- Pasukan aksi lagak ngeri Nitro Circus terkini telah menyaksikan Travis Pastrana melakukan aksi lompatan motosikal melepasi sekumpulan penggemar permotoran dan seorang pengacara ternama, Jay Leno.
- Pastrana bersama dengan kru aksi lagak ngeri motorcrossnya itu telah mempersembahkan aksi lompatan melangkaui Jay Leno di salah sebuah acara Nitro Circus di Amerika Syarikat.
- Travis Pastrana dikenali ramai kerana memenangi 14 pingat X-Games, termasuklah pada tahun 2006 di mana dia telah berjaya melakukan aksi ‘double back flip’ yang pertama seumpamanya menggunakan sebuah motosikal.