Bikesrepublic

Aveta Malaysia Memperkenalkan Pasukan Servis Mudah Alih

Aveta Malaysia telah memperkenalkan inisiatif terbaru, ‘Aveta Care on Wheels’ (ACW), sebuah pasukan perkhidmatan mudah alih yang terdiri daripada trak pikap dan tiga motosikal.

Misi ACW adalah memberikan sokongan kepada pemilik motosikal Aveta di seluruh Semenanjung Malaysia yang menghadapi masalah teknikal. Pasukan ACW terdiri daripada kakitangan terlatih Aveta Malaysia yang dapat menangani isu-isu teknikal.

Aveta Malaysia Sdn Bhd berkata yang syarikat mereka berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan meningkatkan sokongan jualan dan khidmat selepas jualan.

Salah satu program terbaru mereka, Aveta Service Corner (ASC), dilancarkan melalui pengedar sah motorsikal Aveta, Ann Chuan Motor. ASC menyediakan sudut khas di pusat jualan untuk servis dan penyelenggaraan motosikal Aveta, dijalankan oleh mekanik terlatih dan dilengkapi perkakasan khas dari Aveta Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan, Steven Lim, inisiatif ini menunjukkan komitmen Aveta dalam menyampaikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan pelanggan selepas pembelian motosikal.

ACW beroperasi dari Isnin hingga Sabtu, dari 10:00 pagi hingga 5:30 petang, di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pelanggan boleh membuat temujanji melalui talian Aveta Customer Careline di +60129565409.

Rancangan untuk memperluaskan inisiatif ini ke Sabah dan Serawak juga sedang diuruskan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube