Bikesrepublic

Kemasan Warna Baru Untuk Yamaha Ego Solariz 2018! RM5,548

  • Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) telah memperkenalkan beberapa kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Ego Solariz 2018.
  • Kemasan warna yang baru itu adalah Merah, Biru, Ungu, dan Magenta, dan disertakan juga dengan kemasan grafik yang baru.
  • Skuter Yamaha Ego Solariz 2018 ini telah ditetapkan harganya pada RM5,548.04 (harga asas beserta GST).

Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) telah mengumumkan bahawa skuter mereka, Yamaha Ego Solariz 2018, akan didatangkan dengan beberapa pilihan kemasan warna yang baru dan menarik untuk tahun ini. Kemasan-kemasan warna yang terbaru ini adalah Merah, Biru, Ungu, dan Magenta.

Kemasan warna Merah, Biru, dan Magenta telah pun disediakan sebelum ini sewaktu skuter dilancarkan pada bulan Januari tahun lalu bersama dengan kemasan warna Perang. Untuk kali ini, Ketiga-tiga warna tersebut telah dikekalkan dan warna Perang telah dihentikan, namun kini, rekaan grafik yang serba baru telah dilengkapkan pada pakej skuter 125cc yang amat mengujakan ini.

Warna-warna yang baru itu, bersama dengan kemasan grafik yang dikemaskini telah diterapkan pada skuter Yamaha Ego Solariz yang ‘sporty’ dan ranggi ini bagi menambahkan lagi keseronokan dalam kategori skuter automatik 125cc. Skuter Solariz telah dilancarkan pada tahun lalu dan ianya menjanjikan sebuah mod pengangkutan yang mampu dimiliki untuk penunggang muda.

Dijana oleh enjin satu silinder 125cc, skuter Solariz ini menghasilkan 9.4hp pada 8,000rpm dan 9.6Nm tork maksimum pada 5,500rpm. Dilengkapi dengan teknologi suntikan bahanapi dan juga “Blue Core” Yamaha, skuter Solariz ini dikatakan mempunyai prestasi yang baik dengan perbatuan yang hebat yang berpunca dari beratnya yang serendah 94kg dan tangki bahanapi sebesar 4.2 liter.

(OL)Solariz2018_Flyer_B2

Skuter Yamaha Ego Solariz 2018 ini telah ditetapkan pada harga yang sama seperti sebelum ini, iaitu RM5,548.04 (harga asas beserta GST). Bagi mereka yang berminat pasti gembira mengetahui yang ianya akan boleh didapati bermula minggu ini. Untuk mndapatkan maklumat lanjut, layarilah laman Facebook HLYM, atau mana-mana pengedar sah mereka di seluruh negara.

 

Galeri: 2017 Yamaha Ego Solariz 125cc dilancarkan di Malaysia – RM5,548 (asas termasuk GST)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan