Tawaran Istimewa dari Buzzword Events: Konvoi ke Colombo Bike Week 2017 dan Sri Lanka
Rakan-rakan seperjuangan kami dari Buzzword Events kembali dengan tawaran melancong sambil menunggang ke Sri Lanka sempena acara Colombo Bike Week 2017. Acara kali ini terbuka kepada penunggang-penunggang dari Malaysia dan ASEAN. Berikut adalah butiran terperinci:
Butiran Acara Utama:
Tarikh : 23 Feb – 12 March 2017
Negara yang mengambil bahagian : Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Hong Kong dan Australia
Motorsikal : Motorsikal berkuasa tinggi (600cc ke atas)
Jarak perjalanan : 2,300km
Sekali bersama rakan kongsi dari Sri Lanka iaitu Motor Adventure Sports (MAS), mereka sudah berpengalaman dalam menganjurkan beberapa konvoi motorsikal dari Malaysia sejak 2014. Ini termasuk acara konvoi awal 2016 ke Colombo Bike Week 2016.
Buzzword Events dan MAS akan menjalankan acara yang unik ini bagi 2017 yang telah berlangsung setiap tahun sejak 2014.
Bagi acara kali ini, acara konvoi terbuka kepada semua penunggang dari negara-negara ASEAN dengan tawaran eksklusif termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Hong Kong dan juga Australia.
Berikut adalah butiran terperinci untuk harga bagi penunggang dan pembonceng yang berminat untuk menyertai acara konvoi ke Colombo Bike Week 2017:
Pihak penganjur juga telah berjaya membuat konvoi ini lebih senang dengan perjanjian dengan kerajaan Sri Lanka dimana semua penunggang dan pembonceng tidak perlu memperoleh dokumen Carnet de Passages en Douane (CDP). Bagi yang ingin mengetahui, dokumen perjalanan ini amat sukar dan mahal untuk diperolehi.
Konvoi ini juga telah dirancang untuk menyenangkan lagi para-para penunggang dimana ia akan dipecahkan kepada dua peringkat berbeza yang membuatkan ia lebih senang dan tawaran harga berpatutan.
Berikut adalah program bagi konvoi tersebut:
Seperti yang telah dibuat sebelum ini, konvoi ke Colombo Bike Week 2017 akan mendapat pengiring polis, marshal tempatan, kenderaan sokongan dan juga bas bagi pembonceng dan juga peserta lain yang ingin turut serta konvoi tersebut.
Menurut Leslie dari Buzzword Events, tempat adalah terhad kepada 30 penunggang dan motorsikal bagi siri kali ini. Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan Leslie melalui beberapa cara tertera di bawah:
Buzzword Events
Suite 1043A, Level 1, Millennium Square, 46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Mobile H/P: +6012-212 0154
Email: leslie@buzzword.com.my