Bikesrepublic

“Bila Saya Dapat Tahu KIP Tak Sertai Latihan MX, Memang Lah Saya Angin!”

Demikian komen prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) dan Petronas Sprinta Racing, Datuk Razlan Razali yang mempersoalkan ketiadaan Khairul Idham Pawi sewaktu sesi latihan di litar motorcross.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2797320373927639&id=100009491117146

Dalam perkongsian di Facebook semalam, Razlan seolah-olah bertanyakan di mana perginya Khairul Idham tatkala Fabio Quartararo, Xavi Vierge dan John McPhee sedang giat menjalani latihan.

Pada masa sama, pelumba Moto3 itu didapati sedang melakukan kayuhan lebih 40 kilometer bersama seorang lagi pelumba negara di Moto2, Hafizh Syahrin.

https://www.facebook.com/officialfanclubhafizhsyahrin/posts/4021097521258279

Menurut Razlan dalam satu penjelasan di ruangan komen, Petronas SRT mempunyai seorang jurulatih, Aleix yang bertanggungjawab membuat jadual latihan pasukan itu.

Lantas, apabila mendapat tahu latihan tersebut tidak digunakan sebaiknya oleh pelumba negara sebaliknya kesempatan itu diambil pelumba Eropah, Razlan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

“Kita sediakan sokongan semua sama dengan pelumba Eropah tetapi yang menggunakan sepenuhnya (sesi latihan) adalah pelumba Eropah, pelumba kita?,” katanya.

Pada masa sama, Razlan turut membidas kritikan yang dilontarkan terhadapnya dalam ruangan komen.

Selepas lebih tiga bulan berada di Sepanyol, Razlan mendedahkan setiap pelumba kecuali Khairul Idham Pawi mempamerkan peningkatan.

Ketika ini, hanya Khairul Idham Pawi pelumba tempatan tunggal dalam pasukan Petronas.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube