Bikesrepublic

Berita Terkini

Akhirnya, selepas dua tahun mengumumkan bakal menjalinkan kerjasama, Bajaj Auto dan Triumph  Motorcycle memeteraikan perjanjian pada 24 Januari lalu.

Perjanjian terbabit menyaksikan Bajaj akan mengambil alih pengedaran Triumph di India dan akan memperkenalkan jenama Britain itu di pasaran dunia lain.

Bagaimanapun, tumpuan utama terarah kepada penghasilan jentera segmen 200 hingga 750 cc dengan model pertama dijangka akan diperkenalkan seawal 2022.

Triumph mendakwa, model hasil kerjasama dengan Bajaj itu menawarkan harga mampu milik serendah USD2,800 (RM11,383) dan akan turut akan dipasarkan di Eropah dan Amerika Utara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Triumph Motorcycle, Nick Bloor, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah yang mengujakan.

“Kerjasama ini cukup penting buat Triumph dan saya teruja segalanya telah rasmi. Kerjasama ini akan membawa jenama kami ke segmen baharu dan produk yang akan diperkenalkan nanti akan membantu menarik perhatian generasi muda terutamanya bagi pasaran Asia Tenggara,” jelasnya dalam satu kenyataan.

HJC Helmet Malaysia bakal memperkenalkan beberapa koleksi baharu menjelang suku kedua 2020.

Kami berpeluang untuk melihat lima sampel terbaru yang terdiri daripada HJC F70, i90, V90, i40 dan V30.

Menariknya, setiap daripada helmet ini menawarkan rekaan dan fungsi yang sesuai untuk segala jenis penunggang motosikal.

HJC F70

Diperbuat daripada gentian kaca, helmet segmen sport touring ini didatangkan dengan rekaan kompak, ringan dan sangat selesa.

 

Ciri lain:

  • sun visor
  • visor anti-fog dan anti-calar
  • pinlock
  • padding anti-bakteria
  • SMART HJC

Menariknya, menurut HJC, F70 ini menawarkan ciri seakan RPHA 70. Bagaimanapun, perbezaan kedua-dua helmet ini akan kami bawakan dalam reviu akan datang.

HJC i90

Helmet modular terbaru dari HJC bagi segmen mampu milik – RPHA 90 bagi yang premium – yang sesuai bagi tunggangan harian dan jarak jauh.

Bagi menajamin perlindungan terbaik, i90 menggunakan ‘Advanced Polycarbonate Composite Shell’.

Ciri lain:

  • Padding anti-bakteria
  • sun visor
  • SMART HJC

HJC V90

Bagi peminat motosikal retro/vintage ala cafe racer dan scrambler, HJC turut menawarkan HJC V90 dengan rekaan ‘ol-skool’!

Menariknya, helmet unik ini turut menawarkan ciri modular dan tidak ketinggalan visor bubble! Ini baru ‘rare’!

Ciri lain:

  • sun visor
  • anti-fog
  • fabrik anti-bakteria

HJC i40

Bagi pengguna skuter dan kapcai, HJC turut menawarkan helmet jenis ‘open face’ yang sesuai untuk kegunaan harian.

Ciri ‘semi-jet’ ini amat sesuai buat semua jenis penunggang yang mahu tampak santai namun masih mengekalkan ciri keselamatan terbaik.

Ciri lain:

  • Silvercool Interior
  • sun visor
  • visor anti-fog
  • ruang pengudaraan
  • sistem micro-buckle

HJC V30

Tidak lupa juga bagi pemilik motosikal jenis Harley-Davidson, HJC menawarkan V30 yang menjamin gaya ranggi dan ol’skool namun masih dengan ciri terkini.

Bagi memudahkan pemasangan sistem Bluetooth, V30 didatangkan dengan ruang khas di bahagian dalam.

Rekaan klasik lebih menonjol dengan kemasan kulit dan jahitan berwarna merah.

Kesemua helmet ini boleh didapati di pengedar HJC terdekat menjelang Suku Kedua tahun ini.

Bukan itu sahaja, HJC turut akan membawa masuk helmet jenis gentian karbon yang merangkumi RPHA 11 Carbon, RPHA 70 Carbon dan RPHA 90S Carbon.

Demikian kenyataan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Azisman turut mendedahkan pihak PDRM akan bertemu dengan Kementerian Pengangktan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membincangkan masalah ini.

Mengikut Seksyen 45A(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, memandu dalam keadaan mabuk akan berdepan denda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih dari RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Sementara pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian akan berdepan denda maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan.

Pada masa sama, Azisman turut berpendapat memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah lebih penting meletakkan nyawa pengguna jalan raya lain dalam bahaya.

(SUMBER: Bernama)

Sumber: ARRC

Bekas pelumba MotoGP, Anthony West, melabelkan FIM sebagai korup selepas dia dituduh melanggar penggantungan doping oleh badan permotoran dunia itu.

Dia turut mendakwa juara dunia semasa MotoGP, Marc Marquez dan Valentino Rossi sering kali melakukan penipuan bagi merebut kejuaraan dunia.

Segala luahan itu dilakukan menerusi akaun Facebook miliknya:

West bergelut dengan kariernya di litar lumba susulan digantung FIM pada September 2018 ekoran gagal ujian doping buat kali kedua dalam kariernya.

Meskipun digantung, dia membuat keputusan beraksi di Kejohanan Superbike Brazil kerana mempercayai saingan itu tidak berada di bawah kuasa FIM.

Bagaimanapun, dia kemudiannya mendapat amaran dari pihak FIM yang memaklumkan bahawa dia telah melanggar penggantungan yang telah ditetapkan apabila berlumba dengan pasukan Kawasaki Brazil.

Dia turut dipanggil untuk menghadiri FIM International Disciplinary Court bagi menjelaskan tindakannya di samping digesa untuk tidak menyertai sebarang perlumbaan lain sehingga kesnya dibincangkan.

Berang dengan tindakan ini, West kemudiannya menyelar FIM sebagai badan yang korup kerana ‘mereka’ peraturan sendiri agar dia tidak dapat beraksi.

Bukan itu sahaja, dia turut menuduh FIM membenarkan Marquez untuk menjuarai Kejuaraan Moto2 Dunia dengan bantuan ECU khas sementara kejuaraan dunia 500GP Rossi dibantu dengan tayar khas.

Menurut perkongsian di Facebook, West turut menegaskan dia kini mahu bersara daripada arena perlumbaan.

Dominar D400 UG

Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj, mengesahkan pengeluar motosikal India itu akan memperkenalkan Dominar 250.

Model baharu itu merupakan varian lebih kecil berbanding Dominar D400 sedia ada dalam pasaran.

Pendedahan itu dibuat kepada The Hindu Business Line baru-baru ini dengan Rajiv Bajaj mendedahkan model serba baru itu akan diperkenalkan seawal bulan depan di India.

Dominar 250

Menurutnya, langkah ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk memiliki Dominar.

Difahamkan, enjin Dominar 250 ini datangnya daripada KTM Duke 250 dan masih mengguna pakai fork depan USD daripada versi 400.

Bagaimanapun, Dominar 250 dijangka didatangkan dengan swingarm serba baru.

Sementara itu, tiada maklumat rasmi sama ada model ini akan diperkenalkan di Malaysia namun dengan pasaran 200cc hingga 250cc cukup popular bukan kejutan sekiranya Bajaj menerusi kerjasama Modenas membuat keputusan untuk membawa masuk Dominar 250 dalam masa terdekat.

 

Ducati muncul pasukan pertama untuk mendedahkan livery baharu bagi saingan MotoGP musim 2020.

Pengeluar motosikal Itali itu membuka tirai 2020 dengan mempertaruhkan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Andrea Dovizioso

Ducati menamatkan aksi musim lalu di tempat ketiga, tiga mata dibelakang Yamaha dalam perebutan kejuaraan pasukan.

Mengekalkan warna merah gelap ikonik, ‘livery’ baharu ini turut mengembalikan jenama Mission Winnow.

Danilo Petrucci

Pengarah Urusan Ducati, Gigi Dall’lgna mengakui tiada perubahan ketara terhadap rekaan dan pilihan warna bagi musim 2020.

“Dari pandangan pelumba kami, tiada apa yang berubah tetapi sejujurnya, saya gembira dengan perkara ini.

“Sasaran kami tahun ini sama seperti musim lalu, merebut kejuaraan dunia dan melakar keputusan yang baik setiap perlumbaan.

“Pencabar utama kami sudah tentunya Marc Marquez dan Honda, tetapi kami yakin saingan 2020 akan menjadi lebih sengit, lebih sukar berbanding 2019,” jelasnya.

Sesi ujian pra-musim akan membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang bermula 7 hingga 9 Februari ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube