Bikesrepublic

Aprilia Mengemaskini Model RSV4 RR 2019 Dan Tuono V4 1100 Factory

  • Aprilia kini tampil dengan kemaskini bagi rangkaian V4 2019 mereka.
  • Motosikal Tuono V4 1100 Factory akan dilengkapkan dengan suspensi elektronik Öhlins baharu.
  • Model RSV4 RR akan dilengkapkan dengan perubahan kosmetik.

Model Aprilia Tuono V4 1100 dan RSV4 yang cukup mengujakan akan menerima pelbagai pengemaskinian untuk tahun 2019.

Pasangan motosikal ini membentuk tulang belakang bagi rangkaian motosikal Aprilia, di mana jenama yang bertapak di Noale ini perlu mengemaskini kedua-dua model ini dengan kerap bagi menangkis serangan daripada para pengeluar yang lain.

APRILIA TUONO V4 1100 FACTORY 2019

Model Tuono ini sudah berusia 8 tahun namun ianya masih sebuah motosikal streetfighter yang garang, hasil daripada pengemaskiniannya yang kerap, dan bagi tahun 2019, Aprilia telah mengangkatnya ke satu tahap yang lain.

  • Motosikal Tuono V4 1100 Factory akan dilengkapi dengan suspensi semi-aktif Öhlins EC 2.0.
  • Anda mungkin pernah dengar nama suspensi ini, kerana ianya sistem yang sama boleh didapati pada motosikal Ducati Panigale V4 S.
  • Ia berfungsi seiring dengan IMU (Inertial Measurement Unit) dan ECU bagi menyediakan prestasi suspensi yang optimum berdasarkan data berkaitan brek, sudut condong, dan posisi pendikit.
  • Datanya digunakan dengan kerap bagi mengubah tahap redamannya bagi disuaikan dengan gaya penunggangan penunggang dan keadaan jalan.
  • Selain itu, ia juga melaraskan redaman stereng dan juga membolehkan penunggang untuk menetapkannya melalui suis yang ada pada palang pemegang dan dipaparkan pada skrin TFT.
  • Pertukaran pada suspensi juga akan memberikannya ruang gerakan tambahan pada forknya, dari 117mm ke 125mm.

APRILIA RSV4 2019

Model tahun 2019 akan dikemaskini dari segi kosmetik.

  • Dua pilihan warna baharu bagi model RSV4 RR ini adalah “Rivazza Grey” dan “Arrabiata Black”.
  • Kedua-dua pilihan warna ini disertakan dengan roda berwarna merah.
  • Motosikal RSV4 RR juga akan dilengkapkan dengan pelitup enjin magnesium, ‘oil sump’, dan penutup cam, namun, ianya tidak didatangkan dengan suspensi Öhlins.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan