Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda CBR250RR merupakan antara motosikal sportsbike 250cc yang paling popular di Asia terutamanya di Asian Tenggara namun sehingga kini masih belum memasuki pasaran Malaysia.

Memasuki Suku Ketiga 2020, Honda melancarkan CBR250RR SP Quickshifter edisi terhad yang diberi nama Garuda X Samurai untuk pasaran Indonesia.

Edisi terhad ini didatangkan dengan rekaan grafik lain daripada yang lain yang menawarkan elemen Garuda (warna emas) di sebelah kiri dan Samurai (warna merah) di bahagian kanan jentera sementara keseluruhan motosikal dilitupi pilihan warna hitam.

Bagi menonjolkan lagi rupa keseluruhan jentera, model ini turut didatangkan dengan rim berwarna emas.

Sementara itu, rekaan keseluruhan masih tampak sama dengan model CBR250RR sedia ada.

Bagi edisi terhad ini, tiada perubahan dilakukan terhadap bahagian spesifikasi yang masih lagi menawarkan enjin 249.7cc inline twin yang menghasilkan 41hp dan 13,000 rpm serta 25Nm pada 11,000rpm.

Honda CBR250RR ini turut dilengkapi dengan fork Showa USD dengan penyerap hentakan mono dibelakang boleh laras dan cakera brek 310mm dengan kaliper brek 2 piston.

Honda CBR250RR ‘Garuda X Samurai’ edisi terhad ini

Harley-Davidson mengesahkan model streetfighter ‘Bronx’ tidak akan dilancarkan pada 2021 seperti yang dirancang.

Baru-baru ini pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu memadam model tersebut di laman Harley-Davidson ‘Future Vehicles’.

Senario itu mencetuskan tanda tanya dengan rata-rata berpendapat Bronx menjadi mangsa daripada penstrukturan semula syarikat itu yang kini memfokuskan terhadap jentera ‘adventure’, Harley-Davidson Pan America.

Pan America 2021

Bronx didedahkan di EICMA 2019 bersama-sama Pan America namun disebabkan ketidak tentuan pasaran, mereka memperkenalkan strategi ‘Hardwire’dalam usaha mengembalikan kemegahan jenama itu.

Strategi Rewire merupakan usaha Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jochen Zeitz setelah Harley-Davidson merekodkan kerugian lebih USD92 juta (RM390 juta) dalam suku kedua tahun ini lantas merencanakan rombakan menerusi ‘Hardwire’.

‘Hardwire’merupakan perancangan strategik lima tahun yang akan menyaksikan perubahan mendadak dilaksanakan terhadap model operasi termasuk kemas kini jentera ikonik sedia ada dan memperkenalkan model baharu.\

Harley Davidson 338

Persoalannya, adalah model bersesaran kecil yang dicanang selama ini, Harley-Davidson 338cc hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle turut akan dibatalkan?

Empat tahun sudah berlalu sejak Ram memperkenalkan kenderaan konsep, Rebel TRX, kini model ‘production’ akhirnya dilancarkan menerusi Ram 1500 TRX 2021.

Dilabel sebagai trak pikap paling laju dan berkuasa, 1500 TRX dimuatkan dengan dengan enjin 6.2L V8 ‘Hellcat’ – yang sebelum ini terdapat pada Dodge Challenger SRT Hellcat 2015 – yang menghasilkan 702hp dan 880Nm.

Kuasa tersebut kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan yang memfokuskan terhadap sistem pacuan 4-roda.

Tetapan ini memuatkan Ram TRX 1500 mampu merekodkan 0-100km/j dalam 4.5 saat dan mampu merekodkan kelajuan maksima (top speed) 190km/j.

Bagi memberikan rupa keseluruhan yang lebih ‘garang’ TRX dilengkapi dengan rim 18′ dan tayar Goodyear Territory berukuran 35′ yang direka khas untuk trak pikap ini.

Pada masa sama, bagi menampung tayar yang besar tersebut, fender dan flare yang lebih lebar dan panjang telah dipasangkan sekaligus menjadikan TRX 8 inci (203mm) lebih lebar berbanding model 1500 lain.

Model ini ditawarkan dengan pelbagai pakej antaranya cruise control, head up display, kerusi kulit, sistem audio 19 pembesar suara dan kemasan gentian karbon

Harga bermula pada USD71,690 (RM299,341) di Amerika Syarikat.

Ketika Yamaha memperkenalkan Tenere 700 baru-baru ini, Pengurus Komunikasi Produk Yamaha, Fabrizio Corsi, beri bayangan bahawa Yamaha mungkin akan menghasilkan varian bersesaran kecil jika terdapat permintaan tinggi.

Pendedahan itu dibuat kepada Motociclismo dengan Corsi berkata Yamaha sentiasa melihat kepada segmen motosikal bersaiz kecil hingga sederhana.

Motosikal bersesaran kecil semakin meraih populariti di seluruh dunia susulan menawarkan harga mampu milik, penyelenggaraan mudah dan mesra penunggang.

KTM 390 Adventure

Jadi tidak hairanlah, terdapat pengeluar motosikal terkemuka antaranya KTM dan BMW yang kini memfokuskan penghasilkan jentera bersaiz kecil dan sederhana menerusi KTM 390 Adventure dan BMW G 310 GS.

BMW G 310 GS

KTM 390 Adventure menarik perhatian sejak diperkenalkan awal tahun ini tatkala menawarkan elemen motosikal ADV seperti yang terdapat pada 790 Adventure namun dengan enjin yang lebih kecil dan harga yang lebih mampu milik.

Corsi berkata, “Rata-rata semua jenama menawarkan model bersesaran kecil dalam setiap segmen. KTM membuka segmen 125cc dengan model Duke sementara pengeluar lain turut memperkenalkan jentera 300cc seperti BMW.”

Sekiranya Yamaha mahu menembusi pasaran 250 hingga 300cc, menghasilkan Tenere versi kecil sudah pasti antara langkah tepat dalam menarik pembeli.

Baru-baru ini, Honda memuat naik video ‘teaser’ berdurasi 1 minit 16 saat yang memaparkan tawaran baharu, CBR600RR.

https://www.youtube.com/watch?v=lSvf-XbVWl8&feature=youtu.be

Video tersebut turut memaparkan rupa keseluruhan jentera 600cc ini yang direka berdasarkan model CBR1000RR-R 2020.

Honda CBR1000RR-R

Kini berdasarkan laporan media antarabangsa, difahamkan Honda CBR600RR tidak akan dibawa masuk ke pasaran tertentu dunia ekoran peraturan ketat membabitkan piawaian Euro5.

Ini kerana, jentera tersebut difahamkan masih belum mencapai piawaian Euro5 sekaligus menafikan Honda daripada memperkenalkan CBR600RR di Eropah dan Amerika Syarikat.

Wakil penjual Honda di Amerika Syarikat turut mengesahkan mereka tidak akan menjual model untuk untuk pasaran AS.

Senario ini sekaligus memberi bayangan bahawa jentera tersebut akan difokuskan terhadap pasaran dunia lain terutamanya di Asia.

Ketika ini, Boon Siew Honda telah pun melancarkan Honda CBR1000RR-R dan varian SP berharga RM198,800 untuk pasaran Malaysia, dan melihat kepada trend itu, kemungkinan CBR600RR turut sama akan mendarat di Kuala Lumpur.

Bagi yang sering ‘window shopping’ atas talian terutamanya menerusi Mudah.my pastinya ada yang akan terserempak dengan motosikal jenama Aveta.

Terdapat dua model dipasarkan ketika ini, Aveta DY90 dan Aveta RX110 oleh Aveta Global Marketing sejak awal tahun ini.

Aveta DY90

Meskipun masih baharu namun difahamkan, lebih 2,000 unit – DY90 dan RX110 – model pasangan tempatan itu telah pun terjual setakat ini.

Menurut laporan, jenama itu turut akan memperkenalkan beberapa model baharu kelak.

Jika perhatikan dengan lebih dekat, kedua-dua model ini seakan pernah dilihat sebelum ini namun di bawah jenama tempatan yang kini tidak lagi beroperasi.

Aveta RX110

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut.

Aveta DY90 menawarkan nadi 90cc satu silinder 4-lejang yang ditawarkan pada harga RM2,880 sementara RX110 berharga sekitar RM4,039.20.

Aveta RX110 menawarkan enjin 110cc dengan penyejukan udara yang menghasilkan 7.8hp pada 7,500rpm dan 7.8Nm pada 6,500rpm.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube