Bikesrepublic

Berita Terkini

 

Kereta terbang pertama negara, EH216, yang dijadualkan untuk menjalani ujian penerbangan pertama hari ini terpaksa dibatalkan susulan tidak mendapat kelulusan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa tapak ujian di Hangar UNIKL MIAT Subang berada kurang 200 meter dari laluan penerbangan dan helikopter komersil.

Pada masa sama, CAAM turut sedang menyiasat ujian penerbangan ‘haram’  yang diadakan pada 15 November lalu susulan tidak mendapat kelulusan.

Menurut laporan Harian Metro, EH216 hanya mendapat permit khas penerbangan yang terhad oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China untuk tujuan ujian dan penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou.

Bagaimanapun, CAAM menjelaskan pihaknya menyokong segala usaha melibatkan aeroangkasa namun menggesa agar setiap aktiviti harus mematuhi Peraturan Penerbangan Awam Malaysia.

(SUMBER: Harian Metro)

Sumber: Paul Wong @ Facebook

Rancangan untuk mengembara di kota London selepas menunggang ribuan batu dari Kuala Lumpur bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jentera ditunggang, BMW S 1000 XR hilang di Jalan Tooley, London.

Menurut laporan media tempatan, Paul Wong kehilangan jentera terbabit di tempat letak motosikal di hadapan Shad Indian Restaurant di Jalan Tooley.

BMW S 1000 XR berwarna merah tersebut telah pun melunaskan impian Paul untuk menunggang dari Kuala Lumpur ke London bermula 28 September lalu.

Difahamkan, kes kecurian motosikal berkuasa besar di kota London sedang berleluasa dengan pencuri menjadikan motosikal pelancong luar sebagai sasaran utama.

(SUMBER: Careta)

Gambar hiasan

Memandu dalam keadaan mabuk merupakan senario yang membahayakan bagi setiap pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, saban tahun kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dan khayal sering kali berlaku dan baru-baru ini seorang petugas bank – yang baru saja menyambut hari lahir – meninggal dunia susulan dilanggar pemandu mabuk.

Tidak hairanlah rata-rata rakyat Malaysia menggesa agar peraturan dan perundangan sedia ada diperketatkan agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Antara cadangan diutarakan adalah mengenakan tindakan yang lebih keras terhadap pemandu mabuk di samping mencadangkan agar penjualan arak di Malaysia diharamkan serta-merta.

Baru-baru ini beberapa rakyat Malaysia telah bertindak melaksanakan petisyen di Change.org untuk mengharamkan penjualan arak seluruh Malaysia.

Ketika ini lebih 19 ribu individu telah pun menyatakan sokongan mereka terhadap pengharaman ini.

Meskipun Malaysia menghampiri tahun 2020 namun terdapat segelintir daripada kita yang masih mengekalkan mentaliti kelas ketiga.

Antara sikap yang sukar ditangani adalah tindakan membuang sampah ke luar kereta sekaligus membuatkan jalan raya di Malaysia dipenuhi sampah sarap.

Baru-baru ini pengguna Facebook Azham Aizad berkongsi rakaman video dashcam yang memaparkan penumpang sebuah kereta hitam bertindak membuang sampah ke luar.


Video berdurasi 57 saat itu jelas menunjukkan insiden tersebut berlaku ketika berhenti di lampu isyarat.

Azham yang menyaksikan kejadian tersebut terus keluar daripada kenderaannya lalu mengambil sampah tersebut dan meletakkan di bahagian cermin depan dan mengepitnya pada pengelap cermin.

Tindakan Azham mendapat pujian netizen kerana berjaya mengajar pemandu dan penumpang kereta terbabit.

 

Gambar hiasan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal mematuhi arahan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama.

Menurut laporan The Star, pemandu hanya akan diberikan amaran dan peringatan untuk memasang kerusi kanak-kanak terbabit.

Isu penggunaan kerusi kanak-kanak menjadi hangat apabila Kementerian Pengangkutan mewajibkan penggunaan alat tersebut setelah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya mendapati hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan kerusi terbabit.

Bagaimanapun, bagi menggalakan penggunaan kerusi kanak-kanak tersebut, tiada duti import akan dikenakan sementara duti eksais akan dikurangkan kepada 5 peratus.

Bajaj mencuri tumpuan apabila mengesahkan kerjasama dengan Triumph bagi menghasilkan jentera segmen kecil dan sederhana namun kali ini pengeluar motosikal India itu bakal meneruskan kesinambungan tersebut dengan anak syarikat, KTM bagi menghasilkan motosikal elektrik.

Difahamkan, KTM akan mengguna pakai asas motosikal eletrik yang terdapat pada Bajaj Chetak bagi menghasilkan jentera mereka sendiri.

Ketika ini KTM dan Husqvarna telah pun menghasilkan jentera elektrik namun kedua-duanya tidak sah untuk digunakan di jalan raya.

Bagaimanapun, kerjasama KTM-Bajaj bakal menyaksikan pengeluar motosikal Austria itu menghasilkan jentera elektrik ‘road legal’ sulung bercirikan sebuah skuter.

Meskipun Bajaj Chetak hanya akan diperkenalkan Januari 2020 namun Bajaj telah pun merancang berkongsi platform dengan KTM.

(SUMBER: India Times)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube