Bikesrepublic

Guy Martin Bersara Dari Perlumbaan Jalanraya

 

  • Pelumba jalanraya legenda, Guy Martin, telah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelumba jalanraya antarabangsa berikutan kemunculan kembali ke arena perlumbaan jalanraya yang kurang memberangsangkan.
  • Setelah kemunculan kembalinya yang tidak diduga ke perlumbaan jalanraya dengan menerima tawaran dari pasukan Honda Racing Team, segala usaha Guy Martin dan John McGuinness serba tidak menjadi.
  • Apabila McGuinness terpaksa menarik diri dari perlumbaan Isle of Man TT berikutan kecederaan patah kakinya yang dialami selepas kemalangan ketika perlumbaan North West 200, Martin akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dari perlumbaan jalanraya selepas cubaan yang tidak membuahkan hasil bersama Honda Racing Team.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikutan penarikan dirinya yang terbaru dari perlumbaan Ulster Grand Prix tahun ini selepas perlumbaan Isle of Man TT 2017, pelumba jalanraya legenda, Guy Martin, telah mengambil keputusan untuk bersara dari perlumbaan jalanraya antarabangsa. Setelah mengalami kemalangan besar di perlumbaan jalanraya Ulster Grand Prix 2015, kebanyakan kita pasti beranggapan yang Guy Martin berasa amat bernasib baik terselamat dari kemalangan ngeri tersebut yang telah menyebabkan dia ditahan di dalam hospital berminggu lamanya.

Dia akhirnya kembali semula ke dunia perlumbaan jalanraya selepas menerima tawaran sekali dalam seumur hidup dari Neil Tuxworth, orang kuat di sebalik pasukan perlumbaan jalanraya Honda yang mengendalikan Honda Racing Team bagi perlumbaan Isle of Man TT. Bersama dengan John McGuinness yang juga dikenali sebagai “The King of the Mountain” dan jentera terkini Honda CBR1000RR Fireblade SP2, Martin menerima tawaran itu. Namun, kisah mereka tamat sebelum berakhirnya perlumbaan Isle of Man TT 2017.

Sumber imej: Grimsby Telegraph

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tamparan pertama telah dirasai apabila jentera serba baru Honda Fireblade mereka diterima lambat yang menyebabkan kedua-dua McGuinness dan Martin kekurangan masa untuk menguji serta membangunkannya. Ianya bertambah buruk untuk keseluruhan pasukan apabila McGuinness mengalami kemalangan teruk yang disebabkan kerosakan pendikit yang tidak dijangka dari ECU kit perlumbaan yang mengakibatkannya kecederaan patah kaki serta terpaksa mengundur diri dari perlumbaan Isle of Man TT.

John McGuinness(kiri) dan Guy Martin(kanan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Martin juga turut mengalami nasib yang malang ketika perlumbaan TT di mana dia mengalami kemalangan dalam perlumbaan Superbike apabila motosikalnya secara tidak disangka mengalami “false neutral” yang menyebabkan Martin berasa goyah dan tidak yakin akan kemampuan motosikal itu untuk bersaing di tahap tertinggi. Martin menarik diri dari perlumbaan terakhir kelas premier Senior TT berikutan insiden berkenaan.

Sumber imej: Grimsby Telegraph

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Martin akhirnya mengumumkan persaraannya dari kerjaya perlumbaan jalanraya selepas selesai sesi ujian terakhir di Cadwell Park. Menurut penunggang British berusia 35 tahun itu, “Berlumba telah memberikan banyak kebaikan untuk saya, tetapi saya sudah bosan akannya. Anda habiskan sebahagian awal tahun untuk bersedia untuk musim itu – ujian, perlumbaan, bercakap mengenainya, dan kemudian melakukan kesemuanya berulang kali. Ianya bagaikan “Groundhog Day”. Sudah tiba masanya untuk saya berhenti.”

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan