Bikesrepublic

RASMI: Modenas Versys 650 Dilancarkan – Dari RM38,400

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Versys 650 untuk pasaran tempatan. 

Hadir dengan harga RM38,400 bagi pilihan warna Metallic Spark Black dan RM39,100 bagi Candy Limegreen/Metallic Spark Black, motosikal ‘sport tourer’ ini kembali mewarnai pasaran motosikal tempatan.

Model yang diperkenalkan di Malaysia ini merupakan model keluaran 2023 sekaligus tampil dengan pelbagai naik taraf terbaru. Naik taraf kali ini memfokuskan pada teknologi dan tahap keselesaan di samping rekaan baharu yang lebih segar.

Bagaimanapun, spesifikasi utama antaranya bahagian chasis dan enjin masih lagi kekal sama.

Versys 650 2022 ini masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 649cc namun telah dikemas kini bagi mencapai standard Euro 5 jadi prestasi semasa enjin berada pada 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm.

Selain daripada mengekalkan kerangka jenis besi dengan jarak antara tayar pada 55.7″, Versys 650 ini juga masih lagi menawarkan rim berukuran 17″.

Namun, ciri elektronik yang telah dipertingkat termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan dua tetapan dan boleh ditutup menggunakan butang di handle.

Menariknya, sistem ABS juga didatangkan secara standard kali ini.

Tidak lupa juga, model 2023 ini juga lengkap dengan skrin TFT berwarna 4.3″ yang menempatkan speedometer, tachometer, petunjuk gear, tahap minyak, odometer dan sebagainya.

Paparan TFT tersebut juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology.

Aspek yang paling menonjol bagi Kawasaki Versys 650 kali ini adalah rekaan yang menyamai Versys 1000 sekaligus lebih moden dan menarik dengan gabungan lampu LED serta penghadang angin boleh laras.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan