Bikesrepublic

Iannone Dakwa Penyumbang Utama Kemajuan Aprilia RS-GP20, Espargaro Kecewa

Aleix Espargaro meluahkan rasa kecewa terhadap rakan sepasukan Aprilia MotoGP, Andrea Iannone, dan melabelkan pelumba itu sebagai ‘kurang ajar’ ketika ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar.

Iannone medakwa jentera serba baharu pasukan itu, RS-GP20 lahir dengan input dari dirinya.

“Ini merupakan antara jentera yang paling cantik di MotoGP. Kami telah mengambil segala langkah penting untuk maju ke depan.

“Saya memainkan peranan penting dalam pembangunan jentera baharu ini yang direka mengikut arahan saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, kenyataan itu lantas cetus kemarahan Espargaro yang menyifatkan Iannone sebagai tidak menghormati keringat yang telah dicurahkan jurutera Aprilia termasuk pelumba uji, Bradley Smith dalam menghasilkan RS-GP20.

Espargaro turut menegaskan kenyataan Iannone sebagai tidak betul.

“Saya tidak pernah ada masalah dengan sesiapa pun terutamanya dengan rakan sepasukan di Aprilia.

“Tetapi kenyataan yang dibuat telah menamatkan hubungan baik kami kerana kenyataan itu langsung tidak menghormati para jurutera, mekanik dan Bradley.

“Dia sendiri sedar kenyataan itu tidak benar. Dia menggunakan tetapan jentera saya dan sentiasa berada di belakang saya di setiap perlumbaan. Jadi kenyataan dilakukan itu tidak adil bagi pasukan Aprilia.

“Tetapi kita semua tahu perangai Andrea (Iannone),” jelas Espargaro.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube