Bikesrepublic

MotoGP: Viñales Terajui Barisan Hadapan Semua Yamaha Pada French GP Hari Ini

  • Sesi kelayakan MotoGP semalam menyaksikan barisan hadapan dipenuhi Yamaha dimana Maverick Viñales dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) akan bermula di hadapan hari ini.
  • Mereka akan memulakan perlumbaan hari ini bersama dengan harapan para peminat Perancis, anak watan mereka iaitu Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang melalui Q1 dan Q2 dengan penuh sensasi di hadapan penyokong tuan rumah.
  • Kejutan lain pada perlumbaan hari ini termasuklah pasangan Red Bull KTM Factory Racing, Pol Espargaro dan Bradley Smith yang layak di kedudukan P8 dan juga P10.


Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) akan memulakan perlumbaan MotoGP hari ini di HJC Helmets Grand Prix de France di hadapan apabila dia menduduki tangga teratas semasa sesi kelayakan semalam. Selepas sesi latihan yang menjadi igauan buat para penunggang berprofil tinggi dan juga pasukan pengilang, Viñales berjaya mencatatkan masa yang pantas untuk mengisi barisan hadapan untuk perlumbaan hari ini.

Pasukan Movistar Yamaha MotoGP bertambah gembira apabila Juara Dunia MotoGP 9 kali dan pendahulu semasa kejohanan, Valentino Rossi, layak di tempat kedua di hadapan seorang lagi penunggang Yamaha, anak watan Perancis, Johann Zarco dari Monster Yamaha Tech 3. Zarco akan memulakan perlumbaannya di P3.

Zarco melalui sesi kelayakan dengan cukup bijak sekali dimana dia memeranjatkan semua di Q1 dengan mencatatkan masa kedua terpantas untuk terus ke Q2. Sementara penunggang-penunggang lain ligat keluar masuk pit dengan strategi kelayakan dua hentian dengan set tayar baru, Zarco menghabiskan keseluruhan sesi Q1 dengan hanya satu set dan telah mencuri perhatian serta hati peminat senegaranya.

Satu-satunya penunggang LCR Honda, Cal Crutchlow, sekali lagi telah mengagumkan semua dengan sesi yang menakjubkan, layak di P4 di hadapan penunggang Repsol Honda dan juara tahun lalu, Marc Marquez. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ianya merupakan hujung minggu yang sukar setakat ini buat kebanyakan penunggang termasuk Marquez yang telah bergelut dengan talaan motosikalnya serta keadaan litar yang menyebabkan beberapa insiden yang tidak diingini termasuklah yang berlaku di Q2.

Si gergasi merah Ducati melengkapkan barisan kedua dimana Andrea Dovizioso sekali lagi akan menguji jentera Desmosedici GP17 dari P6. Satu lagi Ducati yang dikemudi oleh Scott Reading (OCTO Pramac Racing) berjaya menduduki P7. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) berjaya mendapatkan kedudukan kelayakan yang terbaik untuk penunggang Austria itu sepanjang musim setakat ini.

Pol akan memulakan GP Perancis di atas jentera KTM RC16-nya di hadapan Karel Abraham (Pull&Bear Aspar Team) dan juga Bradley Smith dari KTM yang berada di P9 dan P10.

Barisan yang cukup menarik bagi perlumbaan GP Perancis 2017 ini berpunca dari sesi kelayakan yang penuh dengan aksi dan persembahan yang amat mengujakan dari keseluruhan pelumba MotoGP. HJC Helmets Grand Prix de France akan bermula dengan Moto3. Perlumbaan akan bermula pada pukul 5 petang waktu tempatan, diikuti dengan Moto2 pada jam 6.20 petang dan MotoGP pada 8 malam.

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk berita MotoGP.

Sumber gambar: MotoGP

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube