Bikesrepublic

Gambar Intipan Prototaip Triumph Daytona 765 Baharu Tersebar

  • Gambar intipan sebuah motosikal prototaip Triumph Daytona 765 telah pun tersebar.
  • Ramai yang telah menantikan kemunculan Daytona baharu memandangkan pelibatan Triumph dalam Moto2.
  • Motosikal prototaip ini kelihatan sama seperti Daytona 765 yang sebelum ini, namun dengan enjin dan suspensi baharu.

MCN telah menyiarkan gambar intipan Triumph Daytona 765 baharu yang sedang menjalani ujian.

Walaupun pasaran segmen supersport tidaklah semeriah dahulu, para peminat model Triumph Daytona tetap berasa sedih apabila motosikal berkenaan telah dihentikan penghasilannya pada tahun 2016. Pengeluar berkenaan kemudiannya telah melancarkan rangkaian Street Triple 765 bagi menggantikan versi 675, namun tiada petanda mengenai Daytona.

Bagaimana pun, harapan mulai berkuntum apabila Triumph mengumumkan dan kemudiannya mendedahkan enjin Moto2 mereka yang didasarkan daripada model Street Triple. Ramai yang menyangkakan bahawa ini merupakan petanda bagi kemunculan sebuah Daytona baharu.

Prototaip Triumph Moto2

Buat masa ini, pengeluarnya masih belum mengesahkan sama ada motosikal baharu itu akan muncul, meski pun dengan kenyataan Ketua Pegawai Produk Triumph yang mengatakan ianya kurang bijak untuk tidak mempertimbangkan kemungkinan ini memandangkan pelibatan mereka dalam Moto2. Kata kuncinya di sini adalah permintaan. Mengapa perlu mereka hasilkan sesuatu yang mempunyai permintaan yang terhad?

Namun kini, dengan kemunculan gambar intipan ini telah membayangkan hala tuju Triumph dengan model ini.

Menurut MCN, gambar-gambar ini telah diambil di Sepanyol pada minggu lalu. Berdasarkan gambar-gambar berkenaan, ia tampak agak mirip seperti Daytona 675R, kecuali motosikal ini berpelana tunggal dan tidak mempunyai tempat letak kaki pembonceng.

Dari sudut yang sebaliknya, pelitup enjin itu tidak syak lagi dari enjin 765cc. Model Daytona ini boleh dipertingkatkan lagi sekiranya mereka menggarapkan beberapa buah komponen enjin dari enjin Moto2 mereka, menjadikan motosikal ini model yang lebih mengancam berbanding dengan Street Triple.

Kita tidak nampak panel instrumennya dalam gambar-gambar ini, namun, MCN mengatakan bahawa ianya adalah skrin TFT seperti model Street Triple RS. Kawalan cengkaman sensitif sudut condong berdasarkan IMU enam paksi dan ABS menyelekoh juga sudah pasti ada pada motosikal ini.

Bagi casisnya pula, fork hadapannya tampak seperti fork Öhlins NIX30, manakala penyerap hentakan belakangnya tampak seperti Öhlins TTX. Angkup brek hadapan adalah unit Brembo Stylema baharu, yang turut dilengkapkan pada motosikal Ducati Panigale V4/V4 S.

Bila agaknya boleh kita jangka pelancaran motosikal Triumph Daytona 765 yang baharu ini? Kemungkinan besar ianya akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini, kerana penyelarasan Euro5 akan bermula pada tahun 2020.

Sumber: https://www.motorcyclenews.com/news/new-bikes/triumph-daytona-765/

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube