
BENELLI Malaysia melancarkan model baharu di dalam barisan keluarga Benelli iaitu TnT135 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.
BENELLI TnT135 serba baru menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap pada semua jenis keadaan jalan raya. Enjin ini mampu menjana 12.6hp @ 9,000RPM dengan daya kilas maksimum pada 10.8Nm @ 7,000RPM.

“Meskipun model TnT135 ini dikategorikan sebagai motosikal mini, dari segi hamburan kuasa ia tidak mengecewakan. Dengan kawalan kuasa di tangan dan ketangkasan yang mudah dikawal, saya yakin motosikal baru ini mampu menakluki keyakinan dan naluri penungganya nanti” kata Low Kin Yong Pengurus Besar BENELLI Malaysia. (more…)








