Bikesrepublic

Remaja Sebabkan 5 Kematian Diperintah Masuk Sekolah Henry Gurney

Mahkamah Majistret Kuching hari ini memerintahkan remaja lelaki berusia 15 tahun yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan lima maut dalam kemalangan di Jalan Teo Kui Seng (Jalan Stutong Baru), menjalani hukuman selama enam tahun di Sekolah Henry Gurney dan didenda RM1,500.

Majistret Ling Hui Chuan menjatuhkan hukuman itu selepas remaja terbabit mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya pada 14 Mei lalu.

Bagi pertuduhan pertama, remaja itu didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian lima mangsa.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memandu tanpa lesen kerana belum cukup umur di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadzri Azham Zainudin memohon mahkamah mengenakan hukuman berat atas alasan peningkatan jumlah kemalangan membabitkan golongan muda di Kuching.

Menurutnya, hukuman setimpal perlu sebagai pengajaran kepada masyarakat, kepentingan awam serta sikap tidak menunjukkan penyesalan oleh tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja itu melakukan kesalahan berkenaan di Jalan Teo Kui Seng pada 1.10 tengah hari, 14 Januari lalu.

Kemalangan itu menyebabkan lima mangsa berusia antara 16 hingga 45 tahun iaitu tiga lelaki, seorang wanita dan seorang remaja lelaki maut.

Rakaman kamera pemuka kejadian itu tular di media sosial menunjukkan kereta dipandu tertuduh hilang kawalan dari arah Jalan Lapangan Terbang menuju ke Jalan Stutong Baru sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh beberapa kenderaan.

Dalam kejadian jam 12.50 tengahari, 14 Januari 2025, remaja terbabit yang tidak mempunyai lesen dikatakan memandu kereta Proton Saga secara melulu menyebabkan kenderaan terbabas sebelum merempuh pengguna jalan raya lain di laluan bertentangan.

Kejadian itu mengorbankan lima pengguna jalan raya yang berumur antara 16 hingga 42 tahun, masing-masing menaiki kereta Toyota Altis, Proton Saga serta dua motosikal iaitu Yamaha dan Modenas.

Terdahulu, ayah pesalah, juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membenarkan anaknya memandu tanpa pengawasan.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Kuching, Noraini Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman denda RM15,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu juga diarah menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan selama 100 jam dalam tempoh enam bulan.

Nota daripada Pengarang:

Pesalah terlepas daripada hukuman yang lebih berat kerana ia masih di bawah umur, dan oleh itu didakwa di bawah undang-undang juvana. Jika dia dituduh di mahkamah sebagi melakukan kesalahan tersebut dengan seorang individu yang dewasa, dia boleh dituduh di bawah kesalahan membunuh tanpa niat kerana mengorbankan orang lain. Juga, dia tidak disabitkan kesalahan membunuh kerana perbuatannya tiada unsur mengorbankan orang lain dengan niat.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube