Bikesrepublic

Rali Dakar: Alami Kemalangan, Paulo Goncalves Disahkan Meninggal Dunia

SUMBER: trtworld.com

Pelumba Portugal, Paulo Goncalves, telah meninggal dunia ketika mengalami kemalangan di peringkat ketujuh perlumbaan Rali Dakar di Arab Saudi, semalam.

Menurut pihak penganjur, pelumba berusia 40 tahun itu – yang membuat penampilan ke-13 sejak kali pertama menyertai perlumbaan itu pada 2006 – mengalami kemalangan 276 kilometer setelah berlepas dari Riyadh menuju ke Wadi Al Dawasir.

Berdasarkan kenyataan, helikopter telah dihantar bagi menghulurkan bantuan dan mendapati Goncalves tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Layla sebelum disahkan meninggal dunia.

Goncalves merupakan pesaing pertama yang meninggal dunia dalam perlumbaan terbabit sejak Michal Hernik di Argentina pada 2015.

Ketika perlumbaan pada Jumaat, Goncalves mengalami masalah enjin lalu terpaksa membuat pertukaran enjin secara bersendirian setelah pasukannya mengirim enjin baharu menerusi bantuan pasukan lawan.

Pelumba berpengalaman itu dengan tangkas menukar enjin terbabit lalu menyambung perlumbaan.

Aksi pada Ahad yang merangkumi jarak lebih 546km menyaksikan pelumba KTM, Kevin Benavides – yang turut memberhentikan jenteranya bagi menghulurkan bantuan kepada Goncalves – muncul juara.

Sementara juara bertahan, Toby Price – yang turut berhenti dan cuba membantu Goncalves – menamatkan aksi di tempat keempat.

(SUMBER: trtworld.com)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube