Bikesrepublic

Sky Team Motorcycles Memperkenalkan Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 – RM7,366.78

 

 

  • Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 telah dilancarkan awal hari ini di Litar ELITE Speedway PLUS.
  • Cafè racer ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang 125cc satu silinder yang menjana 11hp pada 8,500rpm dan 8.5Nm tork pada 7,500rpm.
  • Cafè racer sedia ditunggang dari Sky Team ini boleh didapati pada harga RM7,366.78 (harga atas jalan).

Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 serba baru ini sudah boleh didapati di Malaysia. Bagi mereka yang tercari-cari pilihan yang mudah dan berpatutan untuk motosikal cafè racer gaya lama perlulah memberi perhatian pada artikel ini. Jenama Sky Team yang bertapak di Hong Kong semenjak 1999 telah membangunkan lebih daripada 45 buah model.

Yang terkini, Ace 125 Cafè Racer dengan rekabentuk bergaya retro yang mengimbau kembali kepada hari-hari awal motosikal. Alur-alurnya yang linear mengalir dari depan hinggalah ke belakang terutamanya dengan tangki bahanapi memanjangnya yang amat tersendiri yang membezakannya dengan motosikal moden klasik lain yang berada di pasaran.

Dari segi prestasi, Ace 125 ini dijana oleh enjin empat lejang, 125cc, satu silinder yang menghasilkan 11hp pada 8,500rpm dan 8.5Nm tork pada 7,500rpm. Enjinnya telah didasarkan kepada Honda CG125 tetapi dengan ubahsuaian untuk dipadankan dengan karakteristik unik Ace 125 ini.

Kapasiti bahanapinya serupa dengan tangki bahanapi yang lama, iaitu 9.2 liter. Perbatuannya didakwa hanyalah 2.1 liter bagi setiap 100km, Ace 125 ini secara teorinya dapat bergerak sehingga 438km sebelum memerlukan isian semula di stesen minyak berdekatan. Sky Team juga mendakwa yang ia mampu mencecah kelajuan maksimum sekitar 110km/j. Ini dapat dicapainya kerana berat keseluruhan keringnya hanyalah 87kg.

Dengan motosikal yang tampak sehebat ini, anda pasti ingin bersiar-siar dan memperlahankan motosikal anda bagi memberi peluang kepada orang ramai menghayati keindahannya daripada memecut semahu-mahu anda di atas lebuhraya. Fork teleskopik dan cakera brek boleh didapati di bahagian hadapan bersama dengan penyerap hentakan berkembar dan drum brek untuk mengawal bahagian belakang. Ace 125 Cafè Racer ini didatangi dengan roda depan dan belakang 18 inci.

Untuk masa sekarang, Terdapat 110 unit untuk kumpulan pertama dan bagi mereka yang membeli kumpulan pertama motosikal ini akan mendapat pilihan sama ada menggunakan pelana biasa atau pun menukarnya kepada pelana tunggal tanpa sebarang caj tambahan.

Buat masa ini, hanya terdapat satu varian sahaja yang tersedia pada harga RM7,366.78 (harga atas jalan bersama dengan cukai jalan serta insurans). Harga yang cukup menarik bagi sebuah cafè racer yang sedia untuk ditungggang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sky Team dan keluaran mereka, TEKAN SINI untuk ke laman Facebook mereka.

Galeri Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube