Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang pemilik kereta terkejut apabila keretanya telah disembur dengan cat berwarna merah dalam satu insiden yang berlaku di Lembah Klang, hari ini.

Menurut perkongsian di Facebook Mcclubz, sebuah kenderaan jenis Toyota Estima telah disembur dengan beberapa mesej kemarahan ekoran didakwa meletakkan kereta secara sesuka hati.

Pemilik kereta terbabit terkejut melihat keretanya dipenuhi perkataan ‘mati’, ‘gila’dan ‘park properly’.

Meskipun tiada pengesahan di mana insiden tersebut berlaku namun bengkel Autonian di Taman Wahy, Kuala Lumpur mengesahkan kereta tersebut telah dihantar untuk dibaik pulih.

Rata-rata netizen memuji tindakan si pelaku yang bertindak menyembur kereta tersebut sebagai pengajaran.

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan harga terbaru bagi semua model Hyundai di Malaysia yang melibatkan model IONIQ, Tucson, Grand Starex dan Elantra.

Hyundai menawarkan harga RM99,888 bagi model IONIQ Hybrid 1.6 GDi Atkinson Cycle HEV dan RM115,888 bagi IONIQ Hybrid 1.6 GDi Atkinson Cycle HEV Plus.

Sementara itu, harga baru bagi Tucson Nu 2.0 MPI Elegance adalah RM123,888 manakala Tucson Gamma 1.6 T-GDI Turbo ditawarkan pada harga RM143,888.

Jika anda memiliki keluarga yang besar mungkin anda boleh beralih ke Grand Starex. Model 2.5 CRDi VGT Executive kini boleh menjadi milik anda dengan harga RM151,888.

Bagaimanapun, jika anda mahu tampi lebih bergaya, model Elantra yang telah dikemas kini bagi 2019 kini ditawarkan dengan harga RM109,888.

Skuter Super Soco CUx Ducati ini bukanlah jentera yang dihasilkan sepenuhnya oleh Ducati, sebaliknya ia merupakan kerjasama dengan syarikat skuter elektrik yang berpangkalan di UK.

Menariknya, ini adalah model skuter elektrik yang digunakan pasukan MotoGP Ducati di padok.

Ducati juga tidak melakukan perubahan ketara terhadap rekaan keseluruhan CUx selain daripada mengenakan warna tema Ducati – merah dan putih.

Skuter tersebut ditawarkan pada harga GBP2,299 (RM12, 218) sekaligus menjadikannya skuter elektrik paling mahal dalam pasaran.

CUx Ducati dijana dengan bateri 30 Ah Litium Ion dan mampu menghasilkan sekitar 3.6 hp dan 130 Nm.

Seperti skuter elektrik lain, CUx Ducati mampu mencapai kelajuan 45 km/j dan boleh pergi sejauh 75 km dengan sekali caj – selama 3.5 jam.

Skuter elektrik tersebut turut dilengkapi dengan lampu depan LED dan kamera berdefinisi tinggi di bahagian depan bagi merekodkan perjalanan. Kamera tersebut juga mampu bertindak sebagai kamera swafoto!

Selain itu, ia turut memiliki sensor G-Force, yang akan diaktifkan secara automatik dan menghantar maklumat tersebut ke telefon pintar penunggang.

Sumber: Honda Racing Corporation

Marc Marquez merekodkan kemenangan ke-47 dalam kariernya di MotoGP apabila memenangi GP Perancis malam tadi sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Lebih menarik, pencapaian tersebut merupakan kemenangan ke-300 Honda dalam kelas premier, sekaligus menjadi pengeluar pertama yang berjaya merekodkan angka itu.

Kemenangan pertama Honda hadir pada tahun 1966 di Hockenheim bersama pelumba, Jim Redman dari Honda RC181.

Sumber: Honda Racing Corporation

Freddie Spencer mengembalikan Honda ke podium dalam kelas 500cc pada 1982 di Spa-Francorchamps dengan jentera NS500. Takazumi Katayama menjadi pelumba Jepun sulung untuk memenangai kelas 500cc untuk Honda dalam tahun sama.

Tahun 1984 menandakan kemunculan model NSR500 – jentera legenda yang berjaya merekodkan 132 kemenangan dengan pelumba seperti Mick Doohan, Wayne Gardner, Alex Criville dan Eddie Lawson mendominasi kelas premier termasuk tujuh Constructors World Championships.

Sumber: Honda Racing Corporation

Honda kemudiannya bingkas mendominasi era empat strok dengan jentera RC211V dengan memenangai perlumbaan pertama di GP Jepun 2002.

Model RC211V, RC212V dan RC213V telah membantu Honda meraih 144 kemenangan dalam era empat strok, termasuk Marquez yang mendominasi GP Perancis, malam tadi.

Berikut senarai 300 kemenangan Honda dalam kelas premier:

Jim Redman

2

Mike Hailwood

8

Freddie Spencer

20

Takazumi Katayama

1

Randy Mamola

4
Wayne Gardner

18

Eddie Lawson

4

Pierfrancesco Chili

1
Mick Doohan

54

Alex Criville

15
Daryl Beattie

1

Alberto Puig

1

Luca Cadalora

2

Carlos Checa

2

Tadayuki Okada

4

Max Biaggi

5
Loris Capirossi

1

Alex Barros

6
Valentino Rossi

33

Tohru Ukawa

1
Sete Gibernau

8

Makoto Tamada

2
Nicky Hayden

3

Marko Melandri

5
Dani Pedrosa

31

Toni Elias

1
Andrea Dovizioso

1

Casey Stoner

15
Marc Marquez

47

Jack Miller

1
Cal Crutchlow

3

Seorang pemandu telah merempuh palang besi di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan ekoran terlalu leka menggunakan telefon bimbit.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 26 tahun itu memandu kereta jenis Toyota Vios telah gagal memperlahankan kenderaan sebelum merempuh palang terbabit sekitar jam 7 pagi.

Rempuhan itu bagaimanapun tidak menyebabkan palang tersebut patah sebaliknya melentur lalu memasuki bahagian cermin depan pemandu.

Namun, pemandu bernasib baik kerana palang terbabit tidak menyebabkan sebarang kecederaan bagaimanapun masih dikenakan tindakan di saman pihak berkuasa.

Rakaman CCTV kemalangan:

(SUMBER: Harian Metro)

Menurut perkongsian oleh SG Road Vigilante di laman sosial Facebook, seorang pemandu Singapura ‘kantoi’ apabila didapati menukar nombor pendaftaran kenderaan di kereta jenis BMW miliknya.

Difahamkan, dia telah menukar nombor pendaftaran milik sebuah kenderaan jenis Hyundai Elantra bagi mengelak daripada di saman di jalan raya Malaysia!

Pemeriksaan di MyEG mendapati nombor pendaftaran Hyundai Elantra tersebut telah merekodkan 18 saman tetapi gambar yang diambil kamera perangkap kelajuan memaparkan kereta jenis BMW.

Diharapkan pemandu tersebut dicekup pihak berkuasa atas kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kereta di samping tidak menghormati undang-undang di negara Malaysia.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube