Bikesrepublic

MotoGP Thailand Untuk Kalendar 2018?

 

 

 

  • Kerajaan Thai telah memperuntukkan 300 million Baht untuk membida tempat dalam kalendar MotoGP bermula tahun 2018
  • Anjuran ini dirancang untuk tiga tahun dari tahun 2018 sehingga tahun 2020

Sumber : MotoGP

 

 

Menurut artikel terkini yang disiarkan oleh Bangkok Post, kerajaan Thai telah memperuntukkan sejumlah 300 million Baht dengan harapan untuk menganjurkan satu pusingan MotoGP seawal 2018. Usul ini masih dalam peringkat awal namun Thailand berhasrat untuk menganjurkan perlumbaan motosikal paling mendebarkan seluruh duia untuk tiga tahun dari tahun 2018 sehingga 2020 di Litar Antarabangsa Chang.

Sumber : virtualr.net

 

Thailand cuba untuk mendapatkan tempat dalam kalendar MotoGP sekarang setelah beberapa tahun menganjurkan acara WorldSBK dengan jayanya. Di perlumbaan WorldSBK terbaru di Buriram menyaksikan Juara Dunia Johnathan Rea meraih kemenangan berganda dalam kedua-dua perlumbaan yang penuh aksi.

Sumber : WorldSBK

Seperti yang dinyatakan dalam artikel berkenaan oleh salah seorang jurucakap kerajaan, “bajet ini adalah untuk bayaran hak tahun sebanyak 100 million Baht untuk penganjuran FIM Road Racing World Championship Grand Prix (MotoGP). Untuk kos menganjurkannya, kerajaan bercadang untuk mendapatkan biayaannya dengan bantuan sektor swasta.”

Sumber : MotoGP

 

“Kementerian Pelancongan dan Sukan mengusulkan projek ini kerana Dorna Sports Group, pemilik hak, bercadang untuk menambah bilangan negara tuan rumah bagi kejohanan popular ini dari 18 ke 21.” Dorna bagaimana pula belum lagi mengadakan sebarang pengumuman rasmi buat masa sekarang.

Apa yang pasti buat masa sekarang ialah Finland akan termasuk dalam kalendar MotoGP 2018 dan negara-negara lain selain Thailand seperti Indonesia dan Hungary juga mencuba nasib untuk mengisi dua lagi tempat dalam pelan MotoGP untuk menambah bilangan pusingan ke jumlah 21 pusingan bermula tahun hadapan.

Tarikh akhir untuk negara-negara ini menghantar permohonan masing-masing adalah pada bulan hadapan. Ianya kelihatan seperti satu kemungkinan besar yang kita akan dapat menyaksikan aksi MotoGP di salah satu negara jiran kita namun hanya masa akan menentukan sama ada permohonan mereka akan berjaya atau sebaliknya. Pada masa yang sama, musim 2017 akan bermula pada hujunng minggu ini di bawah limpahan lampu di Qatar.

Semoga berjaya Thailand!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan