Bikesrepublic

Berita Terkini

Susulan pemfokusan terhadap penjualan motosikal Pulsar dan KTM, Bajaj Auto kini merekodkan penjualan lebih tinggi di peringkat antarabangsa, berbanding di India bagi bulan Disember dan Januari.

Eskport motosikal Bajaj meningkat sehingga 19 peratus bagi Januari meskipun penjualan di India menurun sebanyak 22 peratus pada bulan sama.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh dua tahun, eksport motosikal Bajaj mengatasi penjualan domestik dengan lebih 40 peratus pengeluaran tahun 2019 membabitkan eskport ke negara luar.

Pasaran India ketika ini bergerak perlahan dalam tempoh beberapa tahun namun dengan strategi eksport yang menjadi, Bajaj mampu menangani tekanan pasaran yang tercetus di India ketika ini.

Meskipun penjualan motosikal menurun sebanyak 14 peratus (1.83 juta unit) dari April 2019 hingga Januari 2020 namun permintaan eksport meningkat 10 peratus (1.59 juta unit) pada waktu sama sekaligus menjadikan penurunan penjualan hanya 4 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Komersil dan Pengarah Eksekutif Bajaj Auto, Rakesh Sharma, antara penyumbang utama penjualan motosikal di peringkat antarabangsa adalah Afrika terutamanya Nigeria dan Timur Afrika diikuti Nepal dan Sri Lanka.

Dia turut mendedahkan Filipina sebagai pasaran baharu yang sedang meningkat naik bagi penjualan motosikal Bajaj.

(SUMBER: MoneyControl)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Portfolio kereta kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperkembang dalam bentuk Toyota Corolla Altis yang akan bertindak selaku kereta peronda.

Go Auto Sales Sdn Bhd telah mempamerkan unit prototaip kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.

Go Auto bakal membekalkan lebih 425 unit kereta peronda kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira serta Waja secara berperingkat.

Setiap unit diserahkan akan didatangkan dengan lima tahun servis percuma di samping dilengkapi pelbagai ciri penting antaranya, Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System), Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), dan alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.

Pendedahan kenderaan prototaip ini bertujuan untuk mempercepatkan usaha dalam menyerahkan kesemua unit tersebut kepada PDRM.

Difahamkan, 100 unit pertama akan diserahkan menjelang APEC 2020.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin mendedahkan pihaknya akan membuat penyerahan kurang dua bulan dari sekarang.

“Ini merupakan tender kedua diperoleh Go Auto, sebelum ini kami sudah berjaya menghantar
200 unit kenderaan pacuan empat roda (4×4), pada tahun lalu dan penghantaran dilakukan lebih
awal dari jadual.

“Ketika ini pihak Go Auto sedang menunggu keputusan terakhir dari Kementerian Kewangan
bagi pembekalan tersebut,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sumber: Jorge Lorenzo @ Twitter

Baru-baru ini, pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco menyifatkan tindakannya untuk keluar lebih awal daripada KTM membuktikan dia tidak mengejar duit seperti Jorge Lorenzo.

Ketika sesi temubual bersama akhbar Sepanyol, Marca, Zarco menjelaskan dia enggan memilih jalan sama seperti Lorenzo, yang menghabiskan baki kontrak bersama Repsol Honda meskipun bergelut.

“Lorenzo mengutamakan duit sebab itu dia sanggup kekal sehingga tamat musim. Tetapi saya tidak mempunyai mentaliti seperti itu.

“Saya tidak mengutamakan duit seperti dia. Saya pun beli rumah secara berhutang, dia pula tinggal di negara yang tidak perlu membayar cukai. Di Perancis, saya perlu membayar cukai dan rumah. Saya ada banyak sebab untuk kekal di KTM demi mendapatkan bayaran tetapi itu bukan keutamaan,” jelas Zarco.

Menyedari perkara itu, Lorenzo kemudiannya membuat jawapan balas menerusi Instagram Story miliknya.

“Saya tidak gemar bercakap tentang situasi ekonomi orang lain, semua orang ada hak masing-masing dalam melakukan apa yang perlu.

“Tetapi disebabkan dia berminat untuk bersuara tentang isu yang tiada kaitan dengannya, jadi saya rasa Zarco perlu bertanyakan kepada diri sendiri kenapa dia perlu berhutang sedangkan telah 10 tahun berada dalam arena MotoGP, menang dua kejuaraan dunia dan pernah menandatangani kontrak bersama pasukan factory KTM?” katanya.

Pedih.

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memihak kepada Sepang International Circuit (SIC) berhubung kes penajaan oleh M7 Racing Sdn Bhd (M7).

Keputusan itu menyaksikan M7 Racing – anak syarikat milik Mutiara Motors Group of Companies – harus menyelesaikan tunggakan tajaan pasukan Moto3 sebanyak RM3.32 Juta kepada SIC.

Sementara itu, SIC dalam satu kenyataan meluahkan rasa lega namun akur isu tersebut terpaksa diselesaikan di peringkat mahkamah.

Bagaimanapun, SIC menegaskan mereka sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bersama syarikat tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan sukan permotoran di Malaysia asalkan kedua-dua pihak kekal komited dalam menghormati perjanjian ditetapkan.

M7 Racing merupakan pemegang hak nama DRIVE M7 Energy Drink dan merupakan penaja utama DRIVE M7 SIC Racing Team yang telah membuat penampilan di Kejuaraan Dunia Moto3 selaku pasukan Malaysia dari 2015 hingga 2016.

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) menawarkan dua warna baharu bagi motosikal 250cc paling popular di Malaysia, YZF-R25.

Bagi menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih baik, dua warna tersebut adalah Matte Silver dan Matte Blue.

Masih mengekalkan enjin parallel-Twin, DOHC, sejukan cecair, 250cc yang sama, model ini didatangkan dengan pelbagai ciri menarik antaranya:

  • Fork terbalik untuk pengendalian dan maklum balas jalan raya yang lebih hebat.
  • Panel badan aerodinamik baharu, termasuklah lohong masukan udara gaya YZR-M1.
  • Reka bentuk tangki bahanapi baharu untuk memberikan posisi duduk yang lebih baik.
  • Palang pemegang dan ergonomik baharu untuk jalan raya dan juga atas litar.
  • Lampu LED keseluruhan dan gugusan instrumen LCD baharu.

Kedua-dua warna ini boleh didapati di semua pengedar motosikal Yamaha seluruh negara bermula semalam.

Harga ditawarkan kekal sama, RM19,998.

 

Menerusi perkongsian terbaru di Youtube Kawasaki Indonesia, video teaser tersebut memaparkan model yang dinantikan, Kawasaki ZX-25R yang akan ditayangkan di Kawasaki Bike Week pada 4 April ini.

https://www.youtube.com/watch?v=NqBsfOC97xM

Sejak dipertontonkan kepada dunia pada Oktober tahun lalu, Kawasaki masih lagi tidak mendedahkan spesifikasi dan kuasa yang mampu dihasilkan enjin 250cc 4-inline itu.

Lantas, terdapat desas-desus pengeluar motosikal Jepun itu akan mendedahkan segala maklumat mengenai jentera terbabit di Kawasaki Bike Week.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ZX-25R didakwa mampu menjana sekitar 59hp dengan redline berada di 17,000rpm.

Jentera tersebut turut didatangkan dengan sistem quickshifter di samping traction control dan mod tunggangan pelbagai.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube