Bikesrepublic

Terlibat Kemalangan Di Sepang, Afridza Munandar Disahkan Meninggal Dunia

Sumber: Motorsport.com

Susulan kejadian yang tercetus ketika perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini, pihak penganjur mengesahkan bahawa pelumba, Afridza Munandar, meninggal dunia.

Pelumba Indonesia berusia 20 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika di Selekoh 10 lap pertama lalu memaksa pegawai perlumbaan mengibar bendera merah.

Afridza menerima rawatan kecemasan di tepi litar sebelum dipindahkan ke hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter.

Pihak hospital bertungkus lumus untuk menyelamatkan pelumba muda itu sebelum doktor mengesahkan Afridza meninggal dunia.

Afridza merupakan bintang semakin meningkat a musim  ini apabila telah pun merekodkan dua kemenangan, dua kali tempat kedua dan dua tempat ketiga setakat ni.

Pihak FIM, FIM ASIA, DORNA serta setiap yang terlibat dalam Idemitsu Asia Talent Cup menzahirkan ucapan takziah.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube