Bikesrepublic

Berita Terkini

Kebiasaannya pengguna motosikal jenis Aprilia dan Moto Guzzi perlu membelanjakan lebih RM350 untuk servis penuh – minyak enjin, penapis minyak dan upah – tetapi Didi Resources, pengedar rasmi kedua-dua jenama motosikal Itali itu sedang menawarkan harga istimewa!

Pelanggan kini hanya dikenakan RM10 bagi pertukaran penapis minyak sekaligus menjimatkan kos keseluruhan servis yang kini bermula serendah RM270!

Selain daripada promosi penapis minyak, Didi Resources turut menawarkan harga istimewa bagi alat ganti penting lain antaranya, pad brek dari RM190.90 dan penapis udara dari Rm49.90 sekaligus mengurangkan beban kos servis.

Pada masa sama, tawaran ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan servis motosikal dilakukan dengan pusat berdaftar bagi mengelak risiko penggunaan alat ganti bukan original sekaligus dapat memberi kesan negatif terhadap prestasi motosikal lalu menggugat keselamatan penunggang.

Ketika ini, kebanyakkan pemilik memiliki stigma bahawa pusat servis mengenakan caj yang tinggi berbanding bengkel biasa.

Bagaimanapun, menerusi kempen ini, Didi Resources percaya mampu meyakinkan orang ramai tentang kepentingan servis di pusat servis berdaftar.

Kempen servis ‘Never Before’ berjalan dari 1 Ogos 2019 hingga 30 September 2019!

Demikian kenyataan dibuat seorang warga laman sosial yang bertindak mengecam penunggang motosikal yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) semalam.

Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut disyaki dalam perjalanan pulang daripada Karnival Gen Blu Yamaha yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Menurut rakaman ‘dashcam’ yang telah dikongsikan akaun Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi secara tiba-tiba cuba mengubah haluan selepas mendapati kereta di hadapan telah pun menekan brek.

Tindakan itu menyebabkan empat motosikal mengalami kemalangan ekoran tidak sempat mengelak.

Ketika ini tiada maklumat mengenai keadaan penunggang motosikal terbabit.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-rata menyalahkan pemandu tersebut.

Namun terdapat satu komen yang mencuri tumpuan apabila berkata penunggang motosikal yang menggunakan laluan paling kanan wajar menerima padah sedemikian.

Bukan itu sahaja, dia turut membuat perbandingan dengan negara Taiwan yang tidak membenarkan sesetengah motosikal memasuki lebuh raya.

Komen tersebut turut menerima kecaman daripada netizen lain yang berpendapat komen tersebut tidak wajar.

Apa sekalipun, diharapkan pihak berkuasa meneliti insiden kemalangan tersebut sementara pihak berwajib lain perlu memandang serius perkara ini tatkala ketiadaan laluan khas motosikal di sekitar kawasan kejadian.

 

Sumber: ultimatemotorcycling

Marc Marquez yang mengambil risiko dalam penggunaan tayar ketika sesi kelayakan di litar Brno semalam berjaya merekodkan petak pertama buat kali ke-58 sekaligus menyamai rekod disandang Mick Doohan.

Pelumba Repsol Honda itu memilih untuk menggunakan tayar jenis ‘slick’ meskipun hujan baharu sahaja berhenti dan berjaya mencatat masa 2 minit 02.753 saat – 2.524 saat lebih pantas berbanding Jack Miller daripada Pramac Ducati.

Sementara itu, pelumba Perancis, Johan Zarco – yang berjaya melepasi sesi kelayakan pertama buat julung kalinya musim ini – berjaya membawa pasukan KTM menduduki petak ketiga.

Dalam perkembangan sama, pencabar terdekat Marquez, Andrea Dovizioso (Ducati) yang ketinggalan 58 mata di belakang, bakal bermula di petak keempat.

 

Antara acara ditunggu-tunggu peminat dan pemilik Porsche di Malaysia, Porsche Sportscar Together Day telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Acara tersebut merupakan julung kalinya diadakan di Malaysia selepas kejayaan pertama yang dianjurkan tahun lalu bagi meraikan ulangtahun ke-70 Porsche.

Sejarah baharu turut dilakar apabila Porsche Sportscar Together Day menyaksikan perhimpunan Porsche terbesar di litar lumba di Malaysia.

Selain daripada keseronokan berkongsi minat yang sama, Sime Darby Auto Performance (SDAP) turut mengumumkan program kewangan terbaru – Pinjaman 360 (360 Leasing) – yang membenarkan pemilik memandu model Porsche serba baharu selama tiga tahun atau 60,000km tanpa perlu bimbang tentang ‘resale value’.

Pelanggan hanya perlu membayar bayaran pinjaman setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman tersebut dan sebaik tempoh berakhir, pelanggan diberi pilihan sama ada untuk naik taraf model Porsche.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menikmati pakej insurans komprehensif termasuk cermin depan dan perlindungan daripada bencana alam, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24 jam oleh Porsche Assist.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 360 Leasing, layari http://dealer.porsche.com/malaysia/. Kalkulator turut disediakan bagi memudahkan pelanggan membuat kiraan.

Sempena dengan Sportscar Together Day, SDAP turut memperkenalkan Macan S serbah baharu selepas melancarkan model asas – Macan – di pusat pameran Porsche Sungai Besi, baru-baru ini.

Turut menghangatkan acara hari ini, pengunjung disambut dengan barisan model Porsche 911 dari generasi pertama hingga terbaru, Porsche 911 Carrera 4S yang bernilai RM1.2 juta!

Kanak-kanak turut diberi peluang untuk merasai pengalaman pemanduan Porsche menerusi permainan e-sports dan Program Junior Porshce.

UMW Toyota mengumumkan pemenang bagi kempen penjualan  ‘As Never Before Bonanza’ yang telah berlangsung awal tahun ini.

Kempen tersebut telah berjaya menarik ribuan pengunjung ke pusat pameran Toyota  untuk melihat dan merasai pengalaman kereta yang ditawarkan.

Presiden UMW Toyota Motor,  K.  Ravindran meluahkan rasa teruja dengan sambutan diterima.

“Kami gembira dengan sambutan yang diterima sejak kempen ini berjalan.

“Tahniah kepada para pemenang. Ini adalah cara kami menghargai pelanggan setia Toyota,” jelasnya.

Pelanggan yang membeli dan mendaftar kenderaan sebelum 30 April 2019 berpeluang memenangi hadiah utama berupa Toyota Vios 1.5G.

Berikut merupakan senarai pemenang:

  • Pugalendran A/L Chelliah
  • Lee Yian Ling
  • Siti Aishah Binti Mohd Said
  • Hasmynor Bin Ahmad

Sementara itu pelanggan yang menempah kenderaan untuk sesi pandu uji berpeluang memenangi pakej percutian bernilai RM5000 hingga RM8000.

Berikut merupakan senarai pemenang:

  • Ng Joon Ka
  • Kok Beng Hin
  • Lukman Hakim Bin Kamarudin

Untuk maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan tawaran sila layari www.toyota.com.my

 

Kereta yang BMW dakwa menggunakan 95 peratus bahan boleh kitar semula kini boleh didapati di semua pengedar BMW terdekat.

Walaupun direka dengan tujuan utama menghasilkan ‘zero emission’ atau karbon sifar, model baharu ini turut dihasilkan dengan kebolehan kitar semula.

Bahagian dalam menggunakan 80 peratus bahan kitar semula dan bahan yang boleh diguna semula. Bahagian tempat duduk penumpang depan memaparkan panel yang dihasilkan daripada kayu eucalyptus.

BMW Group menjadi pengeluar automotif pertama yang menggunakan kayu eucalyptus daripada pengurusan hutan yang berdaftar pada 2013.

Kemasan di bahagian pintu yang selalunya menggunakan plastik berasaskan petroleum telah digantikan dengan gentian kuat daripada tumbuhan Kenaf – yang berkemampuan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen pada kadar tinggi.

Tempat duduk pula menggunakan kulit ‘naturally-tanned’ dengan ekstrak daun zaitun sementara fabrik yang digunakan didatangkan daripada poliester yang telah dikitar semula.

Lebih menarik, BMW i3s yang tidak lagi boleh digunakan pada masa akan datang boleh dikitar semula sekaligus dapat mengurangkan bahan buangan yang akan memberi kesan terhadap alam sekitar.

Pemilik BMW i3s akan mendapat pengalaman pemilikan premium daripada BMW Group Malaysia yang terdiri daripada:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube