Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber imej: Fox Sports Asia

Pengurus pasukan KTM Tech 3, Herve Poncharal mengharapkan jentera Hafizh Syahrin turun sama menggunakan swingarm gentian karbon seperti rakan sepasukan,  Miguel Oliviera.

Meskipun Hafizh tidak mendapat kemas kini terbaru itu ketika di Assen,  dia masih mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15, dua di belakang Oliviera.

Assen merupakan kali kedua Hafizh berjaya mengutip mata setelah bergelut dengan jentera KTM RC16 apabila Tech 3 beralih ke KTM dari Yamaha musim ini.

Komponen baharu ini dijangka dapat membantu memperbaiki catatan masa Hafizh musim ini ekoran lebih ringan berbanding aluminium.

Poncharal yakin swingarm gentian karbon akan membantu Hafizh dalam pusingan seterusnya.

“Saya berharap komponen baharu itu dapat diberikan kepada Hafizh dalam pusingan selepas ini,” jelas Poncharal.

Sebelum ini,  dua lagi pelumba KTM,  Pol Espargaro dan Johan Zarco telah pun menggunakan swingarm gentian learning  sekaligus Hafizh merupakan pelumba tunggal yang belum diberikan kesempatan.

(SUMBER : NST)

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meluahkan rasa bimbang terhadap pelambakan alat ganti tiruan yang terdapat dalam pasaran ketika ini.

“Kami sedar bahawa terdapat banyak alat ganti tiruan menggunakan logo Perodua ketika ini dan ada sebahagian daripadanya sukar untuk dibezakan dengan alat ganti tulen antaranya, minyak pelinciri, penapis minyak, penyerap hentakan dan pad brek. Senario ini amat membimbangkan,” jelas Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin.

Menurut laporan The Edge, Perodua bimbang orang ramai akan mudah tertipu dengan penggunaan alat ganti tiruan yang ternyata tidak menjalani sesi ujian yang sewajarnya sekaligus dapat menggugat keselamatan pemandu.

Bagi mengatasi permasalahan ini, Perodua telah mengadakan sesi pertemuan dengan pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Pertemuan itu menyaksikan lebih 120 pegawai KPDNHEP telah dimaklumkan mengenai isu ini dan cara-cara untuk membezakan alat ganti tulen dan tiruan.

Sementara itu, Perodua menggesa agar orang ramai untuk tidak mudah mempercayai pengedar yang menjual alat ganti tiruan sebaliknya dapatkan alat ganti tulen di pengedar Perodua yang sah atau di 179 pusat servis Perodua di seluruh negara.

Pengembaraan Modenas “Explore the Unexplored” Ride kini telah sampai ke penghujungnya minggu depan dan bagi mengakhiri program epik ini, Modenas telah menyediakan program yang istimewa bagi para peserta.

Bagi edisi kali ini, pengembaraan akan bermula pada pagi 13 Julai 2019 daripada Juru Auto City, Perai dan akan menuju ke Cameron Highlands untuk menikmati cuaca dingin.

Konvoi kemudiannya akan turun ke Bentong menerusi jalan Cameron Highlands – Sungai Koyan sebelum menuju ke destinasi terakhir yang terletak di Rimba Valley Motocamp di mana peserta akan berkhemah di tepi sungai yang jernih sambil ditemani bintang-bintang di langit pada waktu malam.

 

Rimba Valley Motocamp turut merupakan tuan rumah kepada Rimba Raid yang akan berlangsung seminggu kemudian.

Peserta hanya perlu menanggung kos minyak motosikal masing-masing sementara segala makanan, minuman serta tempat penginapan akan disediakan pihak Modenas, jadi usah risau!

Inisiatif “Explore the Unexplored” bermula selepas Modenas Dominar D400 dilancarkan di Malaysia. Seperti namanya, ia membuka peluang kepada pemilik Dominar bukan sahaja untuk menjelajah seluruh Malaysia dengan jentera kesayangan mereka malah berkongsikan pengalaman dengan pemilik Dominar D400 di seluruh dunia!

Bukan itu sahaja, peserta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi pertandingan gambar terbaik bersama jentera Dominar masing-masing.

Diingatkan peluang ini terbuka untuk pemilik Modenas Dominar D400 sahaja dan atas faktor keselamatan serta memastikan kelancaran tunggangan, tidak dibenarkan untuk membawa penumpang (pillion).

Anda yang berminat sila hantarkan email kepada safrin@modenas.com.my

Polis sedang memburu dua penjenayah yang telah melarikan beg tangan milik seorang penolong pegawai perubatan dengan memecahkan tingkap keretanya dalam kejadian yang berlaku di Jalan Gombak, Kuala Lumpur, semalam.

Mangsa berusia 28 tahun itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dengan memandu kereta jenis Kia Sorento sebelum didatangi dua suspek yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk penumpang depan sebelum melarikan beg tangan.

“Mangsa terdengar bunyi ketuk di bahagian tempat duduk penumpang depan lalu melarikan diri dengan motosikal mereka,” demikian kenyataan dibuat Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa mengalami kerugian RM2,000.

Difahamkan polis telah mengenal pasti kedua-dua suspek dan usaha memburu sedang dijalankan ketika ini.

PROTON terus mengorak langkah positif bagi tahun 2019 apabila merekodkan penjualan sebanyak 7,615 unit bagi bulan Jun yang merupakan penjualan kedua tertinggi tahun ini.

Proton merekodkan penjualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan apabila berjaya menjual lebih 10,611 unit, Mei lalu.

Kesinambungan itu diteruskan bagi bulan Jun 2019 yang menyaksikan kenaikan 23 peratus berbanding bulan sama bagi 2018.

Di antara jumlah yang terjual bagi Jun, 78 peratus daripadanya terdiri daripada Proton Persona, Iriz, Saga dan Exora. Jumlah itu menyaksikan kenaikan 2 peratus berbanding 76 peratus pada bulan Mei.

Setakat ini, Proton Persona telah menerima lebih 11,500 tempahan diikuti 3,500 tempahan bagi Iriz dan 1,500 bagi Exora.

Sementara Proton X70 terus unggul sebagai SUV pilihan rakyat Malaysia dengan lebih 15,175 unit telah pun dijual.

Dalam tempoh setengah tahun pertama (Januari hingga Jun) Proton telah mencatat penjualan sebanyak 43,679 unit – 61 peratus kenaikan berbanding tahun 2018.

Bulan September tahun ini bakal menyaksikan acara paling ekslusif bakal diadakan di bandar Maranello, Itali. Universo Ferrari merupakan acara sulung yang didedikasikan untuk dunia Ferrari.

Selain memberi peluang tontonan peribadi kepada klien ekslusif untuk melihat jentera baharu Ferrari dengan lebih dekat, orang ramai turut berpeluang untuk menyaksikan barisan kereta Ferrari.

Bagi memeriahkan acara, Ferrari turut membina struktur khas berdekatan dengan kilang pengeluaran bagi mempamerkan segala model dari klasik hingga terkini.

Antara model yang dijangka akan menarik perhatian orang ramai adalah Ferrari SF90 Stradale, jentera hibrid serba baharu oleh Ferrari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ferrari.com.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube