- MV Agusta baru sahaja memperkenalkan motosikal replika terbaru mereka, motosikal replika MV Agusta F4 RC WorldSBK 2018 sejurus selepas pengumuman mengenai motosikal F4 LH44.
- Motosikal F4 RC yang baru ini didatangkan kit perlumbaan yang menarik, antaranya adalah ekzos sistem sepenuhnya SC Project, ECU perlumbaan, penutup tangki bahanapi lepasan-pantas, bahagian karbon fiber, dan banyak lagi.
- Sebaik sahaja dilengkapkan dengan kit perlumbaan, motosikal replika F4 RC WorldSBK ini dikatakan dapat menghasilkan 212hp dan 115Nm tork dan
mencecah kelajuan maksimum sehingga 302km/j tanpa sebarang masalah.