Bikesrepublic

Berita Terkini

Toyota Avanza 2019 kini dibuka untuk tempahan di semua pusat pameran seluruh negara.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan bahawa model baharu tersebut didatangkan dengan varian – Avanza 1.5E, Avanza 1.5S dan Avanza 1.5S+.

Bagaimanapun, varian Avanza 1.5G tidak disambung sementara Avanza 1.5S+ menggantikan varian Avanza 1.5X.

Berikut senarai harga bagi ketiga-tiga varian:

Avanza 1.5E – Rm80,888
Avanza 1.5S – RM83,888
Avanza 1.5S+ – RM87,888

Pelanggan boleh memilih diantara empat warna baharu; Dark Red Mica Metallic, Silver Mica Metallic dan Black Metallic.

Sementara itu, model baharu Avanza ini turut dipertingkatkan dengan pelbagai ciri baharu antaranya, lampu hadapan Bi-LED dan lampu kabus depan sebagai pencahayaan sokongan.

Lampu hadapan Bi-LED tersebut turut membuatkan rupa keseluruhan Avanza tampak seakan model yang lebih premium, Toyota Vellfire.

Seperti Vellfire, Avanza baharu ini juga memiliki rekaan lebih anggun dan bukannya ‘bulat’ seperti MPV lain di dalam kelasnya.

Toyota turut beri jaminan bahawa model baharu ini adalah lebih senyap hasil daripada rekaan semula bahagian cermin pintu bagi mengurangkan tekanan angin negatif.

Rim 15 inci turut didatangkan sebagai standard bagi semua varian dan saiz tayar ganti juga adalah sama seperti tayar yang digunakan.

Menjenguk ke bahagian dalam, Avanza kini didatangkan dengan warna dashboard dua tona dan fabrik kerusi berwarna hitam sekaligus menonjolkan lagi rekaan premium.

Kalau berminat untuk melihat dengan lebih dekat kesemua varian baharu ini, sila kunjungi pengedar rasmi Toyota terdekat.

Menurut Kementerian Kerja Raya, lebih 10,000 kemalangan jalan raya berpunca daripada masalah tayar celup. Isu ini sekaligus membuktikan pentingnya membeli tayar baharu daripada pengedar rasmi di samping memahami kepentingan tayar dalam memastikan keselamatan pemandu.

Sebagai persiapan menghadapi jalan raya yang sesak menjelang Hari Raya, Goodyear Malaysia menerusi Promosi Ramadhan dan Hari Raya, Goodyear menawarkan peluang untuk membeli tayar baharu dengan tawaran istimewa.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia Ben Hoge berkata pihaknya memandang serius keselamatan pemandu di Malaysia.

“Kami menitikberatkan keselamatan jalan raya, ini adalah mesej utama kami kepada pelanggan yang datang membuat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan. Dengan sambutan Hari Raya menjelang tiba, kami mahu memastikan orang ramai membeli tayar baharu yang berkualiti dengan harga berpatutan.

“Pada masa sama kami juga mahu memberi ganjaran kepada pelanggan yang mengambil langkah pertama dalam memastikan keselamatan di jalan raya. Untuk itu, buat julung kalinya kami akan menghadiahkan sebuah kereta dengan bekalan tayar buat tempoh yang panjang,”jelasnya.

Pelanggan yang membuat pembelian tayar Goodyear terpilih dari 1 Mei hingga 30 Jun 2019 akan berpeluang memenangi sebuah Honda City termasuk bekalan tayar selama 10 tahun!

Pelanggan boleh memilih di antara dua promosi – pertama melibatkan tayar premium termasuk Eagle F1 Asymmetric Series, EfficientGrip Series, Run on Flat (ROF) dan Eagle F1 Directional 5 Series sementara pilihan kedua melibatkan tayar mampu milik antaranya Assurance TripleMax Series, Wrangler TripleMax dan Optilife.

Pelanggan layak mendapat satu penyertaan cabutan bertuah bagi setiap pembelian sepasang tayar Goodyear terpilih. Pelanggan juga akan mendapat pengecas telefon pintar jika membeli keempat-empat tayar.

Jangan lupa untuk daftar ke dalam program Worry-Free Assurance bagi melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari www.goodyear.com.my atau laman Facebook, www.facebook.com/GoodyearMalaysia.

Sumber: Google Maps

Seorang pemilik stesen minyak Shell di Batu Berendam, Melaka telah menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang menjelang tiba apabila menawarkan baju raya terpakai kepada orang ramai.

Terletak di Jalan Mohd Zin Dsh, difahamkan inisiatif tersebut telah pun berlangsung sejak Ramadan bermula.

Menurut laporan Astro Awani, pengendali stesen tersebut, Zulkifly Jantan telah menyediakan seksyen bagi pakaian kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Sumber: Melaka Daily @ Facebook

Meskipun terpakai namun setiap pakaian berada dalam keadaan seperti baharu dan ada diantaranya adalah barangan berjenama!

Inisiatif Zulkifly turut mendapat perhatian orang ramai yang telah membawa pakaian terpakai mereka sendiri untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Zulkifly, ini adalah kali kedua program seumpamanya diadakan.

Sumber: Sam Tham @ The Star

Orang ramai digesa agar berhati-hati ketika melalui 17.7 km Lebuhraya Pulau Indah ekoran terdapat banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terbabit.

Menurut laporan The Star, sehingga ke hari ini lebih 2,300 kemalangan berlaku di sepanjang jalan tersebut sejak 2007 dengan 26 kematian dicatatkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata antara punca kemalangan di kawasan tersebut adalah keadaan jalan yang tidak selamat, pemandu gagal mematuhi had kelajuan dan lampu isyarat yang tidak berfungsi.

Menurutnya lagi, pemandu lori yang mengantuk atau keletihan turut jadi punca berlakunya kemalangan.

“Keadaan jalanraya yang teruk dan membahayakan juga harus diketengahkan,” jelasnya.

Sementara itu, penunggang motosikal turut menggesa agar membina laluan motosikal khas di sepanjang jalan tersebut.

(SUMBER: The Star)

Honda Malaysia memperkenalkan ruang dalam serba baharu bagi model HR-V RS bagi meningkatkan lagi gaya sporty model terbabit.

Pengenalan terhadap ruang dalam yang serba hitam itu merupakan respon Honda terhadap maklumbalas pelanggan yang mahukan ruang dalam yang tampak lebih sofistikated di samping meningkatkan lagi pengalaman Joy of Owning bagi setiap kenderaan Honda.

Menggantikan warna Ivory, ruang dalam berwarna hitam ini memenuhi ruang konsol, panel depan, tempat duduk pemandu dan penumpang serta lining di pintu.

Warna baharu tersebut nyata sepadan dengan ciri-ciri praktikal yang terdapat dalam HR-V antaranya, Multi-Utility Cargo Space, Multi-Angle Rearview Camera, 8-Way Driver Power Seat, Honda LaneWatch Camera, Cruise Control dan Paddle Shift.

HR-V turut dilengkapi dengan ciri keselamatan terbaik antarya 6 beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan ISO Fix.

Sehingga kini, lebih 12,000 tempahan bagi HR-V telah diterima dengan lebih 7,000 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan.

Sambutan menakjubkan ini semakin mencapai sasaran 60 peratus yang ditetapkan Honda bagi tahun ini meskipun baru empat bulan.

HR-V kekal mendahului segmen SUV Kompak sehingga Mac 2019.

Pelanggan boleh singgah di mana-mana 98 pengedar rasmi Honda bagi membuat tempahan. Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my

Sumber: Astro Awani

Dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kerajaan akan menambah lebih 11 kamera Automated Awareness System (AWAS).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar menjelaskan pemasangan 11 kamera terbabit yang dijangka siap hujung tahun ini diputuskan setelah mengadakan sesi kajian bersama badan berkaitan antaranya PLUS Malaysia dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Menurut Datuk Kamaruddin, antara lokasi dipersetujui adalah Terowong Menora di Ipoh yang sering kali berlaku kemalangan.

Kos pemasangan dan penyelenggaraan berskala bagi semua 11 unit kamera AWAS yang beranggaran sekitar RM3 juta tersebut akan ditanggung sepenuhnya pihak PLUS.

Ketika ini ada terdapat 19 kamera AWAS yang diletakkan di sepanjang lebuhraya PLUS.

Pada masa sama, PLUS menyerahkan 10 unit kenderaan jenis Honda CRV kepada JPJ yang akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan di sepanjang lebuhraya PLUS.

(SUMBER: Bernama)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube