Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: Marc Marquez @ Twitter

Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez menyifatkan pesaing utamanya memasuki separuh musim 2019 adalah pelumba Yamaha dan bukannya Ducati.

Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso merupakan pesaing terdekat Marquez sejak 2017 dan dia kekal di kedudukan kedua musim ini, namun 58 mata ketinggalan di belakang pelumba Honda Repsol itu sementara rakan sepasukan, Danilo Petrucci, ketiga.

Rossi dan Viñales ketika Ujian Pra Musim Sepang 2019.

Bagaimanapun, prestasi Ducati merudum beberapa pusingan ini sementara Yamaha berjaya bangkit menerusi Maverick Vinales yang muncul juara di Assen dan kedua di Sachsenring sementara Quartararo berjaya memulakan perlumbaan di petak pertama dalam dua percubaan.

Sementara itu, Marquez berpendapat insiden di Barcelona – dengan Jorge Lorenzo, Dovizioso, Vinales dan Valentino Rossi mengalami kemalangan – mengubah senario perebutan kejuaraan musim ini.

“Saya dan Dovizioso dibezakan dengan dua kemenangan.

“Sudah tentu Ducati akan kembali lebih kuat tetapi ketika ini pesaing utama adalah kedua-dua pelumba Yamaha, Vinales dan Quartararo.

“Saya berasakan mereka (Yamaha) akan kembali lebih laju memasuki separuh kedua musim ini,”jelas Marquez.

Pada masa sama, Petrucci bersetuju Vinales kini menjadi halangan utama Ducati.

“Ketika ini saya gembira dengan keadaan semasa, menduduki tempat ketiga keseluruhan/

“Tetapi masalahnya sekarang Vinales berjaya mengutip beberapa mata penting jadi untuk bersaing kami perlukan jentera yang lebih baik,” katanya.

Berikut kedudukan 10 terbaik kejuaraan MotoGP setakat ini:

Sumber: MotoGP @ Google

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd melancarkan Nissan LEAF, sebuah jentera elektrik (EV) premium untuk pasaran Malaysia.

Pengarah Penjualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan menyifatkan model baharu ini sebagai menakjubkan.

“Hanya didapati dengan spesifikasi tertiggi,  Nissan LEAF merupakan kenderaan bercirikan teknologi tinggi namun masih mengekalkan keterujaan pemanduan,” katanya.

Nissan LEAF serba baharu ini merupakan jentera elektrik 100 peratus generasi kedua Nissan Intelligent Mobility.

Sementara itu, Naib Presiden, Nissan Asia dan Oceania,  Vincent Wijnen menjelaskan Nissan LEAF sebagai bukti komitmen Nissan untuk memperkasakan jentera elektrik untuk masa depan.

“Perkenalan generasi kedua LEAF menandakan komitmen Nissan dalam menerajui era kenderaan elektrik.

“Lebih daripada 400,000 pengguna telah memilih Nissan LEAF.  kami yakin model ini mampu membantu masyarakat seluruh dunia dalam melahirkan alam sekitar yang lebih baik.

“Kami yakin Nissan LEAF akan mengubah budaya pemanduan di Malaysia,” jelasnya.

Nissan Intelligent Power

  • 150 hp dan 320Nm
  • kelajuan maksima 155km/j
  • 0-100km dalam 7.9 saat

Bateri dan Pengecas

  • 40kWh litium ion
  • mampu pergi sejauh 311km sekali caj (berdasarkan ECE R101 New European Driving Cycle)
  • Bateri tahan lasak
  • Pengecas kalis air dan mampu melindungi kereta dan pemandu daripada aliran elektrik
  • 50kW CHAdeMO quick charger – mampu mengecas penuh Nissan LEAF sekitar 60 minit
  • Stesen pengecas CHAdeMO boleh didapati di ABB Malaysia (Subang Jaya), Nichicon (Bangi)  dan PLUS R&R Ayer Keroh

Nissan Intelligent Driving

  • e-Pedal – pemandu boleh berjalan dan membrek menggunakan satu pedal dengan cara menekan dan melepaskan pedal.

Ciri lain yang terdapat pada Nissan LEAF:

  • Gril holografik
  • LED Daytime Running Light
  • Bumbung dua tona ikonik
  • Tayar 17 inci Rekaan ‘Cut’ Turbine

Ciri keselamatan yang terdapat pada Nissan LEAF:

  • Intelligent Forward Collision
  • Intelligent Forward Emergency Braking
  • Intelligent Around View Monitor
  • Intelligent Driver Alertness
  • Intelligent Ride Control
  • Intelligent Trace Control
  • Hill Start Assist
  • Vehicle Dynamic Control
  • ABS dan Brake Assist
  • Electronic Braking Distribution
  • 6 beg udara SRS

Nissan LEAF 100 peratus elektrik ini boleh didapati dengan harga RM188,888!

Layari www.nissan.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Sumber: BikesRepublic

Kalau bertandang ke kenduri kahwin pun mengharapkan makanan sedap menanti, apatah lagi ke Art Of Speed (AOS) 2019?

Menyedari perkara ini, penganjur AOS 2019 telah menghasilkan sesuatu yang luar biasa bagi pengunjung bertuah yang hadir ke acara tahunan kali ini yang telah pun memasuki edisi ke-8.

Perkenalkan Mizuki, sebuah kereta kustom yang menggabungkan kejuruteraan kereta dan motosikal dalam satu chasis.

Sumber: BikesRepublic

Mizuki merupakan sebuah kereta MINI yang telah mendapat suntikan enjin motosikal jenis Suzuki Hayabusa yang telah dibina khas bagi AOS 2019.

Menariknya, jentera ini akan menjadi hadiah utama kepada pengunjung AOS 2019 yang bertuah.

Bayangkan, anda datang dengan motosikal atau kereta dan berkemungkinan pulang dengan sebuah jentera luar biasa!

Sumber: BikesRepublic

Mizuki – yang dihasilkan khas oleh FNG Works yang sebelum ini turut menyumbang RXZ Twin Boss dan Honda C600 Papa Jahat  bagi AOS edisi 2017 dan 2018 – menggunakan enjin Hayabusa 1300cc empat silinder.

Menurut FNG Works, enjin Hayabusa ini – yang dijangka menghasilkan 200hp – akan ditempatkan di bahagian belakang sekaligus menyerlahkan lagi DNA luar biasa yang seakan menjadi tema bagi pembinaan jentera kustom kali ini.

Sumber: BikesRepublic

Bagi memastikan segala kuasa dapat disalurkan, FNG Works telah memasang tayar drag dengan roda bersaiz 13 inci dan sistem brek daripada Honda EG9!

Bagi memastikan kelancaran pemanduan, Mizuki turut dilengkapi dengan penyerap hentakan D2 Motorsport boleh laras.

Penganjur AOS 2019 akan mempamerkan Mizuki dalam keadaan warna sedia ada kerana pengunjung bertuah akan diberi peluang memilih warna idaman mereka sendiri!

Apa tunggu lagi? Jangan lupa ke AOS 2019 di MAEPS, Serdang pada 27 dan 28 Julai ini!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menerima tempahan awal bagi Volkswagen Arteon serba baharu.

Model yang diimport sepenuhnya itu dijual pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 dan akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Arteon merupakan sebuah model ‘fastback’ dengan lima pintu yang menawarkan kombinasi di antara rekaan avant-garde dan pemanduan dinamik sekaligus mencerminkan nama yang diberikan.

‘Art’merujuk kepada seni dan reka bentuk harmoni sementara ‘eon’ melambangkan Arteon sebagai model premium Volkswagen.

Arteon turut merangkul anugerah ‘Golden Steering Wheel 2017’ di Eropah.

Model baharu ini dijana dengan enjin turbocharged 2.0L TSI yang disalurkan menerusi transmisi wet klac 7-kelajuan (DSG) dan menghasilkan 280hp dan 340Nm tork.

Pelanggan juga disajikan dengan skrin paparan 9.2 inci, Active Info Display TFT yang turut membenarkan pemandu membuat tetapan mengikut cita rasa sendiri.

Bukan itu sahaja, Volkswagen turut melengkapkan Arteon dengan kamera 360 darjah bagi meningkatkan keselamatan!

Orang ramai yang berminat diminta layari laman sesawang Volkswagen untuk mendapatkan jemputan eksklusif bagi menyaksikan Arteon dengan lebih dekat.

Sumber: StadiumAstro

Baru-baru ini, selebriti terkenal dalam dunia automotif, Jeremy Clarkson meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sukan Formula 1 dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Youtube.

“Ferrari can f**k off, Mercedes can f**k off,” demikian kenyataan pertamanya dalam video berdurasi 3.17 minit itu.

Clarkson sememangnya dikenali sebagai individu yang lantang dan bekas pengacara Top Gear itu – yang kini mengacarakan The Grand Tour bersama James May dan Richard Hammond – kembali mencetuskan kontroversi dengan mengkritik sukan F1 secara terbuka.

Menurut video yang dimuat naik Drivetribe, Clarkson menyifatkan F1 kini membosankan.

“Saya lebih sanggup melihat pokok tumbuh daripada menyaksikan F1. Sedangkan saya cintakan sukan F1!

“Pada pendapat saya, mereka perlu menyingkirkan pegawai perlumbaan (FIA). Mereka perlu sedar, penonton gemar sukan F1 kerana ia perlumbaan yang membahayakan dan berisiko tinggi.

“Pada masa sama, kereta yang dihasilkan perlu lebih kukuh dan kuat. Ketika ini setiap kali berlaku perlanggaran, cebisan chasis melayang sana sini,” jelasnya.

Clarkson turut mengambil peluang untuk mengkritik Ferrari dan Mercedes.

“Ferrari dan Mercedes boleh pergi jalan. Kita perlu mengembalikan status F1 sebagai sukan permotoran sebenar dan bukannya sebagai pusat latihan keselamatan.

“Hari ini saya lebih sanggup menyaksikan Formula E!” tambahnya.

Pengacara berusia 59 tahun itu turut menegaskan ada sesuatu yang tidak kena dengan F1 dan langkah drastik perlu diambil bagi menyelamatkan sukan itu.

“Ketika pusingan di Silverstone, saya menyaksikan sukan tenis sementara anak saya, yang mempunyai minat mendalam dengan kereta sibuk menonton aksi final kriket. Jelas terdapat sesuatu yang tidak kena dengan F1,” ujarnya lagi.

Saksikan video tersebut di bawah:

(SUMBER: Drivtribe @ Youtube)

Pengeluar kereta Sweden, Volvo memanggil semula lebih sejuta unit kenderaanya di seluruh dunia susulan terdapat beberapa komponen di dalam enjin berdepan risiko mudah cair.

Menurut jurucakap Volvo, senario itu mampu menyebabkan bahagian enjin terbakar.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak Volvo tidak menerima sebarang aduan mengenai isu diterbitkan.

Menurut laporan SVT, isu tersebut memberi kesan kepada empat model diesel yang dihasilkan di antara tahun 2014 hingga 2019 – membabitkan model V40, V60, V70, S80, XC60 dan XC90.

Panggilan semula ini merupakan tamparan kedua buat Volvo yang sebelum ini mengalami kejatuhan keuntungan yag mendadak dalam suku kedua 2019 meskipun merekodkan penjualan yang tinggi.

(SUMBER: 7News)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube