Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Malaysia menggesa lebih ramai pihak untuk kedepan bagi memberi sokongan terhadap Program Subsidi Kerusi Kanak-Kanak bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation.

Sejak dilancarkan, lebih 25,000 ibu bapa telah mendaftarkan diri bagi fasa pertama pemberian subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, mahu semua pihak bersatu agar perlaksanaan pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak terbabit berjalan lancar.

“Terdapat keperluan yang mustahak untuk kita bersatu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Sambutan menggalakkan yang diterima bagi fasa pertama program subsidi berkenaan jelas menunjukkan bahawa ibu bapa kini lebih cakna mengenai keperluan kerusi kereta kanak-kanak dan lekas mengamalkan penggunaannya jika diberikan peluang yang bersesuaian.

“Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program subsidi berkenaan untuk mendahulukan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta sebagai sebuah keutamaan untuk semua,” jelasnya.

Sementara itu, syarikat yang berminat untuk sertai program ini boleh menghantar maklumat organisasi dan jumlah subsidi ditawarkan sebelum 13 Februari 2020.

Tatkala ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang semakin hampir, pelumba MotoGP, Johann Zarco membuat permohonan maaf terhadap pasukan baharunya, Avintia Ducati.

Zarco membuat kenyataan tersebut sebelum ditawarkan slot selaku pelumba bagi musim 2020.

Dia turut menegaskan lebih sanggup turun ke Moto2 daripada menyertai Avintia yang dianggapnya sebagai pasukan kerdil.

Pelumba Perancis itu bakal beraksi berbekalkan enjin Desmosedici musim lalu namun dengan sokongan Ducati yang telah menaik taraf status Avintia selaku pasukan satelit.

Bagaimanapun, Zarco menyifatkan komitmen Ducati untuk membantu Avintia mengubah pandangannya terhadap pasukan itu.

“Penglibatan Ducati menghilangkan kebimbangan saya. Meskipun membawa nama Avintia namun kami tahu ini adalah pasukan Ducati.

“Saya bercakap dengan Avintia, dan memohon maaf namun mereka akui dengan situasi mereka ketika itu tidak hairan tiada pelumba mahu sertai kami,” jelas Zarco.

Pada masa sama, Zarco yakin dia mampu merebut slot di pasukan factory Ducati.

“Saya perlu mendapatkan keputusan cemerlang dan menewaskan pelumba mereka untuk dipertimbangkan sebagai calon,” tambahnya.

Persatuan Automotive Malaysia (MAA) mengesahkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tahun ini.

MAA menjelaskan bahawa kerajaan telah menyerap kos kenaikan berikutan pelaksanaan ketelusan nilai pasaran terbuka (OMV).

Perkara itu disahkan sendiri Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad.

Menurutnya, pegawai dari Kementerian Kewangan (MoF) telah memaklumkan bahawa harga kereta atas jalan (OTR) tidak akan dinaikan susulan ketelusan pelaporan OMV di samping terdapat pengecualian 100 peratus terhadap peningatan harga kenderaan OTR untuk tempoh setahun hingga 31 Disember 2020.

“Sebarang kenaikan harga akan diserap sepenuhnya atau mendapat pengecualian daripada Kementerian Kewangan,” jelasnya.

Triumph memperkenalkan dua versi khas Tiger 1200 bagi tahun 2020, Tiger 1200 Desert dan Alpine Edition.

Diinspirasikan daripada pengembaraan motosikal lasak, kedua-dua jentera ini menawarkan spesifikasi tinggi yang unik termasuk pilihan warna khas bagi menjaminkan pengalaman adventure terbaik.

Triumph Tiger 1200 Desert Edition

Didatangkan dengan warna Sandstorm bag Tiger 1200 Desert Edition dan Snowdonia bagi Tiger 1200 Alpine Edition, kedua-duanya menawarkan spesifikasi seperti yang terdapat pada Tiger XRx dan XCx namun dengan kelengkapan lebih premium bagi meningkatkan pengalaman tunggangan.

Triumph Tiger 1200 Alpine Edition

Enjin 1,215cc ini menawarkan kuasa sehingga 139 hp pada 9,350 rpm dan 122Nm pada 7,600 rpm.

Ciri menarik lain:

  • Triumph Shift Assist
  • Paparan berwarna TFT
  • Cornering ABS
  • Traction Control
  • 5 mod tunggangan (Rain/Road/Off-Road/Off-Road PRO/Sport)
  • Lampu LED
  • Keyless
  • Cruise Control
  • Cermin depan boleh laras
  • Triumph Semi-Active Suspension (TSAS)

Pada masa sama, Tiger 1200 edisi khas ini turut dilengkapi dengan kaliper brek Brembo Monobloc dan penyerap hentakan WP boleh laras.

Meskipun Shell Malaysia MotoGP baru sahaja berakhir beberapa bulan lalu, Shell Malaysia membuka kalendar 2020 dengan tawaran istimewa bagi sesi Ujian Rasmi Sepang MotoGP sempena musim perayaan ini.

Shell Malaysia menawarkan promosi Early Bird bermula 25 hingga 31 Januari sempena Tahun Baru Cina dan ketika Winter Test MotoGP yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 3 hingga 9 Februari 2020.

Selain daripada menyaksikan setiap pasukan menguji jentera masing-masing, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan tiga pasukan Monster Energy Yamaha, Suzuki Ecstar dan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team mendedahkan warna pasukan bagi musim 2020.

Berikut harga tiket ditawarkan sempena promoso Early Bird:

  • RM310 (Premier Roving)
  • RM255 (Marc Marquez Tribune)
  • RM200 (Main Grandstand)
  • RM160 (VR46 Tribune)

Tahun lalu, SIC menerima kunjungan lebih 170,778 pengunjung dengan lebih 103,850 pengunjung hadir ketika hari perlumbaan.

Shell Malaysia MotoGP dijangka akan membuka tirai pada 30 Oktober hingga 1 November, 2020.

E36 BMW M3

Sebuah kereta BMW pada era 90an telah terjual di tapak lelongan dengan harga USD385,000 (RM1.57 juta).

Model E36 BMW M3 itu – merupakan versi ‘lightweight’dengan hanya 120 unit dihasilkan di dunia – merupakan milik mendiang pelakon Fast & Furious, Paul Walker.

Jadi tidak hairanlah, model ini merekodkan angka penjualan yang tinggi.

Nissan Skyline R32

Jentera terbabit merupakan satu diantara 21 unit koleksi milik Paul Walker yang dilelong oleh Barrett Jackson.

Mustang Boss 302S

Beberapa koleksi lain yang turut dijual adalah Nissan 370Z yang dipaparkan dalam Fast & Furious 5, Nissan Skyline R32, Mustang Boss 302S, Ford Bronco Eddie Bauer Edition, Toyota Tundra Access Cab, Audi S4 dan sebuah wagon Chevy Chevelle 1964.

Lelongan amal ‘Paul Walker Collection’ itu berjaya merekodan penjualan lebih USD2.3 juta (RM9.3 juta).

(SUMBER: TopGear)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube