Bikesrepublic

Aprilia RSV4 1100 Factory dilancarkan! RM159,900

Aprilia Malaysia (Didi Resources Sdn Bhd) secara rasminya telah melancarkan model ‘sports bike’ terkini mereka iaitu Aprilia RSV4 1100 Factory. Pelancaran model ini telah dilakukan bersama para pemilik motosikal Aprilia di The Podium Penchala sempena siaran langsung MotoGP pusingan di Germany.

Bagi mereka yang ingin sesuatu yang berkuasa tinggi dan juga memiliki pakej aerodinamik yang paling canggih, model Aprilia RSV4 1100 Factory mempunyai segala yang anda idamkan. Dari enjin 1,078cc jenis V4 dengan 217hp dan ‘aero fairing’ teknologi MotoGP, susah untuk dinafikan betapa hebatnya jentera ini untuk kegunaan seharian mahupun di dalam kawasan litar.

Reka bentuk moden bukan sahaja memberi rupa bentuk yang menarik tetapi ia juga turut menawarkan pelbagai teknologi yang diilhamkan dari dunia MotoGP dan WorldSBK kepada sebuah model jalanan. Semua hasil reka bentuk ini telah didatangkan dari Aprilia Style Centre yang turut mengemaskan model RSV4 1100 Factory dengan pakej ekzos Akrapovic.

Gabungan enjin 1,068cc jenis V4 65-darjah dengan sistem ECU Magneti Marelli 7SM memberi janaan kuasa setinggi 217hp pada 13,200rpm dan 122Nm tork maksimum pada 11,000rpm. Sistem elektronik APRC (Aprilia Performance Ride Control) yang sama dengan model Aprilia RSV4 RR juga menambahbaikkan lagi pakej sedia ada dengan:

  • Aprilia Traction Control (ATC)
  • Aprilia Wheelie Control (AWC)
  • Aprilia Launch Control (ALC)
  • Aprilia Quick Shift (AQS)
  • Aprilia Pit Limiter (APL)

Rangka jentera juga telah dikemaskini dengan beberapa kebolehan menarik seperti pelarasan kedudukan enjin, sudut headstock dan swingarm, dan pakej suspensi Öhlins NIX dan TTX yang boleh dilaraskan sepenuhnya. Tidak kira anda jenis ‘rider’ kecil atau besar mahupun rendah atau tinggi, model RSV4 1100 Factory boleh di’adjust’ untuk keselesaan penuggangan anda.

Nak brek ‘power’? Kaliper Brembo Stylema jelmaan MotoGP telah ditawarkan secara ‘standard’ bagi pakej RSV4 1100 Factory terkini dan juga tambahan saluran udara gentian karbon yang sama digunakan pada jentera MotoGP Aprilia RS-GP. Kesemua elemen ini memberi sebuah jentera yang mempunyai berat keseluruhan serendah 199kg.

Aprilia Malaysia telah menetapkan harga model ini pada RM159,900 (harga atas jalan tanpa insurans). Sempena pelancaran model RSV4 1100 Factory, mereka juga telah memperkenalkan model terkini Tuono V4 Factory pada harga RM119,900. Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana pengedar rasmi Aprilia di Malaysia atau kunjungi www.facebook.com/apriliaofficialmalaysia/.

Aprilia RSV4 1100 Factory 2019 Tampil Dengan 214hp

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan