Bikesrepublic

Mercedes-Benz S560e Hybrid, Jentera Baharu Ketua Menteri Pulau Pinang – 469hp, 700Nm!

Kerajaan negeri Pulau Pinang baharu sahaja membeli sebuah Mercedes-Benz S560e hibrid untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Model S560e itu telah dibeli dengan harga RM458,122.78 pada 31 Disember 2020 bagi menggantikan Mercedes S300L yang telah dibeli – pada harga RM298,263.75 – pada 2013.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang, pembelian tersebut mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang sebulan sebelum pembelian.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah pun kelihatan menggunakan kereta rasmi baharu tersebut ketika menghadiri majlis angkat sumpah ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Selasa lalu.

Mercedes-Benz S560e dilancarkan di Malaysia pada Jun 2019 dan didatangkan dengan enjin 3.0L turbocharged V6 yang menjana 362hp dan 500Nm manakala motor elektrik menghasilkan tambahan 121hp dan 440Nm sekaligus menyaksikan jumlah output adalah pada 469hp pada 5,500 hingga 6,000rpm dan 700Nm.

Model ini juga mampu mencapai kelajuan maksima 250km/j dan 0-100km/j hanya memerlukan lima saat.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube