Bikesrepublic

Berita Terkini

Demikian keputusan yang kami perolehi selepas mengajukan soalan terhadap pengikut MotoMalaya.Net berhubung dengan Modenas menjenamakan semula Kawasaki Ninja 250 SE ABS yang bakal dilancarkan tahun ini.

Modenas mendedahkan model Ninja 250 SE ABS ketika pembentangan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, di MITI, baru-baru ini.

Difahamkan, model tersebut ditayangkan khas untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Senario itu turut mengesahkan kenyataan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan sebelum ini yang mendedahkan mereka bakal menjenamakan semula beberapa jentera Kawasaki bawah 700cc.

Kerjasama itu bukan satu kejutan tatkala Kawasaki Heavy Industries (KHI) memiliki pegangan 30 peratus saham Modenas yang mampu meningkat ke 48 peratus.

Bagaimanapun, daripada lebih 3,000 yang kami terima, 82 peratus bersetuju dengan konsep penjenamaan ini berbanding 18 peratus yang tidak bersetuju.

Ini menandakan langkah penjenamaan semula diterima baik majoriti orang ramai tatkala rata-rata mahukan jentera yang berkualiti namun pada harga yang berpatutan terutamanya berkaitan dengan kos servis dan alat ganti.

Untuk rekod, sebuah Kawasaki Ninja 250 SE ABS ditawarkan pada harga sekitar RM23,071 sekaligus dijangkakan versi penjenamaan semula oleh Modenas akan menawarkan harga yang lebih rendah.

Sementara itu, konsep penjenamaan semula bukan perkara baharu bagi Modenas tatkala melakukan perkara sama terhadap motosikal Bajaj yang terdiri daripada Pulsar NS200, RS200, V15 dan Dominar D400.

Pulsar NS200 mendapat perhatian pembeli yang tinggi tatkala lebih 7,000 telah pun terjual sebelum Modenas memperkenalkan versi ABS, awal tahun ini.

Pembukaan Modenas Powerstore di Kota Damansara turut menyuntik lebih ramai pembeli di sekitar ibu kota untuk mendapatkan jentera berkeupayaan ABS namun dengan harga bawah RM10,000.

Segala senario ini membuktikan, orang ramai tidak terkesan seadainya Modenas tidak lagi menghasilkan jentera sendiri malah menyokong tindakan penjenamaan semula daripada jenama motosikal yang telah terbukti kualitinya.

Apatah lagi menerusi cara ini, jenama motosikal seperti Kawasaki dan Bajaj mampu dimiliki dengan harga yang lebih mampu milik.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

SoCar Malaysia melancarkan TREVO, aplikasi perkongsian kereta yang menawarkan pelanggan menempah kereta mengikut keperluan menerusi komuniti Trevo.

Menerusi TREVO, hos kereta boleh berkongsi kenderaan dengan pelanggan sekaligus membuatkan kedua-dua pihak dapat memenuhi keperluan masing-masing.

Malaysia dilihat sebagai negara tepat dalam memperkenalkan TREVO berdasarkan dua faktor, pemilikan kenderaan antara terbesar di dunia dengan 93 peratus dan isi rumah memiliki lebih dari satu kereta dengan 54 peratus.

Menerusi TREVO, pelanggan boleh menyewa kereta serendah RM55 sehari bagi Perodua Myvi atau membuat anda boleh buat pasangan anda berasa kagum dengan memilih Rolls-Royce.

Pelbagai model ditawarkan dengan lebih 300 unit kenderaan telah pun berdaftar dalam komuniti TREVO.

Sementara itu, anda yang memilih untuk menjadi hos boleh memperoleh pendapatan mudah lantas membantu dalam melangsaikan bayaran ansuran kenderaan.

Menariknya, hos diberi kelonggaran untuk menetapkan harga sewaan – asalkan berada dalam lingkungan harga yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, layari TREVO.my atau alami pengalaman perkongsian kereta terbaru dengan muat turun TREVO di Google Play Store atau Apple App Store.

Ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Ketika ujian pra-musim MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini, Repsol Honda gagal menempatkan diri dikalangan tiga terbaik bagi ketiga-tiga hari.

Tatkala ramai pihak mendakwa Marc Marquez masih bergelut dengan kecederaan namun selepas sesi ujian di Litar Losail, Qatar, kem Repsol Honda mula gemuruh.

Marquez sendiri mengakui dia tidak gusar dengan keadaan semasa bahunya sebaliknya bimbang jentera RCV 2020 tidak mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan.

Memasuki malam terakhir di Losail, jurutera pasukan factory HRC bertindak meminjam RCV 2019 milik LCR Honda, Takaaki Nakagami lalu menyerahkan kepada Marquez dalam percubaan untuk mengesan apa yang tidak kena dengan jentera 2020.

Malah, pada hari terakhir ujian, Nakagami muncul pelumba Honda terpantas sekaligus meyakinkan Marquez untuk mencuba kembali jentera 2019.

Menurut laporan GPOne, komponen aerodinamik bahagian depan milik Crutchlow turut dibuka ketika sesi ujian semalam kelmarin, lantas memberi bayangan kem Honda sedang gusar tentang jentera mereka.

(SUMBER: GPOne)

Siapa sangka, hadiah persaraan dari anak perempuan sendiri yang berupa sebuah BMW X1 yang dibeli di Quill Automobiles membawa tuah, apabila dia muncul pememang Hadiah Utama peraduan X Marks The Future Contest.

Dianjurkan oleh Quill Automobiles sebagai inisiatif dalam meraikan roadster klasik terbabit, lebih 3,000 penyertaan telah pun diterima dalam tempoh 6 bulan sejak dilancarkan pada Julai 2019.

Wong Ngai Chee muncul pemenang menerusi cabutan rawak sekaligus membawa pulang sebuah BMW Z4 serba baharu.

“Saya tidak merancang untuk hadir ke upacara tersebut, saya gembira saya mengambil keputusan untuk menghadirkan diri, hari ini,” jelas Wong yang terus menghubungi ahli keluarganya bagi menyampaikan berita baik itu.

Sementara itu, pemenang kedua, Millie Yap membawa pulang sebuah set bagasi TUMI bernilai RM2,690 diikuti pemenang ketiga, Angeline Kwan menerima baucar makan malam di Pe Petit Chef bernilai RM1,998.

Alex Tang, Pengedar Utama Quill Automobiles menyifatkan peraduan X Marks The Future sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia Quill Automobiles.

“Kami mahu pelanggan kami tahu bahawa setiap pembelian di Quill Automobiles merupakan pengalaman yang memuaskan. Ia merupakan suatu penghargaan buat kami untuk menghadiahkan para pelanggan yang sangat teruja untuk menang,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Aleix Espargaro meluahkan rasa kecewa terhadap rakan sepasukan Aprilia MotoGP, Andrea Iannone, dan melabelkan pelumba itu sebagai ‘kurang ajar’ ketika ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar.

Iannone medakwa jentera serba baharu pasukan itu, RS-GP20 lahir dengan input dari dirinya.

“Ini merupakan antara jentera yang paling cantik di MotoGP. Kami telah mengambil segala langkah penting untuk maju ke depan.

“Saya memainkan peranan penting dalam pembangunan jentera baharu ini yang direka mengikut arahan saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, kenyataan itu lantas cetus kemarahan Espargaro yang menyifatkan Iannone sebagai tidak menghormati keringat yang telah dicurahkan jurutera Aprilia termasuk pelumba uji, Bradley Smith dalam menghasilkan RS-GP20.

Espargaro turut menegaskan kenyataan Iannone sebagai tidak betul.

“Saya tidak pernah ada masalah dengan sesiapa pun terutamanya dengan rakan sepasukan di Aprilia.

“Tetapi kenyataan yang dibuat telah menamatkan hubungan baik kami kerana kenyataan itu langsung tidak menghormati para jurutera, mekanik dan Bradley.

“Dia sendiri sedar kenyataan itu tidak benar. Dia menggunakan tetapan jentera saya dan sentiasa berada di belakang saya di setiap perlumbaan. Jadi kenyataan dilakukan itu tidak adil bagi pasukan Aprilia.

“Tetapi kita semua tahu perangai Andrea (Iannone),” jelas Espargaro.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) dengan kerjasama Malaysia Speed Festival (MSF) melancarkan Desmo Cup 2020 yang akan berlangsung dari Mac hingga November tahun ini.

Memasuki musim kedua, Desmo Cup 2020 akan menyaksikan hampir 30 pemilik Ducati di Malaysia berentap di dalam tiga kategori; Superbike, Super Sports dan Super Naked.

Desmo Cup sentiasa mencuri tumpuan tatkala satu-satunya kejuaraan tempatan yang menawarkan peluang menyaksikan bukan sekadar model Panigale malah Multistrada, Hypermotard, Monster dan Streetfighter berlumba!

Dalam perkembangan sama, penganjuran Desmo Cup kali ini menyaksikan pertubuhan Desmo Racing, yang kini bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perlumbaan tersebut.

Selain daripada MSF, Desmo Cup 2020 juga menerima sokongan daripada GIVI, Welly World Cycle dan Country Heights.

DOCM merupakaan kelab pemilik Ducati yang komited dalam menawarkan ahlinya pengalaman Ducati terbaik menerusi pelbagai acara – antaranya Desmo Cup.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube