Bikesrepublic

MotoGP: Dovizioso Tidak Puas Hati, Dilabel Tidak Agresif Di Litar

Sumber: Andrea Dovizioso @ Twitter

Pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso menafikan dakwaan bahawa dia penunggang yang tidak agresif selepas menduduki tempat keempat minggu lalu di Assen.

Bermula di petak ke-11, Dovioso berjaya naik ke kedudukan keempat di awal perlumbaan sebelum kembali ketinggalan.

Bagaimanapun, di penghujung perlumbaan Dovizioso berjaya memintas rakan sepasukan, Danilo Petrucci untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, namun ketinggalan 14.1 saat dibelakang pemenang, Maverick Vinales.

“Ramai yang berpendapat saya tidak agresif sebaik tamat perlumbaan di Assen, namun ramai yang terlepas saat saya berjaya naik ke kedudukan keempat daripada kedudukan ke-11.

“Ini bukan soal agresif, sebaliknya, jentera saya tidak cukup laju untuk berada di depan.

“Saya telah memberikan 100 peratus untuk 12 pusingan dan berjaya menyamai masa dengan kelompok dengan namun jentera saya tidak cukup pantas,” jelasnya.

Dovizioso turut menegaskan bahawa gaya tunggangannya yang lancar membuatkan dia tampak tidak agresif.

“Setiap penunggang ada gaya masing-masing tetapi itu tidak bermakna kami tidak agresif di atas litar,”tambahnya menjelang perlumbaan di GP Jerman yang menyaksikan Ducati gagal merekodkan kemenangan sejak 2008.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan