Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda BR-V yang telah dikemaskini kini dibuka untuk tempahan di semua pusat pengedar Honda seluruh negara.

Kenderaan berkonsepkan crossover dengan 7-tempat duduk itu bingkas mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2017.

Rupa luar BR-V kini tampak lebih bergaya dengan bumper depan, gril, kemas bumper bawah dan lampu depan yang telah dikemaskini.

Menurut Honda, BR-V baharu ini turut didatangkan dengan antena dan rekaan rim 16 inci serba baharu di samping beberapa ciri lain antaranya ‘keyless entry’ dan ‘push start button’.

Bagaimanapun, BR-V 2020 ini masih mengekalkan nadi sama dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menjana 118hp dan 145Nm – percaya atau tidak, angka tertinggi dalam segmennya.

Honda BR-V 2020 akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.

Untuk membuat tempahan layari www.honda.com.my

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sempena penghargaan kepada peminat Ford Ranger, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) Ford mengadakan promosi istimewa dari 1 Mac hingga 31 Mei 2020.

Orang ramai akan menikmati penjimatan sehingga RM9,000 bagi setiap pembelian varian Ranger.

SDAC Ford menawarkan promosi bagi setiap pembelian (mengikut varian) Ford Ranger XLT seperti berikut:

  • Ford Ranger XLT – Jimat RM9,000
  • Ford Ranger XLT Plus – Jimat RM7,188
  • Ford Ranger XLT Edisi Khas Baharu – Jimat RM8,000

Ford Ranger merupakan trak pikap terbaik di Malaysia dan turut mendapat pengiktirafan global dan domestik apabila dinobat Twin Cab Pick-Up Truck Of The Year di Anugerah Car of The Year Ke-18 untuk varian Ford Ranger XLT Plus.

Kini orang ramai boleh merasai nikmat pemanduan Ford Ranger menerusi promosi baharu ini yang ditawarkan pada semua model Ranger XLT.

Mencari trak pikap serba boleh?

Ford Ranger XLT Plus merupakan satu-satunya jentera yang menawarkan transmisi 10-kelajuan – dengan Select Shift – di samping enjin 2.0L Turbo Diesel yang menghasilkan 180hp pada 3,500rpm dan 420Nm pada 1,750 hingga 2,500rpm.

Ford Ranger XLT Plus menawarkan ciri keselamatan penting antaranya:

  • Hill Launch Assist
  • Traction Control System
  • Trailer Sway Assist
  • Rollover Mitigation

Pertukaran sistem pemanduan 2WD kepada 4WD juga dipermudah dengan hanya memusing dial.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terbaru daripada SDAC Ford, layari [https://www.sdacford.com.my/bm/terkini/promosi/memiliki-ranger-xlt].

Acara automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 9-12 April ini di MAEPS, telah ditunda susulan penularan wabak Covid-19.

Setelah mengambil kira pelbagai aspek terutamanya kesihatan orang ramai, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) selaku penganjur utama membuat untuk untuk menunda acara terbabit ke tarikh baharu.

Malaysia Autoshow 2020 kini dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 Julai 2020 di MAEPS, Serdang.

Tahun lalu, acara tersebut berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung.

Untuk perkembangan terperinci layari www.marii.my atau autoshow.my

Dalam perkembangan lain, aksi pembukaan kelas premier MotoGP di Litar Losail, Qatar turut dibatalkan susulan kebimbangan penularan wabak tersebut.

Kerajaan Thailand turut mengumumkan pembatalan pusingan kedua MotoGP di Buriram.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Kerajaan Thailand turut membuat keputusan membatalkan pusingan kedua MotoGP di Buriram susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Keputusan itu disahkan sendiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul selepas sesi mesyuarat bersama badan penganjur, hari ini.

“Langkah untuk membatalkan GP Thailand 2020 di Buriram perlu susulan penularan wabak Covid-19. Ini bagi membuktikan komitmen Thailand dalam menangani masalah ini,” jelasnya menurut Bangkok Post.

Thailand membuat penilaian tersebut setelah badan permotoran dunia (FIM) mengumumkan bahawa aksi kelas premier MotoGP di Qatar dibatalkan di samping negara itu kini merekodkan 43 kes Covid-19.

(SUMBER: Bangkok Post)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Pengumuman mengejut berlaku dalam arena MotoGP apabila aksi pertama di GP Qatar dibatalkan susulan kebimbangan Covid-19.

Bagaimanapun, aksi Moto2 dan Moto3 akan berjalan seperti biasa tatkala telahpun berada di Qatar bagi ujian pra-musim sejak dua minggu lalu.

Difahamkan,pembatalan MotoGP Qatar berpunca daripada kerajaan negara itu yang mengenakan sekatan selama dua minggu bagi setiap pengunjung yang baru-baru ini berkunjung ke Itali.

Qatar merekodkan kes pertama Covid-19 semalam.

“Susulan sekatan perjalanan yang dilaksanakan Qatar, kelas premier MotoGP tidak akan bermula di Losail.

“FIM, IRTA dan Dorna dengan dukacita mengumumkan pembatalan perlumbaan MotoGP di GP Qatar,” jelas FIM dalam satu kenyataan.

Tatkala kebimbangan coronavirus semakain meruncing, GP Thailand juga dijangka akan terkesan jadi tidak hairanlah jika MotoGP musim ini akan bermula lebih lewat dari dijadualkan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa tiada kenaikan harga akan dilaksanakan terhadap model CKD (pasangan temapatan) buat masa ini.

Awal tahun ini, Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa sebarang model CKD yang terkesan dengan kenaikan harga susulan Open Market Value, kenaikan tersebut akan diserap sepenuhnya oleh kementerian pada 2020.

Presiden UMWT, Ravindran K. menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa cuba menstabilkan harga dengan menyerap seberapa banyak kenaikan yang berlaku.

Ketika ini, model CKD melibatkan Toyota Yaris, Vios, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Untuk mengetahui harga semua model ini dengan lebih terperinci, layari Toyota.com.my.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube