Bikesrepublic

Berita Terkini

Thanun Khantatatbumroong, bekas pilot bagi syarikat penerbangan Thai Lion Airways kini berkhidmat sebagai penghantar makanan GrabFood.

Sektor penerbangan terjejas terus dengan pandemik Covid-19 di Thailand sekaligus memaksa syarikat penerbangan mengenakan cuti tanpa gaji atau lebih teruk, dibuang kerja dalam usaha mengurangkan kos perbelanjaan.

Thanun antara yang terkesan apabila dia diberhentikan kerja sebagai pilot susulan stiuasi tersebut.

Bagaimanapun, senario itu tidak menyekat Thanun daripada mencari punca rezeki apabila dia memilih untuk menjadi rider GrabFood.

Dia bingkas mencuri tumpuan apabila melakukan penghantaran makanan menggunakan motosikal jenis BMW R 1200 GS Adventure!

Thanun telah pun berkhidmat sebagai rider GrabFood selama sebulan dan berasakan keputusan itu sebagai langkah baik tatkala kerajaan Thailand telah pun menguatkuasakan sekatan pergerakan.

Baginya tugas sebagai rider GrabFood bukan sahaja memberikan peluang menunggang motosikal malah dapat menghantar makanan kepada mereka yang memerlukan terutamanya petugas barisan hadapan.

Sementara itu, di tanah air, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, turut berkhidmat sebagai penghantar makanan bagi Restoran Rebung yang merupakan perniagaan bersama Chef Ismail.

Dia turut mencuri tumpuan apabila melakukannya dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Kes pencurian tayar kereta di Negeri Sembilan meningkat susulan pencuri mengambil kesempatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Menurut info yang dikongsikan FBT News di Facebook, penduduk Taman Seri Penaga, Negeri Sembilan menjadi mangsa kecurian tayar kereta.

Sejak PKP dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu, rata-rata rumah yang memiliki dari satu unit kenderaan terpaksa meletakkan kereta di tepi jalan.

Senario itu lantas memberi peluang kepada pencuri untuk melakukan jenayah tersebut.

Dalam gambar yang dikongsikan jelas beberapa unit kenderaan kehilangan tayar antaranya Perodua Myvi dan Alza.

Orang ramai yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dinasihatkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kerap agar insiden sama tidak berulang.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

AEON Credit telah melanjutkan penangguhan bayaran balik pinjaman sehingga Mei dalam usaha mengurangkan beban peminjam.

Sebelum ini, AEON telah memberi penangguhan bayaran selama sebulan bagi bulan April.

Namun begitu, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei, badan peminjam itu telah membuat keputusan untuk melanjutkan penangguhan bayaran sebulan lagi.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook AEON Credit.

Rata-rata netizen berterima kasih terhadap AEON atas penangguhan terbabit yang kini terkesan dengan PKP susulan tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Jenama motosikal Taiwan, SYM telah melancarkan skuter sport baharu di Jepun.

SYM DRG BT ini tampil dengan rekaan sporty dan radikal tatkala pengeluar itu mendakwa diinspirasikan daripada seekor naga.

Model ini menawarkan pelbagai ciri terkini antaranya penggunaan lampu depan dan belakang LED termasuk lampu isyarat kiri dan kanan serta paparan digital berwarna.

 

SYM DRG BT ini dijana enjin 158cc satu silinder dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 14.6hp dan 15.44Nm.

 

Skuter ini menggunakan rim aloi 13′ (depan dan belakang) dengan fork teleskopik di bahagian depan dan monoshock di belakang manakala sistem membrek dikendalikan brek cakera dengan ABS dwi-saluran (dual-channel).

SYM DRG BT ini ditawarkan dengan harga 409,000 Yen (RM16,667).

Kalau merancang untuk mencari rezeki lebih dan kebetulan memiliki van sendiri, Pos Malaysia menawarkan komisen sehingga RM6,000 bagi yang berminat menjadi ejen penghantar.

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi laman Facebook Pos Malaysia.

Pos Malaysia mencari pemilik van yang berminat untuk menjadi ejen penghantar separa masa bagi membantu menghantar barang ke pelanggan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara syarat yang perlu dipenuhi:

  • memiliki van komersil
  • berusia lebih 18 tahun dan warganegara Malaysia
  • memiliki lesen GDL yang sah
  • telefon pintar dengan Android 5.0 ke atas

Ketika ini lebih 33 kawasan sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak memerlukan ejen penghantar.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Premier New South Wales (NSW), Australia, Gladys Berejiklian memaklumkan stesen radio Sydney, 2GB, bahawa daerah itu membenarkan aktiviti bermotosikal kerana dianggap sebagai satu bentuk senaman.

Australia telah merekodkan lebih 6,720 kes positif Covid-19 setakat ini dengan 83 kematian direkodkan sementara 5,586 telah pun pulih.

Bagaimanapun, daerah New South Wales (NSW) hanya merekodkan dua kes positif dalam tempoh dua minggu.

Senario ini membuatkan Premier Berejiklian membuat keputusan untuk tidak mengenakan sekatan pergerakan sebaliknya menggunakan pendekatan fleksibel.

“Pihak polis tidak menahan sesiapa yang menunggang motosikal kerana itu seperti bersenam menggunakan basikal senaman.

“Penduduk juga dibenarkan untuk keluar membeli barangan dan kami tidak menyekat apa yang mereka mahu beli,” jelasnya.

Namun begitu, dia turut menggesa agar lebih baik untuk penduduk NSW kekal dirumah buat masa ini kecuali untuk membeli barang, pergi kerja atau sekolah atau bersenam – termasuk bermotosikal.- 2GB

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

https://www.youtube.com/watch?v=brtiSzBnp0s?autoplay=1

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube