Bikesrepublic

Berita Terkini

2017 Yamaha MT-09

Jentera jalanan ini telah diperkenalkan pada Oktober 2016 di acara Intermot, Cologne dan kali ini sedia untuk dipasarkan pada tahun hadapan. Yamaha MT-09 hadir dengan enjin menumpukan kuasa pada peringkat pertengahan dengan daya kilas yang kuat dan dari itulah nama ‘MT’ terhasil, iaitu ‘Master of Torque’.

Versi kemaskini untuk 2017 ini dapat dilihat pada penggunaan lampu LED baharu berkembar berbeza dengan model 2016 yang menggunakan lampu tunggal, namun versi MT-09 Tracer (di Malaysia pun ada) hadir dengan lampu berkembar.

(more…)

Aprilia pada penghujung 2016 ini telah mempersembahkan jentera yang cukup menarik dengan kuasa melebihi 250hp berasaskan dari jentera yang pernah digunakan pada perlumbaan MotoGP pada 2015 iaitu RS-GP 15. Jentera ini adalah Aprilia RSV4 R FW-GP.

Jentera ini menggunakan saiz gerek yang lebih besar iaitu 81mm, 3mm lebih besar daripada saiz gerek RSV4 yang biasa iaitu pada 78mm. Secara teorinya ini akan meningkatkan nisbah mampatan dan pada masa yang sama juga akan meningkatkan sedikit kapasiti enjin.  (more…)

Foto kredit: Buzzword Events

Tawaran Istimewa dari Buzzword Events: Konvoi ke Colombo Bike Week 2017 dan Sri Lanka

Foto kredit: Buzzword Events

Rakan-rakan seperjuangan kami dari Buzzword Events kembali dengan tawaran melancong sambil menunggang ke Sri Lanka sempena acara Colombo Bike Week 2017. (more…)

 

2016 HondaCB500X ABS dikemaskini dalam pakej dan harga yang berpatutan

Dalam pasaran Malaysia, terdapat banyak pilihan untuk motorsikal atas 250cc. Bagi yang baru sahaja mendapat lesen B penuh, antara pilihan yang menarik di pasaran sekarang ialah Honda CB500X ABS tahun 2016. (more…)

Motosikal MV Agusta di Malaysia akan diedarkan oleh Moto Varese Asiatic Sdn Bhd

Pelantikan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi MV Agusta telah disempurnakan dengan majlis menandatangani perjanjian pada 7 Disember 2016 antara kedua dua pihak oleh Cik Hu Ying, Pengarah Eksekutif, DNC Asiatic Holdings dan Encik Muhamad Zamry Abu Samah, Pengarah Urusan, Moto Varese Asiatic Sdn Bhd bagi pihak syarikat masing-masing. (more…)

Kozi Sport Wheels,  satu jenama dari TSR Malaysia,  membawakan rim sukan rekaan terbaru, M5,  untuk Yamaha Y15ZR. Terdapat 3 warna untuk dipilih iaitu Emas,  Hitam dan Biru.   (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube