Bikesrepublic

Berita Terkini

Portal pemilikan kenderaan, MyMotor (oleh MYEG) telah memperkenalkan platform membida kereta online – MyAuction – yang memberi peluang kepada pemilik kereta untuk membeli dan menjual kereta terpakai menerusi konsep bidaan.

Bidaan kereta tersebut dibuka kepada orang ramai sekaligus memudahkan penjual dan pembeli termasuk pengedar kereta terpakai untuk menyaksikan proses bidaan secara langsung.

Konsep ini memastikan pembeli dapat membeli kenderaan dengan harga terbaik di pasaran kerana hanya akan berurusan secara terus dengan penjual dan bukannya dengan pihak ketiga.

Sementara itu, penjual berpeluang untuk mendapatkan harga tinggi sekiranya terdapat permintaan tinggi dikalangan pembida.

Berikut antara ciri-ciri utama MyAuction:

  • setiap proses bidaan berjalan dengan mudah dan selamat.
  • kereta yang disenaraikan dalam MyAuction telah diperiksa oleh pasukan profesional di MyMotor bagi memastikan ketelusan di antara pihak penjual dan pembeli.
  • segala dokumen dan kertas kerja akan dikendalikan oleh pihak MyAuction
  • pembeli boleh memohon bantuan kewangan/pinjaman daripada MyMotor
  • pembeli akan menikmati bantuan kerosakan selama setahun oleh MyAssist sekiranya berjaya membuat pembelian

Pemilik kereta yang berminat untuk menyenaraikan kenderaan di MyAuction boleh mendaftar melalui MyMotor.

Wakil profesional akan datang bagi membuat pemeriksaan kenderaan dan apabila selesai, wakil tersebut akan memaklumkan penjual mengenai tarikh dan waktu bagi sesi bidaan diadakan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mymotor.my

Volkswagen Golf R dan Mercedes-AMG A35 kini berdepan saingan baharu dalam bentuk BMW 1 Series dengan model premium M135i mampu menjana 302 hp!

Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, BMW 1 Series dilengkapi dengan ‘rear-wheel drive’ tetapi kali ini BMW mengambil langkah drastik dengan mengubah kepada platform ‘front-wheel drive’ bagi menambahbaik ruang dalam dan ciri praktikal.

Model baharu ini direka berdasarkan struktur FAAR – yang digunakan pada model X1, X2 SUV dan Mini Countryman.

Pengurus Produk BMW, Jochen Schamalholz berkata model 1 Series tetap menawarkan pemanduan dinamik meskipun selepas perubahan tersebut dilakukan.

“Kami telah bertungkus lumus dalam menghasilkan kereta yang menggabungkan dua ciri baharu namun masih dipandu seperti sebuah kenderaan BMW yang dikehendaki pelanggan kami,” jelasnya.

Antara kunci utama prestasi maksimum M135i adalah penggunaan sistem BMW xDrive all-wheel-drive.

Susulan enjin 3.0 liter enam silinder (335 hp) yang digunakan pada generasi M140i lalu tidak dapat dimuatkan ke dalam rangka FAAR, BMW bertindak melengkapkan M135i dengan enjin 2.0 liter empat silinder twin-turbo (302 hp) sepertimana yang digunakan pada model M235i Gran Coupe.

Meskipun enjin tersebut menawarkan kuasa yang lebih rendah namun BMW menegaskan enjin baharu ini tetap menawarkan pengalaman pemanduan yang setaraf – dibantu dengan chasis yang 20kg lebih ringan berbanding M140i – di samping mampu mencapai kelajuan maksima 249 km/j!

Bagi memastikan unit M135i mengekalkan pemanduan seperti model sebelumnya, model ini didatangkan dengan sistem ‘actuator-controlled wheel slip limitation'(ARB) sepertimana yang ada pada model elektrik BMW i3.

Sistem BWM Performance Control turut didatangkan secara standard sementara varian lain dilengkapi ‘multi-link rear axle’ dan sistem penyerang hentakan berupa boomerang bagi meningkatkan ketahanan.

BMW 1 Series dijangka akan dipasarkan hujung bulan ini dengan harga bermula dari GBP24,430 (RM130,214) bagi varian 118i SE sementara M135i xDrive ditawarkan pada harga GBP35,430 (RM188,845).

(SUMBER: AutoCar)

Honda memanggil semula lebih 137,000 unit CR-V setelah menerima beberapa laporan beg udara tiba-tiba diaktifkan dengan sendirinya sekaligus menyebabkan kecederaan.

Menurut laporan Reuters, Honda mendakwa bahagian wayar dan kabel sistem di bahagian stereng perlu diganti susulan laporan beg udara aktif dengan sendiri meskipun tidak terlibat dalam kemalangan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada laporan bahawa masalah beg udara tersebut mencetuskan kemalangan.

Daripada jumlah yang dipanggil semula (137,000), 118,000 unit adalah di Amerika Syarikat, sementara baki 19,000 melibatkan CR-V di Korea dan Kanada.

Sementara itu, Honda turut memanggil semula lebih 19,000 unit kenderaan di Amerika Syarikat susulan penggantian inflator Takata tidak di pasang dengan betul sebelum Mei 2018.

Ini bukan kali pertama Honda terpalit dengan isu beg udara. Sebelum ini, pengeluar kereta Jepun itu berdepan masalah dengan penggunaan beg udara Takata pada 2013 dengan lebih 21 juta unit Honda terkesan di seluruh dunia.

Pengamal media permotoran dan ahli Desmo Owners Club (DOC) Malaysia telah dijemput bagi menyaksikan pra-tonton ekslusif Ducati Diavel 1260 S dalam satu majlis iftar yang dianjurkan Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia.

 

Unik dan luar biasa, dua perkataan yang sesuai digunakan bagi menceritakan tentang Diavel 1260 S. Model ini mampu mencuri tumpuan semua lapisan masyarakat dengan rekaan lain dari yang lain.

Jadi tidak hairanlah model asas Diavel 1260 S telah berjaya merangkul anugerah Red Dot Award 2019: Best of the Best!

Diavel 1260 S dilengkapi enjin Testastretta DVT bersesaran 1,262 cc yang berkemampuan menghasilkan 159 hp pada 9,500 rpm dan 12 Nm pecutan.

Dilengkapi dengan chasis yang telah dikemaskini, jentera ini kini lebih responsif dalam apa jua permukaan jalan dan dilengkapi sistem brek setaraf dengan sport bike – perlu diingat Diavel 1260 S adalah bercirikan cruiser!

Bagi memudahkan tunggangan, Diavel 1260 S turut didatangkan dengan Bosch Cornering ABS, penyerap hentakan Ohlins boleh laras di bahagian depan dan belakang, serta sistem brek berprestasi tinggi!

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi Ducati Quick Shift up & down (DQS) yang didatangkan secara standard.

Peminat Ducati boleh berkunjung ke pengedar Ducati seluruh negara bagi menyaksikan model ini dengan lebih dekat. Ikuti perkembangan lanjut di laman Facebook Ducati Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Next Bike Sdn Bhd telah menjemput pengamal media dan DOCM bagi sesi berbuka puasa di Pusat Pameran Ducati Malaysia baharu. Majlis iftar tersebut meraikan peminat Ducati seluruh negara dan mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media dan peminat jenama motosikal Itali itu.

Sempena sambutan Ramadan, Hari Gawai dan Hari Ray Aidilfitri, UMW Toyota bersama Shell Malaysia melancarkan ‘Balik Kampung Safety Campaign’ dengan bertujuan untuk meningkatkan lagi keselamatan pengguna jalan raya tatkala ribuan rakyat Malaysia bakal memulakan perjalanan balik kampung dalam masa terdekat.

Buat julung kalinya, UMW Toyota Motor (UMWT) dan Shell Malaysia menawarkan pemeriksaan 36-poin kepada semua jenis kenderaan di 20 stesen Shell terpilih di seluruh negara. Wakil terlatih dari Toyota turut akan hadir bagi sesi pemeriksaan.

Presiden UMW Toyota, Ravindran K menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam mengurangkan kemalangan di jalan raya.

“Ini merupakan kerjasama sulung kami bersama Shell Malaysia bagi kempen keselamatan jalan raya. Kami yakin kempen ini dapat membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan terutamanya menjelang musim perayaan yang semakin menjelang tiba,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata pemilihan stesen Shell tidak dilakukan secara rawak.

“Kami telah mengenal pasti dengan teliti stesen Shell yang akan menawarkan pemeriksaan percuma ini. Pemilihan dibuat bukan sahaja berdasarkan lokasi malah servis yang mampu ditawarkan oleh stesen-stesen ini. Selain daripada pemeriksaan 36-poin, pelanggan juga boleh menukar mninyak enjin di Pusat Servis Shell Helix.

Pemeriksaan kenderaan percuma akan bermula dari 10 pagi hingga 5 petang. (Rujuk jadual di bawah)

               Tarikh                           Lokasi
    23rd – 25th Mei 2019                            Sarawak
     23rd – 26th Mei 2019                              Sabah
     30th  – 2nd  Jun 2019                 Semenanjung Malaysia

Tawaran ini terbuka kepada semua kenderaan Toyota dan jenama lain. Setiap pemeriksaan tidak akan mengambil masa lebih dari 15 minit. Pelanggan yang menghantar kenderaan mereka juga akan menerima beg goodie (sementara stok masih ada).

Kerjasama dengan Shell Malaysia juga membenarkan pemilik kereta Toyota untuk menggantikan sistem airbag inflator di stesen Shell terpilih ini. Proses penggantian akan mengambil masa sekitar 1 jam.

Berikut senarai stesen terpilih:

Daerah 

Stesen Shell

Bandar

Selangor

SHELL KOTA DAMANSARA SEK 4 PETALING JAYA
SHELL JALAN BATU CAVES BATU CAVES
SHELL PERSIARAN SULTAN IBRAHIM KLANG

Kuala Lumpur

SHELL DESA PETALING KUALA LUMPUR
SHELL JALAN GENTING KELANG 1 KUALA LUMPUR
SHELL JALAN CHERAS BATU 4 KUALA LUMPUR

Utara

SHELL  JALAN KUALA KANGSAR IPOH SELAMA
SHELL JALAN CHAIN FERRY 1 BUTTERWORTH
SHELL JALAN JELUTONG GEORGETOWN

Pantai Timur

SHELL JALAN BESAR KUANTAN KUANTAN
SHELL JLN GAMBANG KUANTAN KM 13 KUANTAN
SHELL JALAN HILIRAN KT K TGANU

Selatan

SHELL JALAN SKUDAI JB BATU 5 3/4 MASAI
SHELL LEBOH AYER KEROH AYER KEROH
SHELL TAMAN DAYA JB JOHOR BAHRU

Sabah

SHELL JALAN PENAMPANG KM 5.5 KOTA KINABALU
SHELL JALAN MAT SALLEH TG ARU KOTA KINABALU
SHELL JALAN SULAMAN INNOPRISE KOTA KINABALU

Sarawak

SHELL JALAN TUN JUGAH KUCHING KUCHING
SHELL JALAN KERETAPI KUCHING KUCHING

Harley-Davidson Petaling Jaya memperkenalkan Iron 1200 dalam usaha untuk meningkatkan lagi jenama Sportster yang menggabungkan rekaan lama dan trend motosikal kustom dengan enjin Evolution 1200 V-Twin.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1957, motosikal Sportster telah melalui pelbagai proses rekaan semula di tangan Harley-Davidson dan juga pemilik motosikal.

Rekaan grafik di tangki yang baharu – diinspirasikan dari elemen 1970an – menonjolkan lagi rupa keseluruhan 1200 berbanding dengan Forty-Eight Special.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penjualan Harley-Davidson Petaling Jaya, Ahmad Rano menjemput orang ramai untuk menyaksikan model baharu ini.

“Kami menjemput orang ramai untuk hadir dan menyaksikan jentera baharu ini sebelum diserahkan kepada pemiliknya. Di samping itu, H-D Petaling Jaya turut mengadakan Karnival Ulang-Tahun Pertama hujung minggu ini jadi kami menjemput semua untuk hadir ke ruang pameran kami,” katanya.

Harley-Davidson Petaling Jaya turut menawarkan rebat sehingga RM28,000 bagi model Touring terpilih dengan kadar faedah serendah 3.6 peratus dan waranti 2 tahun.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang mendapatkan aksesori dan alat ganti Harley-Davidson dengan potongan 30 peratus!

Sambutan Ulang-tahun Pertama Harley-Davidson Petaling Jaya berlangsung dari 25 hingga 26 Mei ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube