Bikesrepublic

JPJ Mengeluarkan Waran Tangkap Buat 40,000 Pengguna Jalan Raya Untuk AWAS

Sumber gambar: SoyaCincau
  • JPJ telah menyenarai hitam dan mengeluarkan waran tangkap untuk 39,311 pengguna jalan raya yang tidak melunaskan saman AWAS mereka.
  • 98,850 saman telah dikeluarkan sejak pemasangan 45 kamera AWAS pada bulan September 2018.
  • Pesalah trafik mempunyai 60 hari untuk melunaskan saman mereka atau mereka akan diheret ke mahkamah.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal membayar saman AWAS (Automatic Awareness Security System) mereka.

Menurut Bernama, 98,850 notis saman telah dikeluarkan selepas 45 buah kamera AWAS telah dipasang pada bulan September 2018. Bagaimana pun, hanya 10,876 daripada saman tersebut telah dibayar setakat 21 Januari 2019.

Dengan itu, JPJ telah menyenarai hitam 39,311 pengguna jalan raya yang memiliki saman yang belum dibayar. Lebih serius lagi, waran tangkap turut dikeluarkan untuk mereka.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, “Pesalah trafik ini ada tempoh 60 hari untuk melunaskan saman mereka bermula dari tarikh saman dikeluarkan. JPJ akan membawa kes tersebut ke mahkamah untuk pendakwaan (selepas tamat tempoh 60 hari).”

Beliau menambah bahawa 39,358 pengguna jalan raya telah didakwa di mahkamah semenjak Disember 2018.

Datuk Seri Shaharuddin turut mengatakan bahawa jabatan tersebut merancang untuk menambah empat buah lagi kamera AWAS di Terowong Menora selepas Tahun Baru Cina nanti.

Saranan kami buat para pembaca adalah untuk segera memeriksa di portal-portal seperti https://www.myeg.com.my bagi memastikan anda tiada saman yang tertunggak. Walaupun anda mungkin dapat merayu dikurangkan jumlah saman anda di mahkamah, ada juga kemungkinan yang anda boleh dikenakan dengan jumlah yang lebih tinggi. Lagi pun, tiada siapa yang suka sekiranya adanya pegawai polis yang muncul di pintu rumah atau tempat kerja anda dengan waran untuk menangkap anda.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube