Bikesrepublic

Kedai Perdana Royal Enfield Kini Di Gasket Alley

Selaras dengan usaha mengukuhkan jenama di Malaysia di bawah pengendalian Didi Group, Royal Enfield kini membuka kedai perdana (flagship store) serba baharu di Gasket Alley.

Kedai eksklusif itu kini menjadi kedai perdana Royal Enfield di Malaysia.

Menurut Didi Group, kedai perdana itu bakal menawarkan akses lebih baik kepada peminat Royal Enfield yang turut merangkumi servis dan jualan.

Selain daripada pelancaran kedai perdana terbaru itu, Royal Enfield turut memperkenalkan Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350 serba baharu untuk pasaran tempatan.

Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350 dikuasakan enjin 349cc yang menjana 20.2hp pada 6,500rpm dan 27Nm pada 4,000rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan ke tayar belakang menerusi transmisi 5-kelajuan.

Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350 masing-masing ditawarkan pada harga RM23,500 dan RM24,300.

Sementara itu, Royal Enfield turut mengemas kini senarai harga bagi beberapa model lain:

  • Royal Enfield Himalayan – RM29,500
  • Royal Enfield Interceptor 650 – RM29,500
  • Royal Enfield Continental GT 650 – RM33,100

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube