Bikesrepublic

Berita Terkini

Aprilia Malaysia (Didi Resources Sdn Bhd) secara rasminya telah melancarkan model ‘sports bike’ terkini mereka iaitu Aprilia RSV4 1100 Factory. Pelancaran model ini telah dilakukan bersama para pemilik motosikal Aprilia di The Podium Penchala sempena siaran langsung MotoGP pusingan di Germany. (more…)

Oktober tahun lalu, media automotif pernah berkongsikan beberapa gambar ‘render’ yang memaparkan sebuah jentera pikap keluaran BMW.

Bagaimanapun, model itu kini direalisasikan apabila pengeluar kereta mewah Jerman itu memperkenalkan model konsep, BMW X7 Pickup.

Model ini diperkenalkan pada BMW Motorrad Days (yang berlangsung kelmarin) sebagai projek yang pertama dan terakhir oleh pelatih vokasional BMW dengan kerjasama bahagian Concept Vehicle Construction and Model Technology di kilang BMW, Munich, Jerman.

Jentera ini menyaksikan BMW mengubah model SUV X7 kepada sebuah trak pikap dengan lima tempat duduk dengan ruang belakang berukuran 1.4 meter panjang – mampu dipanjangkan sehingga 2 meter jika lid belakang di buka.

BMW turut mendakwa mereka menggunakan bahan CFRP (gentian karbon diperkuat) yang lebih lasak dan ringan di bahagian bumbung, pintu belakang dan ruang kargo sekaligus mengurangkan berat sehingga 200 kilogram berbanding model SUV.

Ekoran BMW X7 Pickup dipertontonkan kepada orang ramai ketika pameran motosikal BMW, mereka turut memuat naik BMW F850 GS di bahagian belakang bagi membuktikan kesinambungan di antara BMW dan BMW Motorrad.

Difahamkan, BMW memakan masa sehingga 10 bulan untuk menghasilkan model ini. Pelatih telah mengambil model pandu uji SUV X7 dan diberikan kebebasan dalam proses pembinaan di samping mendapat bantuan pakar.

Malangnya, BMW menegaskan model ini tidak akan dihasilkan untuk pasaran dunia.

Sumber: Utusan Online

Susulan kejadian lantai bas berlubang yang meragut nyawa adik Wan Mohammed Adam Mohd Suria, pihak PUSPAKOM memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyampaikan butiran pemeriksaan penuh bas tersebut.

PUSPAKOM yakin laporan tersebut dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan yang lebih mendalam.

Pada masa sama, PUSPAKOM turut akan bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memeriksa keadaan bas tersebut terutamanya daripada aspek teknikal dalam masa terdekat ini.

Dua hari lalu, arwah bersama rakan kelas Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Tok Bok berada di dalam bas yang sedang menuju ke Bukit Keluang, Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya terjerumus ke dalam lubang yang terdapat pada lantai bas.

Mangsa kemudiannya maut susulan digilis tayar bas terbabit.

Menurut laporan Utusan, lubang tersebut telah dialas dengan papan dan karpet sebelum kejadian tersebut berlaku.

Seorang penunggang motosikal berkongsi pengalaman hampir putus jari ketika menunggang motosikal Jalan Greenwood, Gombak, baru-baru ini.

Menurut perkongsian di akaun Facebook Mohamad Syazwan, dia berdepan detik cemas apabila ada invididu tidak bertanggungjawab telah mengikat tali merentasi jalan raya daripada simpang empat  Jalan Greenwood menuju ke Lebuhraya Duke.

Mangsa turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan jarinya alami luka yang ketika cuba menolak tali – difahamkan tali tangsi – tersebut ke atas bagi mengelakkan daripada mengenai lehernya.

Rata-rata netizen menggesa agar pihak berkuasa memantau keadaan jalan raya di kawasan tersebut kerana difahamkan ini bukan kali pertama insiden seumpamanya pernah berlaku.

Diharapkan pihak berkuasa menignkatka pemantauan di semua jalan raya di Malaysia agar insiden yang tidak diingini dapat dielakkan.

Pelumba legenda, Giacomo Agostini percaya Valentino Rossi tidak lagi setanding pesaing lain dalam siangan MotoGP namun berasakan pelumba Yamaha itu harus dipuji kerana masih menikmati kariernya di atas litar.

Agostino merangkul 15 kejuaraan Gran Prix di antara tahun 1966 hingga 1975 dengan lapand daripadanya hadir menerusi kelas 500cc.

Menurut temu bual dengan akhbar Quotidiano Nazionale, Agostino berasakan pelumba yang telah memasuki usia 40 tahun itu tidak lagi mampu menyaingi dengan pelumba lain yang jauh lebih muda.

Rossi gagal menamatkan saingan dalam tiga perlumbaan berturut-turut musim ini selepas terpaksa bersara di awal perlumbaan di Assen, minggu lalu.

“Valentino sedang berikan yang terbaik tetapi dia tidak mampu untuk menandingi pelumba yang lebih muda dan ini mencetuskan masalah.

“Zaman dia sudah berlalu tetapi seperti orang lain, saya juga mahu menyaksikan dia kembali menjadi nombor satu. Tetapi segalanya sudah jelas bahawa pesaing yang ada jauh lebih hebat.

“Bagaimanapun, Rossi tampak masih teruja untuk beraksi. Meskipun menduduki tempat keempat atau kelima, dia kelihatan gembira kerana masih berpeluang untuk bersaing,” jelas Agostini.

 

Sumber: Andrea Dovizioso @ Twitter

Pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso menafikan dakwaan bahawa dia penunggang yang tidak agresif selepas menduduki tempat keempat minggu lalu di Assen.

Bermula di petak ke-11, Dovioso berjaya naik ke kedudukan keempat di awal perlumbaan sebelum kembali ketinggalan.

Bagaimanapun, di penghujung perlumbaan Dovizioso berjaya memintas rakan sepasukan, Danilo Petrucci untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, namun ketinggalan 14.1 saat dibelakang pemenang, Maverick Vinales.

“Ramai yang berpendapat saya tidak agresif sebaik tamat perlumbaan di Assen, namun ramai yang terlepas saat saya berjaya naik ke kedudukan keempat daripada kedudukan ke-11.

“Ini bukan soal agresif, sebaliknya, jentera saya tidak cukup laju untuk berada di depan.

“Saya telah memberikan 100 peratus untuk 12 pusingan dan berjaya menyamai masa dengan kelompok dengan namun jentera saya tidak cukup pantas,” jelasnya.

Dovizioso turut menegaskan bahawa gaya tunggangannya yang lancar membuatkan dia tampak tidak agresif.

“Setiap penunggang ada gaya masing-masing tetapi itu tidak bermakna kami tidak agresif di atas litar,”tambahnya menjelang perlumbaan di GP Jerman yang menyaksikan Ducati gagal merekodkan kemenangan sejak 2008.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube