Bikesrepublic

Berita Terkini

Tular di media sosial yang memaparkan rakaman video oleh polis bantuan Genting Highlands yang menyampaikan arahan pihak pengurusan melarang konvoi motosikal melalui kawasan itu.

Berdasarkan video berdurasi 54 saat itu, pegawai tersebut memaklumkan bahawa kumpulan besar atau konvoi motosikal dan kereta tidak dibenarkan berkunjung ke Genting Highlands.

Peraturan itu telah pun dikuatkuasakan bermula 25 Jun lalu namun tempoh akhir masih belum diumumkan.

Difahamkan, antara sebab arahan itu dikeluarkan berpunca daripada segelintir penunggang motosikal dan pemandu gemar berlumba di sekitar kawasan tersebut.

Pada masa sama, mereka turut menerima aduan terdapat segelintir individu yang melepak di ruang lobi hotel dan mengganggu pengunjung lain.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Motosikal segmen pertengahan ternyata semakin mendapat perhatian dengan setiap pengeluar berlumba-lumba menghasilkan jentera segmen ini.

Baru-baru ini, Honda telah melancarkan CB400R yang khas untuk pasaran Jepun sahaja.

Bagi yang tertanya-tanya, CBR400R ini diperkenalkan sebagai CBR500R di pasaran dunia lain termasuk Malaysia.

Jentera ini juga didatangkan dengan enjin 399cc parallel twin sama seperti yang terdapat pada CB400X – khas untuk pasaran Jepun – yang dilancarkan minggu lepas.

CBR400R ini juga menawarkan ergonomik sama seperti veri 500cc sekaligus menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian namun masih mengekalkan keterujaan sama untuk kegunaan litar.

Bagaimanapun, daya penarik utama CBR400R ini tertumpu kepada rekaan keseluruhan yang menampakkan elemen abang besar, 1000 Fireblade 2019.

Persoalannya, apakah alasan disebalik penghasilan varian 400cc ini? Mungkin Honda bercadang untuk bertanding dalam WorldSBK kategori World SPP 300 yang ketika ini didominasi Kawasaki Ninja 400.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Lebih 53 motosikal dan lapan kereta telah hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku di tapak letak kenderaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut laporan, 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Wangsa Maju, BBP Gombak telah dikerahkan bagi membantu memadam kebakaran sebaik menerima panggilan sekitar jam 5 pagi.

Difahamkan, kesemua motosikal terbakar 100 peratus sementara kereta mengalami kebakaran lebih 80 peratus.

“Kejadian ini tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.”

Sementara itu, antara motosikal yang terkesan merupakan milik rakan kami di Modenas, Zulfar apabila motosikal jenis Yamaha 135 LC miliknya turut terbakar.

Menurutnya, sebaik menyedari apa yang berlaku dia terus bergegas turun untuk cuba menyelamatkan motosikal tersebut namun sudah terlambat.

Seorang penunggang motosikal maut di Jalan Sungai Koyan-Pos Betau, hari ini.

Mangsa, Mohd Fadzly Abdul Hamid mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Lipis, mangsa yang berasal dari Segamat, Johor menunggang motosikal jenis Kawasaki H2 bersama rakan konvoi lain menuju ke Cameron Highlands sewaktu kejadian.

Difahamkan, jentera mangsa hilang kawalan ketika sedang menyelusuri selekoh.

“Motosikal mangsa melanggar tembok longkang dan impak daripada kejadian tersebut menyebabkan mangsa tercampak lebih 5 meter,” jelasnya. – Sinar Harian

Pengedar jenama Benelli, MForce Bikes Holdings Sdn Bhd memperkenalkan tiga pilihan warna baharu bagi Leoncino 500.

Matte Red

Leoncino 500 merupakan antara model paling popular bagi keluarga Benelli tatkala menawarkan rekaan klasik retro yang digabungkan dengan teknologi moen.

Matte Green

Model yang direka di Centirostile Benelli, Itali ini masih mengekalkan identiti sama bagi motosikal Benelli yang telah dihasilkan lebih 100 tahun dahulu.

Bagi tahun 2020, Benelli menawarkan Leoncino 500 dengan tiga warna baharu, Matte Red, Matte Green dan Matte Grey.

Matte Grey

Leoncino 500 dijana dengan enjin 499.6cc dua-inline yang menawarkan 46hp pada 8,500rpm dan 45Nm.

Ciri menarik lain yang ditawarkan:

  • lampu LED
  • panel meter digital
  • fork USD
  • monoshock boleh laras
  • ABS

Leoncino 500 ini turut menawarkan saiz tangki yang besar, 12.7 liter. Model ini boleh didapati dengan harga RM29,288.00.

Sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa pemulihan, kami sertai ‘ride’ bersama Big Boys Adventure (BBA) ke The Stick di Bukit Fraser.

Nature Ride merupakan antara inisiatif BBA dalam menghargai keindahan alam di samping menikmati jalan raya menuju ke Bukit Fraser.

Bergerak dalam kelompok kecil di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, konvoi – kurang 10 penunggang – diterajui ‘lead marshall’ Rusydi (Didi) Razali.

Konvoi kali ini membariskan pelbagai jenis jentera antaranya BMW R1200 GS, Moto Guzzi V85TT, Kawasaki Versys 1000 GT ABS, Ducati Hypermotard 950, Ducati Scrambler Icon 800, Aprilia Shiver 750 dan Triumph Street Triple.

Para penunggang di beri taklimat di Shell Sri Hartamas sebelum memulakan perjalanan menuju ke The Gap melalui Rawang kemudian melalui Serendah, Batang Kali dan Kuala Kubu.

Kemudiannya, menyelusuri Empangan Sungai Selangor dan menikmati pemandangan di samping sesi bergambar bersama keseluruhan konvoi.

Konvoi kemudiannya meneruskan tunggangan menyelusuri selekoh ikonik menuju ke The Gap Resthouse dan berehat sebelum patah balik menuju ke The Sticks untuk makan tengah hari dan mandi sungai selepas menempuh jarak lebih 170km!

Rata-rata ‘rider’ mendedahkan mereka gemar menyertai konvoi yang dikendalikan Diddy.

“Setiap konvoi yang dikendalikan Diddi sangat teratur. Dia memastikan kami semua bukan sahaja menikmati tunggangan yang selamat malah mengujakan,” jelas salah seorang ‘rider’.

BBA bukan sahaja merancang tunggangan dalam negara malah Didi turut pernah mengatur ‘ride’ ke Tanzania yang turut disertai beberapa ahli BBA ke Bukit Fraser!

BBA Tanzania Ride

Lokasi The Sticks merupakan destinasi terakhir bagi Nature Ride bersama BBA.

Menariknya, lokasi tersebut merupakan asing bagi kami kerana tiada siapa yang menyangka terdapat ‘retreat’ yang menarik di Sungai Sangloi.

Konvoi kemudiannya menikmati hidangan sebelum berehat dan meneruskan perjalanan pulang.

Sementara itu, bagi yang berminat untuk mengikut projek seterusnya bersama BBA boleh layari laman Facebook Big Boys Adenture di SINI!

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube