Bikesrepublic

Ekzos Siri Yoshimura Alpha Race Untuk Kawasaki Ninja 650 & Z650

 

  • Ekzos sistem sepenuhnya siri Yoshimura Alpha Race kini boleh didapati bagi motosikal Kawasaki Ninja 650 dan Kawasaki Z650 ABS.
  • Ekzos sistem sepenuhnya ini menjanjikan pengurangan berat sehingga 4.4kg dan peningkatan kuasa sehingga 6.1% serta 3.1% untuk tork.
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Yoshimura di Malaysia, anda bolehlah merujuk dengan pengedar sah di Malaysia, Chear Motor.

Yoshimura telah pun berkecimpung di dalam industri motosikal jauh lebih lama dari sesetengah daripada kita yang ada, kecualilah anda seorang penunggang motosikal ranggi yang berusia 64 tahun (atau lebih tua lagi). Apabila sebuah syarikat yang berfokuskan kepada pembinaan kelengkapan selepas jualan motosikal yang terbaik masih lagi berdiri teguh melebihi 60 tahun, sudah pasti anda boleh meyakini kehebatan produk mereka itu.

Dalam kes hari ini, bagi mereka yang ingin atau berminat untuk menerapkan jenama ini dalam motosikal Kawasaki Ninja 650 atau motosikal Kawasaki Z650 ABS mereka, bergembiralah! Kerana mereka bukan sahaja mempunyai satu, tetapi dua unit ekzos sistem sepenuhnya yang akan dapat meningkatkan lagi prestasi motosikal anda. Rupa serta gayanya juga tidak kurang hebatnya, tuan-tuan dan puan-puan.

Siri ekzos sistem sepenuhnya Yoshimura Alpha Race terbaru dari mereka ini datang dalam dua model yang berbeza; Race ALPHA FS SS-CF-CF Works Finish (karbon fiber) dan Race ALPHA FS SS-SS-CF Works Finish (keluli tahan karat). Manfaat terbesar pada kedua-dua kelengkapan selepas jualan ini adalah Yoshimura mendakwa yang ia dapat menambah kuasa kuda keseluruhan dan keluaran tork sehingga 6.1% dan 3.1%.

Ini bermakna yang ianya dipertingkatkan sehingga 4hp dan 2Nm yang mana menjadikannya hampir 70hp dan 68Nm tork bagi kedua-dua motosikal Ninja 650 dan Z650 ABS. Dengan beratnya yang lebih ringan itu, nisbah kuasa-ke-berat keseluruhannya juga telah meningkat dengan ketara.

Ia juga membantu dalam mengurangkan berat keseluruhan motosikal-motosikal dengan ketara, iaitu sehingga 4.4kg, berbanding dengan pilihan ekzos standard yang beratnya lebih sedikit daripada 8kg. Ekzos sistem sepenuhnya ini juga memberikan nota bunya yang lebih garang dengan padanan dan kemasan yang akan tampak cocok sekali bersama dengan motosikal Ninja 650 dan Z650 tanpa ia kelihatan agak canggung.

Unit karbon fiber dijual pada harga $819 (kira-kira RM3,216 selepas pertukaran terus matawang) manakala bagi unit keluli tahan karat pula yang 500g lebih berat ditetapkan pada harga $749 (sekitar RM2,941) bagi pasaran US. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Yoshimura di dalam Malaysia, anda bolehlah merujuk dengan Chear Performance Sdn. Bhd. (Chear Motor), yang terletak di sekitar Lembah Klang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai siri ekzos Yoshimura Alpha Race ini, TEKAN SINI.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan