Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: Young-Machine

Japan Legends, pakar motosikal kustom di Sepanyol telah menghasilkan kit ZXR yang boleh dimuatkan pada Kawasaki Z900!

Kawasaki Z900

Menariknya, kit terbabit membuatkan model Z900 tampil seakan-akan menyerupai model ZX900 klasik!

Sumber : Young-Machine

Difahamkan, kit ZXR900 itu telah pun habis dijual dan pihak Japan Legends ketika ini sedang menerima tempahan kedua dengan harga ditawarkan sekitar EUR1,750 hingga EUR2,850 (RM7,876 hingga RM12,827) bergantung kepada pilihan warna dan rekaan grafik.

Sumber: Young-Machine

Berikut pakej kit yang ditawarkan:

  • upper cowl
  • tank cowl
  • under cowl
  • tail cowl
  • lampu LED
  • cermin sisi
  • handlebar LSL
  • skrin MRA

Meskipun rekaan keseluruhan tidaklah sama seratus peratus namun ciri klasik yang ditampilkan sedikit sebanyak menyerlahkan lagi rupa Z900 itu terutamanya dengan kehadiran dua lampu buat di bahagian depan.

(SUMBER: Japan-Legends)

Demikian pendapat disuarakan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli.

“Valentino suka berlumba tetapi pada masa sama dia juga mahu merebut kedudukan teratas. Dia tidak akan berlumba sekiranya sering menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan atau kesepuluh.

“Musim 2019 tidak seperti yang semua harapkan tetapi jika dia gagal melakukannya musim ini, mungkin dia akan berhenti,” jelas Morbidelli dalam satu wawancara bersama Moto Revue.

Sumber: Valeyellow46 @ Instagram

Kenyataan Morbidelli berasas kerana dia cukup mengenali Rossi apatah lagi lahir daripada akademi pelumba VR46.

Menurut Morbidelli, musim 2020 bakal menjadi penentu masa depan The Doctor terutamanya perlumbaan di peringkat awal.

(SUMBER: GP One)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan Op Selamat merekodkan lebih 138 kematian dalam tempoh sembilan hari – hingga Ahad – sejak dilancarkan pada 18 Januari lalu.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Daripada jumlah tersebut, angka kematian tertinggi masih melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 94 kematian.

“14,087 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatat angka tertinggi, 4,089 kes diikuti Johor (2,194), Kuala Lumpur (1,616) dan Pulau Pinang (1,147),” jelas Azisman.

Sementara itu, sebanyak 233,454 saman dikeluarkan sepanjang operasi melibatkan kesalahan mengguna telefon ketika memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu lebih had laju, mengguna lorong kecemasan dan memotong barisan.

Op Selamat akan berakhir 1 Februari ini.

(SUMBER: Bernama)

Pasaran jentera 250cc dijangka kembali hangat ketika Kawasaki memperkenalkan ZX-25R di Tokyo Auto Show, hujung tahun lalu.

Bagi menyaingi segmen terbabit, Honda turut didedahkan akan memperkenalkan CBR250RR versi 2020 dengan enjin yang telah dinaik taraf.

Media Jepun, Young Machine, memuat naik beberapa imej dan info berkenaan dengan Honda CBR250RR 2020.

Difahamkan, gambar terbabit berjaya diperoleh ketika sesi taklimat produk bagi pengedar Honda di Jepun.

Berdasarkan maklumat diperolehi itu, CBR250RR versi 250cc tersebut kini mampu menghasilkan 41 hp berbanding 38hp bagi model sedia ada.

Young Machine turut mendedahkan bahawa CBR250RR 2020 akan didatangkan dengan quickshifter dan sistem Throttle-by-Wire.

Honda CBR250RR 2020 ini dijangka akan ditawarkan pada harga JPY 847,000 (RM31,727).

Sudah sekian lama, peminat motosikal di Malaysia mengharapkan Boon Siew Honda membawa pasukan CBR250RR ke pasaran negara, persoalannya adakah harga sekitar RM30 ribu sanggup dibelanjakan bagi sebuah jentera 250cc?

(SUMBER: Young Machine)

Ducati memperkenalkan penambahbaikan terbaru menerusi Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO.

Model yang dikemaskini daripada Scrambler 1100 mendapat beberapa ciri baharu antaranya:

  • ekzos berkembar
  • rekaan grafik baharu
  • kemasan kerusi baharu
  • fender lebih kompak
  • posisi tempat letak nombor plat baharu

Rekaan keseluruhan Scrambler 1100 PRO tampak lebih ‘jahat’dan garang dengan kerangka tubular steel trellis berwarna hitam di samping beberapa komponen lain yang turut digelapkan berbanding model sebelumnya.

Aura budak jahat lebih menonjol bagi Scrambler 1100 Sport PRO ditambah dengan fork depan dari Öhlins, handle-bar yang lebih rendah dan cermin sisi ala cafe-racer.

Lampu depan bagi kedua-dua model juga tampak garang dengan gril berbentuk X.

Kedua-duanya cukup sesuai untuk penggunaan harian dan jarak jauh hasil bantuan enjin 1079cc yang menghasilkan 86hp pada 7,500rpm dan 88Nm pada 4,750rpm dan tangki 15 liter.

Ducati Scrambler 1100 PRO dan Sport PRO turut dilengkapi beberapa ciri terkini antaranya:

  • Ducati Traction Control (DTC)
  • Bosch Cornering ABS
  • Tiga mod tunggangan

Sistem brek Brembo (M 4.32B Monobloc empat piston) juga menjaminkan keselamatan terbaik ditambah dengan bantuan ABS Cornering sekaligus membantu menyelusuri selekoh dengan efisien.

Bagi yang dah tak sabar untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat, kedua-dua model ini akan dipasarkan ke seluruh dunia bermula Julai 2020.

 

Sekumpulan peminat cilik MotoGP di Indonesia telah mencipta semula aksi perlumbaan dua roda popular dunia itu di sebuah ladang kelapa sawit.

Menggunakan apa yang ada, kanak-kanak ini berjaya ‘menghidupkan’ suasana ala MotoGP terutamanya ketika sebelum perlumbaan dengan kehadiran ‘gadis’ litar memegang payung daripada daun pisang.

Saksikan perlumbaan terbabit di bawah:

Apa yang mencuri perhatian, ketika perlumbaan ada diantara mereka yang berhenti untuk mendapatkan aiskrim!

Ditambah pula dengan ulasan daripada perlumbaan MotoGP sebenar, video berdurasi lebih 4 minit itu ternyata menghiburkan.

Insiden ‘pelanggaran’ ikonik di antara Marc Marquez dan Valentino Rossi turut dimainkan semula!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube