Bikesrepublic

Lima Perkara Yang Kami Suka Tentang Kawasaki Z900RS 2018

  • Motosikal Kawasaki Z900RS serta Z900RS Cafe 2018 bakal membuat kemunculannya pada tahun hadapan.
  • Kedua-dua buah motosikal ini adalah motosikal moden klasik yang sejati.
  • Kemunculannya bakal menggegarkan lagi pasaran.

Kami masih lagi berasa sedih akan kehilangan motosikal moden retro Kawasaki W800. Ianya sebuah motosikal yang tampak benar-benar retro: Enjinnya mempunyai penutup ‘bevel drive’ pada bahagian luar enjin bloknya, dengan sirip penyejuk disalut aluminium yang digilap yang cukup indah; pelana ‘bread loaf’; ekzos ‘peashooter’; penyerap hentakan belakang berganda; malah, brek hadapannya juga tampak retro.

Kemudian, Kawasaki telah melancarkan pengganti motosikal W800 ketika Pertunjukan EICMA pada bulan lalu. Dinamakan Z900RS dan Z900RS Cafe, dan dengan pantasnya motosikal-motosikal ini telah menjadi bualan hangat para peminat motosikal.

Di sini kami senaraikan beberapa buah ciri-cirinya yang kami nanti-nantikan.

WARISAN

Pada tahun 1972 (bagi model tahun 2013), Kawasaki telah memperkenalkan sebuah motosikal yang telah memperkukuhkan kedudukan pengeluar dari Jepun itu sebagai sebuah jenama premier. Motosikal yang dimaksudkan itu adalah Z1.

Enjin Empat-selari, 900cc berkenaan adalah enjin sejukan udara pertama yang bercirikan ‘double overhead camshafts’ (DOHC) dan mampu menghasilkan 82hp bagi memacu motosikal berkenaan sepantas 210km/j. Ianya adalah motosikal pengeluaran terpantas pada zamannya. Ia juga telah menguasai jualan dan penerbitan Motorcycle News telah menamakannya sebagai “Best Bike of the Year” empat tahun berturut-turut.

Motosikal Z1 kemudiannya membuka jalan kepada kemunculan Kz900 yang mana ianya pula telah melahirkan motosikal yang dominan Kz1000-S1 yang telah melonjakkan nama-nama legenda GP seperti Freddie Spencer, Eddie Lawson, Wayne Rainey, dan Wayne Gardner.

Ianya juga merupakan motosikal yang telah digunakan dalam siri televisyen terkenal, CHiPs.

Gambar dari rancangan televisyen CHiPs

(TEKAN SINI untuk membaca artikel kami mengenai evolusi motosikal popular Kawasaki.)

JELMAAN Z1 YANG TERBAIK BUAT SETAKAT INI?

Kawasaki pernah menghidupkan semula motosikal moden klasik Empat-selari yang mirip motosikal Z1 sebelum ini. Masih ingatkah anda akan motosikal Zephyr 400/750/1100 yang muncul pada tahun 1990-an?

Bagaimana pula dengan yang datang kemudiannya, ZRX1100 (1997 hingga 2005) dan ZRX1200 (2001 hingga 2008), yang dimodelkan berasaskan motosikal Kz1000R-S1 yang perkasa?

Sudah pasti jentera-jentera berkenaan tampak indah sekali, mempamerkan betapa jelitanya rupa bentuk motosikal Z1. Walau bagaimana pun, motosikal-motosikal berkenaan agak berat.

Motosikal Z900RS pula, hanya seberat 214kg, sedia untuk ditunggang. Tambahan pula, ianya bercirikan fork hadapan boleh laras sepenuhnya dengan penyerap hentakan belakang yang digarap dari motosikal superbike ZX-10R. Kerangka trellis yang ringan digunakan bagi merumahkan segala kelengkapan berkenaan. Motosikal Z900RS telah diberikan sudut ‘rake’ yang ‘sporty’ sebanyak 25.4 darjah dan ‘trail’ motosikal ini pada 88.9, memastikan pengendalian yang lincah.

BAIT PENGGAYAAN Z1

Ya, kesemuanya ada pada motosikal ini.

Bahagian belakang ekor itik, lampu belakang bujur, sirip enjin yang dimesinkan, tangki keluli yang bertekstur, lencana panel sisi, pelitup ‘cam’, pelana ‘bread loaf’, panel instrumennya, serta tolok-toloknya, kesemuanya menggunakan aksara yang sama. Malah, jarum-jarumnya juga berada di kedudukan rehat yang sama seperti yang ada pada motosikal asal.

Bahagian atas kerangka yang baru merumahkan pelana dan tangki bahanapi berbentuk air mata. Warna dua tona jingga dan perang metaliknya itu adalah hasilan semula yang serupa seperti motosikal Z1 asal.

Jika anda inginkan gaya yang lebih seakan sebuah racer, pilih sahaja Z900RS Cafe, yang dilengkapi dengan reraup ‘bikini’, palang pemegang yang lebih rendah, serta pelana yang berbonggol.

Dan tidak dilupakan juga sistem ekzos keluli dwi-dinding 4-ke dalam-1 yang baru, yang mana kebanyakan pemilik motosikal K1 telah mengubahsuai untuk menyerupainya dan mirip motosikal Kz1000. Agak-agak Kerker buat lagi atau tidak ekzos?

TORK!

Kuasa kuda amat berguna di atas litar, namun, di atas jalan raya, tork adalah raja.

Di mana enjin Z900RS berkongsi rekabentuk yang sama seperti motosikal lumba naked Z900, ianya telah ditala untuk tork pada tahap rendah dan sederhana bagi kegunaan dunia sebenar.

Ini bermakna anda tidak perlu kerap menukar gear bagaikan anda sedang bermain dram ‘double pedal’ apabila anda perlu memotong kenderaan lain mahupun ketika menunggang pada kelajuan yang rendah.

PRAKTIKALITI

Berdasarkan rupa paras motosikal berkenaan, lembaran spesifikasi serta ulasan dari media luar negara, kedua-dua buah motosikal Z900RS dan Z900RS Cafe adalah motosikal yang praktikal untuk tunggangan berulang alik harian dan juga untuk tunggangan hujung minggu menyusuri jalan raya bukit. Ia juga tampak seperti mempunyai posisi duduk yang lebih pragmatik untuk keselesaan sepanjang hari.

Dari apa yang dapat kami lihat, kami boleh pautkan bagasi lembut (seperti beg pelana) di kedua-dua belah (oleh kerana ianya penyerap hentakan ‘mono’) dan beg tangki tanpa menjejaskan rupa paras motosikal berkenaan.

Jadi, itulah dia perkara yang kami sukai mengenai motosikal ini. Kami pasti akan lebih mengetahui lagi akan ciri-ciri hebatnya sebaik sahaja ianya tiba di Malaysia. Mungkin sekali pada suku kedua tahun 2018 nanti.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube