Bikesrepublic

MotoGP: Repsol Honda Sedang Menguji Lengan Ayun Karbon Fiber?

  • Pasukan Repsol Honda MotoGP telah menguji lengan ayun karbon fiber baru untuk motosikal Honda RC213V 2018.
  • Pakej keseluruhan 2018 mereka bersama dengan lengan ayun yang baru itu tampak berfungsi dengan baik sekali buat kedua-dua Marquez dan Pedrosa.
  • Pedrosa berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di Litar Antarabangsa Buriram pada hari terakhir sesi ujian pra musim di Thailand.

Sumber imej: MCN

Mata-mata yang tajam di garaj MotoGP telah menyedari sesuatu yang agak lain dengan jentera Honda RC213V yang digunakan oleh penunggang bagi pasukan Repsol Honda sewaktu sesi ujian tiga hari di Thailand pada hujung minggu yang lalu. Nampaknya, pasukan pengilang Honda tersebut sedang melakukan ujikaji penggunaan lengan ayun karbon fiber sepenuhnya di Litar Antarabangsa Buriram dan juga sewaktu ujian musim sejuk di Sepang beberapa minggu yang lalu.

Berdasarkan keputusan akhir sesi ujian tiga hari di Malaysia dan Thailand, kami andaikan yang kedua-dua Marquez dan Pedrosa berasa sangat gembira dengan pakej keseluruhan 2018 mereka yang mana ianya termasuk dengan lengan ayun yang revolusinari itu. Marquez menjadi penunggang pertama mencatatkan masa di bawah paras 1 minit 30 saat pada Hari 2, manakala Pedrosa pula telah mencatatkan masa yang lebih pantas lagi pada hari terakhir ujian tersebut.

Dan walaupun penggunaan karbon fiber sebagai sebahagian besar daripada casis bukannya sesuatu yang baru, usaha untuk memanfaatkan kelebihannya itu adalah satu usaha yang sering bertemu kegagalan. Ducati mengalami masalah pada tahun 2009 sewaktu mereka menggunakan kerangka karbon fiber sepenuhnya, di mana penunggang pasukan tersebut (Nicky Hayden dan Casey Stoner) telah mengatakan yang ianya tidak cukup fleksibel untuk ditunggangi.

Nampaknya, Honda telah menemui penyelesaian bagi masalah tersebut dan dengan catatan masa Dani Pedrosa yang hampir sesaat lebih pantas sewaktu menggunakan lengan ayun karbon fiber tersebut, tidak syak lagi bahawa Repsol Honda adalah pasukan yang perlu ditandingi bagi musim 2018. Teruskan bersama kami di MotoMalaya, di mana kami akan bawakan lebih banyak perkembangan terkini mengenai MotoGP apabila mereka tiba di Qatar bagi ujian pra musim terakhir pada 1 Mac 2018.

Sumber imej: MotoGP

MotoGP: Dani Pedrosa Kuasai Ujian Thailand!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube