagi rakyat negara tersebut kerana beliau merupakan pelumba pertama dari negara itu yang akan mengambil bahagian dalam kelas perdana itu. Somkiat, 25 tahun, diambil sebagai pelumba untuk pasukan satelit LCR Honda, menggantikan pelumba Jepun, Takaaki Nakagami.

“Melangkah ke MotoGP sentiasa menjadi impian saya, dan akhirnya saya akan merealisasikannya.

“Saya bertekad untuk belajar, memberikan yang terbaik, dan menikmati pengembaraan baharu ini. Ia akan menjadi sukar, tetapi saya akan memberikan yang terbaik,” kata Somkiat dalam satu kenyataan.

Somkiat sudah memenangi dua perlumbaan dalam Moto2 sejak membuat penampilan dalam kelas itu pada 2019 dan menamatkan musim lalu di kedudukan keenam dalam carta pelumba.

Dia kini berada di tempat ke-10 dalam kejuaraan tahun ini dengan mengumpul 64 mata daripada 11 perlumbaan.

Sebuah prototaip CFMoto 675 NK dikesan memakai penyamaran di China.

Ia mungkin versi naked yang diadaptasi daripada model sportbike CFMoto 675 SR-R yang dilancarkan baru-baru ini. 675 SR-R ialah motosikal dengan enjin tiga silinder pertama untuk pengeluar ini. Oleh itu, motosikal baharu itu dijangka akan dikenali sebagai 675 NK.

Prototaip naked ini kelihatan berkongsi casis yang sama seperti yang varian sportbike, seperti pelekap lengan ayun, lengan ayun aluminium, fork depan terbalik. Secara keseluruhannya, rekabentuk badannya kelihatan sangat mirip dengan Kawasaki Z1000 lama dan Ducati Streetfighter. Kuasa enjinnya sepatutnya sama dengan 675 SR-R, iaitu 95hp juga. Ciri lain harus termasuk skrin TFT, penukar pantas, ABS, kawalan cengkaman, lampu LED dan sebagainya.

CFMoto 675 NK akan meletakkannya dalam kategori yang sama dengan Triumph Trident, Honda CB650F, Suzuki GSX-8S, Kawasaki Z650, Yamaha MT-07, antara lain.

Kami harap model ini akan didedahkan pada pameran EICMA 2024, dan versi siap pengeluaran sepenuhnya pada 2025.

Motosikal elektrik Can-Am Origin dan Can-Am Pulse telah dilancarkan. Model-model ini membawa pengeluar Spyder beroda tiga ini yang berasal dari Kanada kembali ke asalnya.

Hari ini, kami menuntut semula warisan dua roda kami dengan membawa keseronokan baharu kepada industri motosikal elektrik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Can-Am BRP, José Boisjoli. “Lima puluh tahun yang lalu, Can-Am meraikan banyak kemenangan dengan motosikal Track ‘n Trailnya, dan kami membawa kembali silsilah itu dengan fokus pada kuasa elektrik moden, ketersambungan dan keseronokan.

Kami berhasrat untuk menjadi peneraju global dalam ruang itu dengan inovasi sebenar yang direka untuk memudahkan pengalaman menunggang untuk penunggang baharu dan memperkenalkan motosikal elektrik kepada semua.

Kedua-dua motosikal ini menggunakan motor yang disejukkan oleh cecair Rotax E-Power milik BRP dan transmisi automatik sepenuhnya. Output motor ialah tork sebanyak 78.9Nm pada 4,600 RPM. Bateri 8.9kWh, pengecas dan penyongsang (inverter) juga disejukkan cecair dan BRP berkata ia membantu mengurangkan kemerosotan bateri di samping mencepatkan masa pengecasan.

Bercakap tentang masa pengecasan, Can-Am berkata bateri akan dicas daripada 20%-80% dalam masa 50 minit dengan menggunakan pengecas Tahap 2 (jenis yang anda temui di tempat parkir pusat beli-belah dan unit dinding rumah).

Can-Am Origin

Model Origin ialah varian lasak (off-road) di antara kedua-duanya, justeru menggunakan roda hadapan 21-inci dan belakang 18-inci. Tayar adalah Dunlop D605 jenis dwi-sukan, dan suspensi adalah KYB. Can-Am berkata berat keringnya ialah 187kg.

Ketinggian pelananya agak tinggi pada 865mm, dengan 274mm jarak tanah untuk tugas lasak.

Can-Am Pulse

Pulse ialah versi berorientasikan jalan raya, justeru menggunakan tayar 17-in Dunlop Sportmax GPR 300, dengan fork KYB 41mm, dan monoshok Sachs boleh laras untuk pra-beban.

Ia mempunyai ketinggian pelana yang agak rendah pada 784mm, dengan hanya 146mm jarak tanah, dan berat 177kg.

Ciri-ciri yang dikongsi

Dikongsi antara kedua-dua motosikal ialah meter TFT berwarna dengan skrin sentuh 10.25 inci yang besar, untuk membantu mengawal mod tunggangan. Versi Pulse memberikan empat pilihan iaitu Normal, Eco, Rain dan Sport+ dengan setiap satunya mengubah tindak balas pendikit selain ABS dan input kawalan cengkaman. Varian Origin pula mendapat enam mod yang terdiri daripada Normal, ECO, Hujan, Sukan, Off Road dan Off Road+. Kedua-duanya menggunakan brek cakera 320mm tunggal yang di depan yang menampilkan kaliper J.Juan dua piston dan ABS.

Kedua-dua model juga akan tersedia dalam kemasan khas ’73 yang lebih eksklusif, dan menampilkan pilihan tambahan dan tema cat perak eksklusif.

Gambar intipan KTM 990 RC R terbaru mendedahkan motosikal yang hampir siap untuk produksi.

Foto-foto yang didedahkan di MCN menunjukkan sebuah prototaip serba hitam yang sedang menjalankan ujian jalan raya. Ini adalah gambar-gambar terbaharu setelah sebuah prototaip di uji di atas litar lumba pada bulan Mei.

Ia akan dihasilakn dalam dua versi, iaitu satu hanya bagi kegunaan di atas litar dan satu lagi varian standard yang boleh digunakan di atas jalan. Varian standard ini dikatakan akan tiba pada suku kedua 2025.

Enjinnya akan menggunakan unit 947cc LC8c silinder berkembar yang digunakan dalam 990 Duke yang menghasilkan 126.2hp dan 103.1Nm.

Kerangkanya mungkin sama dengan 990 Duke, atau baharu sama sekali untuk memenuhi ciri tunggangan sebuah sportbike. Tetapi kedudukan menunggang yang ditunjukkan dalam gambar menunjukkan serupa dengan 900 Duke, walaupun dengan hendal clip-on yang lebih rendah.

Butiran lain termasuk suspensi WP dan kaliper brek empat piston yang dipasang secari jejari. Fairingnya mempunyai sayap di atas dan sepasang lagi di bawah untuk menguruskan aliran angin.

Klik di sini untuk gambar-gambar rasmi.

Mark Webber, bekas pemandu Formula 1, kereta sport, dan endurance telah menunggang motosikal pada kali pertama di trek dan pengalaman itu membuatkannya kagum. Beliau seterusnya mengatakan bahawa “tidak mungkin untuk pelumba empat roda berlumba dalam kategori dua roda.”

Beliau yang juga merupakan pemenang perlumbaan Formula 1 sembilan kali, telah menunggang Yamaha YZF-R1 bersama pemenang Isle of Man TT sebanyak 23 kali, John McGuiness yang menunggang Honda CBR1000RR-R Fireblade mendahului MotoGP British di litar Silverstone. Walau bagaimanapun, R1 itu kelihatan seperti GYTR Pata Yamaha yang telah disediakan untuk berluma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Webber (@aussiegrit)

Webber sudah cukup mengenali litar itu kerana pernah berlumba di sana berkali-kali dan memenangi dua perlumbaan Formula 1 di sana.

Bercakap tentang pengalamannya di Silverstone, dia berkata: “Ia adalah kali pertama saya (di trek dengan motosikal)! Berbeza sama sekali. Bagi kami pelumba empat roda, kami tidak mungkin berlumba dengan dua roda.

“Ia amat memerlukan kecekapan, sangat berbeza. Set kemahiran yang anda perlukan mestilah bermula dari usia muda untuk membuat peralihan itu. Nampaknya lebih mudah untuk pelumba dua roda, mereka mungkin lebih berbakat daripada kita untuk menaiki empat roda.

“Tetapi untuk melihat dia (McGuiness) membawa anda berkeliling dan melihat trek – saya fikir, secara optik ia adalah litar rata dan ia pernah digunakan dalam peperangan sebagai medan udara, tetapi dari segi optik dan rujukan anda ia adalah tempat yang rumit tetapi ia adalah laju dan lancar. Ia adalah hari yang menyeronokkan.”

Webber bukanlah pelumba kereta berprofil tinggi pertama yang mencuba motosikal. Pemandu F1 lain yang berbuat demikian termasuk Fernando Alonso (di Motegi) dan Lewis Hamilton (di Valencia). Hamilton menunggang bersama Valentino Rossi. Rossi, sebaliknya, telah pergi ke perlumbaan kereta selepas bersara dari MotoGP.

Tetapi mungkin pemandu F1 yang paling terkenal untuk berlumba dengan dua roda ialah juara tujuh kali Michael Schumacher. Dia telah mendapat beberapa kejayaan semasa berlumba dalam siri superbike Jerman.

Oxford Products baru sahaja meraikan permulaan terbaik mereka sejak ditubuhkan, dengan mencapai rekod jualan pada separuh pertama 2024.

Katalog produk syarikat ini merangkumi rangkaian barangan yang amat luas – malah “luas” tidak benar-benar meliputi keseluruhan rangkaian – yang termasuk hampir setiap aksesori motosikal selain daripada mekanikal dan elektronik, kepada produk buat keselesaan penunggang. Oxford Products menghasilkan pelitup motosikal, genggaman hendal, isyarat belok gantian, cermin pandang belakang, kit alatan (tool kit), genggaman tangki, tolok tekanan udara tayar, pelindung tuil brek, pengecas bateri, penyumbat telinga, pelitup kepala (balaclava), dsb., dsb.

Bercakap kepada MCN, Pengarah Urusan, Henry Rivers Fletcher berkata, “Kisah 2024 adalah satu kestabilan. Hilang sudah jatuh bangun beberapa tahun kebelakangan ini. Jualan kami tahun ini lebih konsisten, pengurusan stok kami lebih tepat, amalan perniagaan kami lebih berdisiplin – semuanya membolehkan kami menjalankan perniagaan dengan lebih cekap.

Ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Alec Hammond, jenama British mempunyai permulaan yang sederhana, dengan Hammond menjual kotak gentian kaca dari belakang vannya. Dari situ, ia telah berkembang untuk menawarkan beribu-ribu produk, dengan perolehan tahunan melebihi £50m (RM 285,497,500).

Hammond menambah, “Seperti kebanyakan perniagaan di UK, jika bukan dunia, kami telah mengalami beberapa masa yang mencabar, tidak dapat diramalkan, ribut sejak Mac 2020. Tetapi bagi kami yang cukup umur untuk mengingati, sentiasa ada cabaran. Kemelesetan, pergolakan politik, krisis tenaga, kejatuhan kewangan. Kami telah melihat mereka semua, tetapi sentiasa mempunyai orang yang tepat dengan idea yang betul, ketabahan, kreativiti dan kemahuan semata-mata untuk mengubah kesusahan menjadi peluang dan peluang kepada kejayaan.

Beliau seterusnya menjanjikan lebih banyak pelaburan pada tahun akan datang.

Produk Oxford diedarkan secara rasmi oleh Hodaka Motoworld.

Aih, kita fikirkan Ducati Panigale V2 Superquardro Final Edition baru-baru ini adalah superbike Ducati V-Twin yang terakhir, mereka mengatakan terdapat superbike Ducati V2 baharu akan dibangunkan.

MCN berkata bahawa temu bual dengan Ketua Komunikasi Produk, Giulio Fabbri semasa World Ducati Week mendedahkan bahawa syarikat itu mempunyai rancangan lain.

Fabbri memberitahu MCN: “Enjin V2 tidak akan ditamatkan sepenuhnya, sebaliknya hanya suatu versi enjin yang ditamatkan. Ia hanya edisi terakhir V2 Superquadro, tetapi sesuatu yang baharu akan datang.

“Pastinya, kami akan terus melihat Panigale supersport dengan enjin V2. Tetapi masih terlalu awal untuk bercakap tentang masa depan. Saya tidak boleh mengatakan bila sesuatu yang baru akan tiba, tetapi bagi kami ia adalah sangat penting dan enjin V2 adalah istimewa. Ia adalah sebahagian daripada budaya Ducati.”

Apa yang Fabbri katakan adalah betul, kerana enjin V-Twin (juga dikenali sebagai V2 atau L-Twin dalam istilah Ducati) merupakan enjin yang telah menjadikan jenama itu terkenal – daripada motosikal Imola kepada 851, 916, dan sehinggalah ke Panigale 1299 – sebelum Panigale V4 diperkenalkan.

Tetapi sudah tentu, eksekutif Ducati itu tidak mendedahkan spesifikasi motosikal baharu itu. Enjin Panigale V2 Superquardro yang terakhir berkapasiti 955cc dan menghasilkan 153hp.

BMW telah membeli data MotoGP Suzuki, mungkin untuk mempercepatkan kemasukan dan keupayaan mereka ke dalam kelas perdana.

Menurut Motosport.com, ini adalah berita orang dalam semasa GP British pada hujung minggu lepas. Dan jika ia benar, BMW telah membayar €18 juta untuk memperolehi semua data yang dikumpulkan melalui jentera Suzuki GSX-RR.

Walaupun BMW tahu cara membina enjin berkuasa tinggi, mereka mungkin memerlukan data dari segi persediaan casis dan strategi kawalan cengkaman. 18 juta adalah wang yang banyak, tetapi ia pasti lebih menjimatkan daripada cuba membangunkan sesebuah jentera dan strategi elektronik daripada sifar. Kepunyaan data dalam tangan bermakna BMW mempunyai asas untuk membangunkan motosikal mereka dengan lebih cepat dan efektif.

Dorna telah membiarkan satu tempat kosong di atas grid khas untuk jenama daripada Bavaria itu dan diharapkan yang mereka akan menyertai MotoGP pada 2027. 2027 adalah tahun apabila MotoGP akan melalui semakan yang besar, termasuklah penggunaan enjin 850cc yang lebih kecil berbanding dengan enjin 1000cc semasa, serta mengehadkan penggunaan ciri-ciri aerodinamik. BMW kini sedang membuat enjin empat sebaris untuk motosikal superbike S 1000 RR mereka, jadi motosikal MotoGP mereka bolehlah menggunakan enjin yang diadaptasi daripada S 1000 RR.

Pada masa ini, BMW telah mengumpul banyak data daripada projek WSBK. Mereka hanya memperoleh satu kemenangan dalam setiap musim 2021, 2022 dan 2023, tetapi penyertaan Toprak Razgatlıoğlu telah membuahkan 12 kemenangan daripada 18 perlumbaan tahun ini. Adakah pelumba Turki itu akan diserap ke dalam skuad MotoGP BMW? Kita rasa ia mungkin akan berlaku.

Pirelli telah mengambil alih tugas daripada Dunlop sebagai pembekal tayar eksklusif dalam kelas Moto2 dan Moto3 tahun ini, dan kedua-dua kelas telah menyaksikan rekod masa dipecahkan satu demi satu dengan serta-merta.

Pada GP Britain di litar Silverstone hujung minggu lalu, kemenangan Ivan Ortola adalah 53 saat lebih pantas secara keseluruhan, berbanding 2023. Ia bermaksud 3.5 saat lebih pantas setiap pusingan.

Kita harus ingat bahawa peningkatan 0.1 saat untuk setiap pusingan pun sudah agak besar pada tahap persaingan ini, apatah lagi 3.5 saat. Itu kerana 0.1 saat didarab dengan 15 pusingan (di Silverstone) bersamaan dengan pendahuluan 1.5 saat pada akhir perlumbaan.

Di dalam kelas Moto2 pula, kemenangan Jake Dixon ke atas Aron Canet juga memecahkan rekod. Masa keseluruhan beliau adalah 12.5 saat lebih pantas berbanding pada tahun 2023. Ia bermaksud 0.7 saat lebih pantas setiap pusingan, secara purata.

Malah, daripada 40 sesi Moto3 dan Moto2 setakat ini, 38 daripadanya menyaksikan masa yang lebih pantas berbanding ketika Dunlop menjadi pembekal.

Ia juga mengingatkan kita tentang apa yang dikatakan oleh Sam Lowes beberapa tahun sebelum ini semasa dia menunggang di dalam Moto2, ketika Honda menjadi pembekal enjin. Menurutnya, masa pusingan telah terbantut kerana tayar.

Melihat pencapaian seperti ini pada tahun pertama adalah sesuatu yang menakjubkan. Pirelli berkata mereka akan menggunakan data yang dikumpul tahun ini untuk membuat penambahbaikan selanjutnya untuk pusingan dan tahun-tahun seterusnya.

Walaupun kebanyakan peminat memberi perhatian kepada kelas MotoGP yang terulung, pertarungan sebenar adalah dalam Moto3. Kelas ini menampilkan beberapa pertarungan yang sengit seperti motong-memotong yang mendebarkan. Dan tayar baharu sudah tentu memberikan pelumba lebih cengkaman untuk berbuat demikian, yang akhirnya diterjemahkan kepada masa pusingan yang lebih pantas dan rekod baharu.

Tesla disaman oleh keluarga seorang penunggang motosikal yang terbunuh apabila dia dilanggar dari belakang oleh Tesla Model 3 yang pemandunya sedang menggunakan mod Autopilot. Tuntutan itu difailkan di Salt Lake City, Amerika Syarikat.

Keluarga Landon Embry menyaman syarikat itu atas alasan perisian pembantu pemandu dan ciri keselamatan lain tidak berfungsi sepenuhnya. Oleh itu, kereta yang bergerak antara 120-128 km/j itu merempuh Harley-Davidson milik Embry.

Embry, 34, tercampak dari motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Model 3 terbabit disifatkan sebagai “penat dan tidak berada dalam keadaan untuk memandu sebagai pemandu yang biasa berhemat” dalam tuntutan mahkamah itu. Aduan keluarga itu berkata: “Pemandu yang agak berhemat, atau sistem brek automatik yang mencukupi, akan, dan boleh menjadi perlahan atau berhenti tanpa melanggar motosikal.”

Ini bukan kali pertama Tesla terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kemudaratan sama ada kepada pemandu atau pihak lain semasa menggunakan Autopilot. Malah, Tesla baru sahaja menyelesaikan satu lagi tuntutan mahkamah selepas disaman oleh keluarga pemilik Model X yang terbunuh apabila keretanya merempuh median, semasa menggunakan Autopilot.

Banyak pihak termasuk Agensi Keselamatan Pengangkutan Lebuhraya Kebangsaan AS (NHTSA), telah menyeru program Autopilot Tesla, memetik bahawa ia tidak sepenuhnya “auto” dan masih memerlukan input daripada pemandu. Walau bagaimanapun, nampaknya sesetengah pemandu telah mengambil istilah itu secara literal bermaksud bahawa mereka boleh berbaring dan melepaskan tangan mereka dari stereng dan kaki dari pedal. Hei, autopilot canggih pesawat memerlukan juruterbang memantau sistem pesawat lain dan membuat keputusan.

Ini mungkin sesuatu berita yang tiada siapa yang mahu dengar, terutamanya apabila sesebuah motosikal itu masih sangat baharu di dalam pasaran. Dalam kes ini, BMW R 1300 GS baharu dipanggil semula di seluruh dunia.

Kami perlu menyatakan bahawa kami melihat berita ini dari pihak Eropah dan Amerika, jadi anda boleh menyemak di halaman Technical Campaign BMW Motorrad Malaysia untuk mengetahui sama ada unit anda terjejas.

Apakah yang mencetuskan kempen tersebut?

Menurut laporan keselamatan yang difailkan dengan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan AS (National Highway Transportation Safety Agency/NHTSA), perumah relay penghidup (starter relay) enjin dihasilkan dengan proses pengacuan suntikan yang tidak sempurna. Kecacatan itu boleh menyebabkan perumah itu terdedah kepada kerosakan semasa pemasangan motosikal atau ketika membuat penyelenggaraan di pengedar, yang membawa kepada kemungkinan kemasukan lembapan. Akibatnya, ini boleh menyebabkan kakisan sambungan elektrik dalaman di dalam relay.

Kebocoran arus antara sambungan yang terhakis boleh mengakibatkan kerosakan haba pada geganti pemula. Dalam kes yang jarang berlaku, ini boleh meningkatkan risiko kejadian haba atau kebakaran. BMW menyatakan penunggang perlu berhati-hati dengan tanda amaran seperti motor penghidup dihidupkan sendiri, bau komponen elektrik yang terlalu panas, dan juga asap.

Isu berterusan

Ini bukanlah panggilan semula pertama yang berkaitan dengan relay penghidup R 1300 GS.

BMW telah menemui masalah ini walaupun semasa acara pelancaran pada Oktober 20243 dengan beberapa motosikal tidak dapat dihidupkan, atau motor penghidup berjalan sendiri. Isu itu dikesan kepada perumah relay penghidup yang membenarkan kelembapan masuk.

BMW mengeluarkan panggilan semula pertama pada Februari 2024 untuk menggantikan penutup plastik relay tetapi isu itu berterusan, menunjukkan bahawa pembetulan itu tidak berkesan. Jadi, satu lagi panggilan semula telah dikeluarkan pada Julai 2024.

Unit-unit yang terkesan

Dianggarkan sebanyak 25,000 unit BMW R 1300 GS terjejas, bagi yang dikeluarkan antara 14 Julai 2023 hingga 18 Mac 2024.

Sekali lagi, anda boleh menyemak sama ada unit anda terjejas dengan memasukkan VIN motosikal anda dalam halaman Technical Campaign BMW Motorrad Malaysia.

Honda CRF1100L Africa Twin (2025) akan menerima beberapa warna baharu. Model ini baru sahaja dikemas kini untuk 2024, jadi ia hanya warna untuk varian berbeza kali ini.

Tiga varian tersebut ialah: Africa Twin, Africa Twin ES (gambar utama), dan Africa Twin Adventure Sports.

Ketiga-tiga varian berkongsi enjin berkembar selari 1084cc yang menghasilkan 101hp dan 112.6Nm tork. Perbezaan utama adalah di bahagian casis, dan skema warna baharu.

  • Africa Twin (varian asas): Suspensi Showa asas, roda depan 21-inci. Pilihan warna ialah Grand Prix Red dan Matt Ballistic Black Metallic.
  • Africa Twin ES: Suspensi elektronik Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (EERATM), roda depan 21-inci. Pilihan warna ialah Grand Prix RedMatt Ballistic Black Metallic yang sedia ada, dan menambahkan Pearl Glare White with Pearl Hawkseye Blue Metallic Tricolour serta roda berwarna hitam.
  • Africa Twin Adventure Sports: Suspensi Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (EERATM), roda depan 19-inci. Warna-warna termasukPearl Glare White Tricolour dengan road emas yang sedia ada, ditambah dengan Matt Iridium Grey Metallic dan road hitam yang baharu. Warna kedua ini sebenarnya warna Honda XRV650 Africa Twin yang asli.

Warna-warna baharu untuk Honda CRF1100L Africa Twin (2025) ini telah dilancarkan di UK, jadi ia akan sampai di Malaysia pada masa akan datang.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube