Bikesrepublic

Komponen Malaysia Dalam SURU Scrambler – Motosikal Scrambler Elektrik Pertama Dunia

  • SURU Inc. telah menggunakan komponen buatan Malaysia bagi membina motosikal scrambler elektrik pertama dunia.
  • SURU telah membina motosikal mereka di Kanada bagi memastikan kualiti yang tinggi.
  • Model SURU Scrambler ini praktikal bagi mobiliti dalam bandar dan juga kawasan desa.

SURU Inc. telah memperkenalkan motosikal scrambler elektrik pertama dunia.

SURU Inc. telah membina motosikal mereka di Kanada bagi memastikan kualiti yang tinggi. Bagaimana pun, rakan kerja teknologi utama mereka adalah sebuah firma teknologi Malaysia yang bernama Ezee Kinetic. Ezee Kinetic terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Dan dengan itu, komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan motosikal SURU berasal dari Malaysia.

Model SURU Scrambler telah diasaskan daripada model SURU One Fifty, yang telah digelar sebagai “Honda Super Cub for e-bikes”. Model Scrambler ini memanfaatkan kelebihan dan inovasi model One Fifty dan menjadikannya sebuah kenderaan mobiliti dalam bandar dan juga kawasan desa yang praktikal.

Pasukan yang bertanggungjawab ke atas model SURU Scrambler ini merupakan orang yang sama yang turut bertanggungjawab dalam ciptaan motosikal elektrik, Amarok P1. Antara ahli pasukan ini adalah pereka bentuk yang telah memenangi anugerah, Michael Uhlarik.

SURU Scrambler bersama dengan SURU Amarok P1

“Kebanyakan orang amat menyukai rupa paras dan rasa sebuah motosikal café racer dan juga motosikal ala ‘dirt bike'”, ujar Uhlarik. “Tetapi, ianya agak menakutkan untuk memulakan minat dalam permotosikalan. Motosikal elektrik ini menawarkan sebuah platform yang sesuai buat semua orang yang ingin memulakan perjalanan mereka dalam dunia motosikal buatan khas yang menyeronokkan tanpa kebimbangan atau perlu membelanjakan jumlah yang besar.”

Dengan itu, model SURU Scrambler ingin membawa pengalaman dua roda untuk pasaran yang lebih luas dan yang lebih muda.

Falsafah SURU adalah untuk mengintegrasikan kejuruteraan bertaraf motosikal dalam reka bentuk motosikal elektrik yang elegan dan ringan. Kerangka ‘monocoque’ aluminium SURU bercirikan bateri yang boleh dikunci dan juga boleh ditanggalkan. Bahagian elektroniknya telah diletakkan dalam kerangka ‘monocoque’, melindunginya dari cuaca dan kecurian.

Kerangkanya ditawarkan dalam 6 reka bentuk grafik. Bagaimana pun, pemiliknya boleh mengkhususnya.

Ke semua motosikal SURU sah untuk digunakan atas jalan raya. Kelajuan tertingginya adalah 32km/j. Jarak perjalanannya adalah sehingga 70 kilometer menggunakan bateri dan pendikitnya. Pengguna boleh menggunakan pedal, jika dia mengingininya. Ia mengambil masa 3.5 jam untuk dicas penuh menggunakan punca kuasa elektrik rumah.

Sila layari laman sesawang www.ridesuru.com untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

GALERI GAMBAR

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan