Bikesrepublic

Berita Terkini


Gara-gara meletakkan kereta sehingga menghalang laluan kenderaan lain, sebuah kereta jenis Toyota Vios telah dicalarkan dengan beberapa tulisan dalam satu kejadian yang berlaku di Kuching, Sarawak.

Menurut perkongsian di laman Facebook Sarawak Viral, kereta terbabit telah menghalang laluan keluar parkir di sebuah hotel di Kuching.

Kereta tersebut disyaki telah dicalarkan oleh salah seorang pemandu yang ternyata berang dengan tindakan pemilik Vios itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji tindakan individu yang mencalarkan Toyota Vios terbabit.

(SUMBER: Sarawak Viral)

 

Baru-baru ini BMW telah mendedahkan perancangan mereka bagi kenderaan elektrik antaranya akan melancarkan 25 kenderaan elektrik menjelang 2023.

Pada masa sama, BMW turut memperkenalkan dua model EV konsep, motosikal Motorrad Vision DC Roadster dan kereta sport BMW Vision M NEXT.

Kedua-dua kenderaan ini ternyata mempamerkan rekaan futuristik dan seakan mendapat inspirasi daripada filem cyberpunk – tidak hairanlah jika kelibat dua jentera ini akan terlihat di beberapa filem akan datang.

Bagaimanapun, seperti semua sedia maklum EV tidak menghasilkan sebarang bunyi daripada enjin.

Justeru, BMW menggunakan khidmat komposer terkenal, Hans Zimmer – yang bertanggungjawab menghasilkan muzik untuk filem Dark Knight Rises, The Amazing Spider-Man 2, Interstellar dan Batman v Superman – bagi menghasilkan bunyi khas bagi setiap kenderaan elektrik.

Tindakan ini bukan perkara baharu kerana pengeluar lain, Jaguar atau Harley-Davidson telah pun menghasilkan bunyi khas bagi kenderaan elektrik mereka.

Zimmer bersama-sama pereka bunyi BMW, Renzo Vitale telah menghasilkan bunyi futuristik bagi Bagi BMW Vision M NEXT, yang seakan-akan menyerupai bunyi yang hanya boleh didapati ketika menonton filem Star Wars!

Dengar bunyi yang dihasilkan untuk BMW Vision M NEXT di bawah:

Bagi mereka yang sering menggunakan kad debit atau kad kredit untuk mengisi minyak di stesen minyak, pastinya perkara ini bukan benda baharu dan tidak mengejutkan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang baru sahaja menjinakkan diri dengan langkah sedemikian pastinya ramai terkejut apabila mendapati akaun bank mereka seakan ‘kehilangan’ RM200 secara tiba-tiba.

Bagi anda yang kurang arif, RM200 yang ‘hilang’itu merupakan transaksi pra-kelulusan yang dikenakan terhadap pembayaran petrol dengan cara meleret (swipe) kad di pam minyak.

Transaksi pra-kelulusan sebanyak RM200 ini dikenakan terhadap pengguna yang menggunakan kad debit dan kad kredit.

Apakah sebenarnya transaksi pra-kelulusan?

Bank mengambil langkah untuk menolak RM200 sebagai pengesahan bahawa kad debit/kredit tersebut adalah aktif dan mempunyai baki yang mencukupi.

Jumlah RM200 tersebut ditolak terlebih dahulu sebelum pengguna mengepam minyak ke dalam kenderaan lagi.

Dalam fahaman mudah, penolakan RM200 dari akaun pengguna merupakan konsep yang diguna pakai pihak bank bagi memastikan pengguna memiliki wang tunai/kredit yang mencukupi.

Setelah selesai mengisi minyak, jumlah sebenar yang digunakan akan dihantar ke pihak bank dan baki transaksi akan kembali didebitkan ke akaun pengguna bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa di antara 3 hingga 5 hari.

Menurut Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) jika pelanggan mahu mengelak daripada dikenakan transaksi pra-kelulusan terhadap akaun bank mereka, dinasihatkan untuk membuat pembayaran di kaunter di mana jumlah yang tepat akan ditolak bagi yang menggunakan kad debit/kredit.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan program Waranti Lanjutan sekaligus membenarkan pelanggan di Malaysia untuk menikmati perlindungan yang lebih lama.

Setiap pelanggan kini akan mendapat pertambahan perlindungan selama satu tahun di atas perlindungan sedia ada yang didatangkan ketika membeli motosikal. Program Waranti Lanjutan ini meliputi perlindungan sehingga dua tahun atau 20,000km (mana satu yang sampai dahulu).

Program ini hanya merangkumi motosikal yang berdaftar pada atau selepas 1 Julai 2019 – termasuk semua model Yamaha keluaran HLYM Malaysia.

“Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap HLYM dan persaingan dalam industri permotoran Malaysia sekaligus menyuntik kesan positif terhadap pasaran keseluruhan,” demikian kenyataan dikeluarkan Pengarah Urusan HLYM, Dato Jim Khor.

Sila rujuk maklumat dibawah:

Sumber: Asphalt And Rubber

Apakah sebenarnya perlumbaan Pikes Peak? Demikian persoalan yang diajukan sehubungan dengan berita mengejut kematian Carlin Dunne ketika menunggang jentera prototaip Ducati Streetfighter V4 di perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC), hari ini.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan perlumbaan ini, PPIHC merupakan antara perlumbaan paling sukar di dunia.

Sumber: Out There Colorado

Pikes Peak merupakan puncak tertinggi di selatan Rocky Mountains, Colorado Springs yang terletak di Utara Amerika.

Perlumbaan PPIHC memasuki edisi ke-97 dan merupakan perlumbaan kedua tertua di Amerika Syarikat selepas Indianapolis 500.

Bagaimanapun, tidak seperti Indianapolis 500, PPIHC melibatkan semua jenis kenderaan dua roda dan empat roda dan kejuaraan ini tidak pernah gagal dianjurkan sejak 1916 – kecuali ketika AS terlibat dalam dua Perang Dunia.

Menariknya, tidak seperti perlumbaan lain yang mengutamakan kelajuan dan catatan masa terpantas, PPIHC akan mencabar ketahanan daripada aspek fizikal pelumba dan mekanikal jentera ekoran perubahan altitud – pelumba bermula di 9,390 kaki sebelum naik ke puncak yang berada pada 14,115 kaki dari paras laut.

Sumber: The Col Collective

Bukan itu sahaja, permukaan jalan di Pikes Peak dipenuhi batu dan tanah sebelum diturap pada 2011 – yang membuatkan jalan tersebut lebih bahaya susulan membuatkan pelumba untuk menunggang lebih laju di tambah dengan ketiadaan penghadang jalan sepertimana yang terdapat di lebuh raya.

PPIHC sememangnya litar idaman bagi pencinta motosikal yang tegar namun tidak seperti perlumbaan lain yang dianggap lebih ‘mainstream’, Pikes Peak mengundang cabaran dan bahaya yang berbeza.

Selain dari mendiang Carlin Dunne – yang merupakan pelumba yang menjadi fokus utama susulan dipertanggungjawabkan untuk menunggang prototaip Ducati Streetfighter V4, juara Isle of Man TT, Michael Dunlop turut dijadualkan untuk membuat penampilan namun menarik diri ekoran masalah kecederaan.

Insiden tragis berlaku di perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) apabila pelumba pasukan Ducati Team Spider, Carlin Dunne, yang dipertanggungjawabkan untuk menguji jentera prototaip Streetfighter V4, mengalami kemalangan maut 400 meter sebelum garisan penamat.

Dunne berjaya merekodkan masa terpantas ketika sesi kelayakan yang berlangsung pada Ahad.

Edisi ke-97 ‘Race To The Clouds’ menandakan tayangan perdana jentera prototaip Ducati Streetfighter V4. Ducati memilih litar PPIHC di Colorado, Amerika Syarikat sebagai medan untuk membuktikan kemampuan jentera tersebut.

Bagaimanapun, ketika perlumbaan berbaki 400 meter dengan Dunne mendahului perlumbaan, dia kemudiannya terbabit dengan kemalangan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Sepanjang 97 tahun perlumbaan unik ini berlangsung, kami telah menyaksikan pelbagai kemenangan manis dan beberapa kekecewaan. Namun kini, kami berdepan kehilangan seorang pelumba yang kerana cintanya terhadap sukan ini membawa kepada Pikes Peak International Hill Climb.

“Carlin akan diingati sebagai pelumba dan mentor yang paling dihormati dalam keluarga Pikes Peak. Kami akan sentiasa mengingati senyuman dan cintanya terhadap sukan ini,” demikian kenyataan dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah PPIHC.

Carlin Dunne menjuarai PPIHC 2018 dengan jentera Ducati Multistrada 1260. Sumber: edhat.com

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Amerika Utara, Jason Chinnock, turut meluahkan rasa dukacita.

“Tiada perkataan yang dapat menghuraikan kesedihan kami. Carlin merupakan keluarga Ducati dan antara individu yang paling baik pernah kami kenali. Pemergiannya meninggalkan kesan yang amat mendalam,” jelasnya.

Ducati memiliki rekod mengagumkan di PPIHC kerana pernah muncul juara bagi edisi 2008,2009,2010,2011,2012,2013,2014 dan 2018.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube