Bikesrepublic

Berita Terkini

KEMASKINI (12 Jan 2017): Jentera yang mungkin dilancarkan adalah Ego Solariz, bukan NVX155 ???

HLYM akan melancarkan jentera baru mereka untuk 2017 pada 15 Januari ini. Pada pengamatan kami, jentera ini mungkin jentera automatik dan sangat berkemungkinan jentera dalam gambar usikan ini adalah NVX155 / Aerox155?

Apa pendapat anda?

Sumber: Yamaha Events Malaysia FB

Maklumat kemaskini dari GearJahat: http://gearjahat.com/?p=3752

Sumber image dari skyscrapercity melalui CarThrottle

Balatonring, pernahkah anda mendengar nama ini? Mungkin tidak kerana litar ini tidak berjaya disiapkan untuk kegunaan umum.

Gambar dari Speedweek melalui CarThrottle

Litar ini mempunyai susunan yang menarik dengan selekoh-selekoh tajam untuk pemanduan perlahan dan juga selekoh-selekoh laju yang memungkinkan untuk pelumba memotong pesaing mereka.

Sumber dari CarThrottle

Litar ini dibina dengan anggaran kos €80 juta berdekatan dengan tasik Balaton, di wilayah Savoly di Hungary. Litar ini dicadangkan untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP pada tahun 2009 dengan batu asas pertama diletakkan pada 6 November 2008 iaitu hanya 10 bulan sebelum MotoGP Balatonring diadakan.

(more…)

Ducati akan menganjurkan satu promosi “Red Weekend” yang hebat hari ini dan esok (7-8 Januari 2017) bertempat di ruang pameran Ducati Kuala Lumpur, Naza Automall Petaling Jaya dan juga pusat-pusat pengedar Ducati di seluruh negara. (more…)

HLYM mengemaskini grafik Yamaha MT-07 dengan dua warna iaitu Night Fluo dan Yamaha Blue.

MT-07 sebagai jentera sememangnya hadir dengan grafik yg minimum untuk menampakkan garisan-garisan badannya yang cantik beserta dengan enjin dwi silinder yang tidak dilitupi reraup.

(more…)

Kawasaki Motors Malaysia sedang menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2017. Kempen yang bertema “Jelas Dilihat, Selamat Tunggangan”. Kempen ini sedang berlangsung di tempat letak kereta Plaza Tol Sungai Besi (arah Selatan) yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi. Kempen ini akan berlangsung sehingga pukul 5 petang hari ini. (more…)

Honda memperkenalkan sebuah konsep ‘Honda Riding Assist’ yang mana merupakan jentera yang mampu mengimbangkan dirinya sendiri (swaimbang?) di CES 2017. Teknologi ini diperkembangkan dari teknologi penyelidikan robotik humanoid ‘ASIMO’.

Jentera nampaknya seperti berasal dari model NC750X yang telah diubahsuai untuk memuatkan peralatan robotik dan kawalan bar pemegang.   (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube