Bikesrepublic

Bekas Pilot Thai Ini Jadi Rider GrabFood, Tunggang BMW R 1200 GS Adventure

Thanun Khantatatbumroong, bekas pilot bagi syarikat penerbangan Thai Lion Airways kini berkhidmat sebagai penghantar makanan GrabFood.

Sektor penerbangan terjejas terus dengan pandemik Covid-19 di Thailand sekaligus memaksa syarikat penerbangan mengenakan cuti tanpa gaji atau lebih teruk, dibuang kerja dalam usaha mengurangkan kos perbelanjaan.

Thanun antara yang terkesan apabila dia diberhentikan kerja sebagai pilot susulan stiuasi tersebut.

Bagaimanapun, senario itu tidak menyekat Thanun daripada mencari punca rezeki apabila dia memilih untuk menjadi rider GrabFood.

Dia bingkas mencuri tumpuan apabila melakukan penghantaran makanan menggunakan motosikal jenis BMW R 1200 GS Adventure!

Thanun telah pun berkhidmat sebagai rider GrabFood selama sebulan dan berasakan keputusan itu sebagai langkah baik tatkala kerajaan Thailand telah pun menguatkuasakan sekatan pergerakan.

Baginya tugas sebagai rider GrabFood bukan sahaja memberikan peluang menunggang motosikal malah dapat menghantar makanan kepada mereka yang memerlukan terutamanya petugas barisan hadapan.

Sementara itu, di tanah air, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, turut berkhidmat sebagai penghantar makanan bagi Restoran Rebung yang merupakan perniagaan bersama Chef Ismail.

Dia turut mencuri tumpuan apabila melakukannya dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube