Bikesrepublic

Benelli TRK 251 dan Leoncino 250 Kini Di Malaysia – Harga Dari RM13,888

Bagi pemegang lesen B2 dan penunggang yang mahu berjinak dengan ‘motor besar’, anda kini berpeluang memilih di antara sebuah motosikal jenis adventure dan scrambler.

Benelli TRK 251

Direka khas bagi penunggang yang mahu memulakan pengembaraan, Benelli mendakwa TRK 251 mampu mendominasi laluan mencabar meskipun dikendalikan penunggang novis.

Enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan double overhead camshaft ini mampu menghasilkan 20.0kW pada 10,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Ciri lain yang terdapat pada TRK 251:

  • wet multi-plate clutch
  • pressure splash lubrication
  • electronic fuel injection
  • long acting catalyst
  • oxygen sensor exhaust sistem
  • tangki 18L

Bagi memastikan keutuhan jentera, TRK 251 turut didatangkan dengan kerangka steel trellis.

Benelli Leoncino 250

Bagi si hispter yang mencari jentera penuh gaya dan mampu milik, Leoncino 250 adalah jawapan untuk anda.

Leoncino 250 merupakan adik kepada Leoncino 500 yang telah pun dipasarkan ke Malaysia lebih awal. Menariknya, Benelli masih mengekalkan reka bentuk sama ke dalam versi lebih kecil ini.

Lahir daripada Centro Stile Benelli di Itali , rupa keseluruhan Leoncino menampakkan lagi legasi pengeluar motosikal Itali itu.

Leoncino 250 dilengkapi enjin thumper 249cc yang mampu menghasilkan 25hp pada 9,000rpm dan 21Nm pada 7,500rpm.

Ciri lain yang terdapat pada Leoncino 250

  • electronic fuel injection
  • TLI ignition
  • dual overhead camshafts
  • Inverted 41mm front forks
  • rear swingarm with a central mono-shock
  • kaliper depan empat piston (280mm)
  • kaliper belakang satu piston (240mm)
  • paparan digital penuh

Kedua-dua TRK 251 dan Leoncino 250 ditawarkan pada harga RM13,888 dan RM14,688 bagi versi ABS.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube